20100308

Hanya Tinggal Kenang Jika Berharap Pada Anwar

Kita masih tertunggu-tunggu tindakan susulan Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap rampasan kuasa di DUN Perak dan juga beberapa wakil rakyat PKR telah istihar keluar parti di Kedah, Perak, Pulau Pinang dan Selangor.

Ia bukan masalah remeh. Jika tiada persepakatan, toleransi dan tolak ansur, tidak mustahil sebelum PRU-13 jumlah yang melompat sekali atau dua kali ganda.

Mesyuarat demi mesyuarat, tetapi yang melompat terus melompat. Logikkah ia dipanggil 'prosess pembersihan'. Jika ia, alhamdulillah. Jika tidak, mesyuarat yang diadakan agak membazir.

Pencatat melihat rakan-rakan agak gusar dengan perkembangan terkini. Makin ditunggu makin ramai yang melompat.

Apa yang pasti. Serangan, membeli, mengugut dan habuan lumayan berjaya mengoyahkan wakil-wakil rakyat terutama PKR. Bukan kerana wakil rakyat PKR lemah, DAP dan PAS kuat. Ia disebabkan majoriti serangan ditujukan kepada PKR.

Dahulu PAS, S46 dan DAP diserang juga. Terbukti tumpas 'orang kuat' mereka.

Bagi UMNO, itu sahaja cara melumpuhkan Anwar Ibrahim. Tidak mampu memenjarakan Anwar, para pendokong dan penyokong ditumpas-tewaskan. harapan UMNO, PKR terkubur dan Pakatan Rakyat hancur.

Pencatat ingin membawa kisah peperangan Jolaud dan Taulod dizaman ramajanya Nabi Daud A.S. Dimana kuantiti dan kemewahan tidak pasti membawa kemenangan.

Jika diantara pembaca yang 'minum air' semasa menyeberangi sungai.Sudah pasti ia terkeluar dari kegembilangan seperti kisah peperangan Joloud dan Taulod.

Peperangan itu diungguli pemenangnya oleh hanya satu tempekkan dan satu lontaran maut oleh Nabi Allah itu. Ujiannya hanya perlu berenang disungai ketika kehausan tanpa meminum air.

Jika anda hanya mengharapkan Anwar Ibrahim, anda mungkin akan kecewa. Jika anda yakin pada Allah dan diri sendiri, Inshallah berjaya dunia dan akhirat. Yakinlah pada perjuangan.

No comments:

Post a Comment