20100302

Rally Jahat Bagi Menutup Kejahatan UMNO-BN


Tahun 2009 merupakan tahun malapetaka bagi UMNO. Dalam 9 siri pilihanraya kecil UMNO-BN hanya menang 2 kerusi walaupun berbelanja lebih billion ringgit dari segi janji projek pembangunan dan habuan tunai.

Ekonomi negara pula terus menjunam dan Petronas serta FELDA diperkudakan dengan rakus bagi menutup pekong yang telah tersebar diseluruh negara dan dunia.

Malang bagi negera apabila Indonesia, Vietnam, Timur Leste dan negera mundur mencatat pertumbuhuan ekonomi berlipat kali ganda dari Malaysia.

Lantas menutup mata-telinga marhaen, UMNO mengunakan strategi pujuk-habuan agar pendokong Pakatan Rakyat(PR) memberontak. Dangan harapan PR kucar-kacir.

Rally ini dengan tanggapan UMNO akan memulihkan ekonomi dan rakyat akan kembali menyokong UMNO-BN yang terbukti dipenuhi pekong, nanah dan bangkai.

Rata-rata rakan memperlihatkan sedikit gundah. Pendekatan ISA yang diamalkan zaman Tun Mahathir Mohamad pada 80 dan 90an tidak digunakan. UMNO mengunakan hasutan dan habuan bagi mengendurkan PR.

UMNO-BN lupa banyak pekara apabila melancarkan rally ini. Mereka kian tumpas sejak Mac 2008 sehingga penutup 2009. Tahun 2010 UMNO-BN mengunakan strategi baru bagi melekakan marhean.

Pencatat yakin walaupun 10, 20 atau 50 wakil rakyat PR istihar sebagai wakil rakyat bebas. Ia tidak melumpuhkan api yang membara dikalangan rakan-rakan yang mahu keadilan dan kemakmuran sejati dikecapi.

Adakah anda salah seorang yang ini menjadi wakil rakyat bebas atau menyertai UMNO ? Buktikan jika tidak....



No comments:

Post a Comment