12 Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat tampil menyatakan komitmen mereka untuk terus mendokong perjuangan parti.
Tindakan itu sekaligus menafikan momokan kononnya lebih ramai ahli parlimen PKR akan meninggalkan parti itu.
"Kami mengambil ketetapan sekeras- kerasnya menolak dakwaan kami akan meninggalkan parti seperti mana yang dispekulasikan pihak- pihak tidak bertanggungjawab untuk menggugat kesatuan dan perpaduan dalam Keadilan," kata Ahli Parlimen Telok Kemang, Datuk Kamarul Baharin Abbas.
12 ahli parlimen terdiri daripada Ahli Parlimen Kuala Kedah, Ahli Parlimen Indera Mahkota, Ahli Parlimen Kuala Langat, Ahli Parlimen Ketereh, Ahli Parlimen Balik Pulau, Ahli Parlimen Padang Serai, Ahli Parlimen Merbok, Ahli Parlimen Kelana Jaya, Ahli Parlimen Tanah Merah dan Ahli Parlimen petaling Jaya Selatan.
Mereka turut menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Umum PKR dan Ketua Pembangkang.
No comments:
Post a Comment