20100306

FELDA : Katak Pun Boleh Ketawa...

Kesedaran peneroka, pewaris dan warga peneroka FELDA tentang kejahatan Felda Holding (FELDA) makin tinggi. Bukan disebabkan bertambahnya Ranting PKR dan Cawangan PAS dikawasan tanah rancangan.

Pencatat bersama pimpinan ANAK menerima banyak maklum balas dari peneroka tidak berparti mahupun ahli UMNO, dimana penipuan FELDA sangat ketara. Akta GSA begitu ketara dimanipulasi bagi memperdayakan peneroka.


Kilang-kilang milik FELDA cuba 'sedikit' memperbetulkan gred sawit dengan menaikkannya dibeberapa negeri terutama Pahang, Johor dan Negeri Sembilan sejak kebelakangan ini.

Dahulunya gred sawit diantara 15 - 18, kini dinaikkan 17 - 22, ia berlaku pada ladang dan pokok sawit yang sama. Penipuan yang tidak masuk akal.
Penipuan ini berlaku berpuluh-puluh tahun.

Malah kilang FELDA tidak berani menyenaraikan gred sawit yang dijual oleh peneroka sejak mula membeli hingga kini.


Tahukah pembaca jika senarai rekod jual-beli sawit dipaparkan dikaca mata umum, pencatat boleh bayangkan 'katak pun boleh ketawa'.

Adakah pembaca beranggapan pencatat menipu fakta ?
Jika dicabar kepada FELDA untuk semakkan semua rekod pembelian dan gred. FELDA akan berkata, "rekod telah dilupuskan".

Tahukah anda, mengapa peneroka Felda Kemahang menang dalam saman mereka kerana :

1. Peneroka terjumpa dokumen jual-beli sawit dalam lori untuk dilupuskan/ tercicir.

2. Peguambela FELDA terlupa hadiri dihari pembelaan.

3. Sholat hajat dan doa yang berterusan dari peneroka yang ditindas.

4. Pegumbela FELDA semasa rayuan terdiri dari barisan peguam paling popualar di negera tetapi tiada hujah yang munasabah untuk dimenangkan oleh 3 hakim rayuan pro UMNO.

5. Peguambela sebenarnya enggan hadir semasa hari perbicaraan kerana mereka tahu tidak perlu membela firma penipu seperti FELDA.

Jika Karam Singh Waliya membongkar penipuan FELDA, bukan peluru akan dia terima. Sudah pasti dia akan jadi pengganggur terhormat. Adakah anda bersetuju ?

1 comment: