20100323

Kunjungan Tian Chua Ke Keluarga Hamdan


Kemalangan membabitkan diantara YB Tian Chua dan Allahyarham Mohd Salleh Hamdan yang terbunuh pada kejadian tersebut pada malam 12 Mac lalu telh dimanupulasi dengan negitif oleh media pro UMNO.

Kelmarin Tain Chua bersama rombongan PKR Johor dan Wilayah Persekutuan telah melawat keluarga mangsa iaitu Srd Hamdan Saim di Taman Putri, Kulaijaya. Turut serta rombongan itu Tn Hj Anuar Salleh dan beberap pimpinan Cabang.

Pada kunjungan tersebut Tian Chua sekali melahirkan rasa kekesalan terhadap kemalangan tersebut. Beliau berjanji untuk berusaha membantu keluarga Allahyarham untuk menutut insuran dari pihak berkenaan.

Pada perjumpaan itu juga Tian Chua menyampaikan salam takziah daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datin Seri Wan Azizah dan seluruh pimpinan PKR termasuk sejumlah wang yang didermakan oleh beberapa pimpinan PKR.

Sebelum itu Tian Chua telah pergi ke Balai Polis Kota Tinggi sekali lagi unutk mengetahui perkembangan lanjut hasil siasatan Polis terhadap kemalangan tersebut.Namun pihak Polis masih selesai dalam siasatan tersebut.

Kemalangan tersebut berlaku semasa Tian Chua dari Kota Tinggi ke Mersing dalam perjalanan untuk berceramah disitu. Kemalangan yang berlaku sekitar jam 9.20 malam itu dipercayai motorsikal yang dipandu oleh Mohd Saleh telah hilang kawalan dan merempuh kereta yang dipandu oleh pembantu Tian Chua.

No comments:

Post a Comment