20100301

Biar Sekalipun Anwar Ibrahim Keluar PKR....

"Bekas setiausaha agung PKR, Datuk Salehuddin Hashim meramalkan lebih 10 wakil rakyat PKR akan keluar parti itu".

Petikan dari Malaysiakini.

Adakah pembaca teruja dengan kenyataan Salehuddin dengan angka 10 itu. Bagi pencatat, sekalipun Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Wan Azizah, Tan Sri Khalid dan semua wakil rakyat PKR masuk UMNO atau keluar parti. Perjuangan kerana agama bangsa tidak sekali-kali luntur, insyallah.

Mengapa perlu pencatat dan pembaca gusar, cemas dan bimbang dengan aksi lompat-melompat.

Kerjaan Islam Turki bangkit tanpa sentuhan YB Zulkifli Nordin, Islam dan sunnah tetap bertahta.

Begitu juga perjuangan Islam di Iran menentang zionis yahudi. Allah memelihara Islam dan sunnah ada atau tanpa hadirnya Zulkifli Nordin. Zulkifi silap jika beranggapan tanpanya Islam dan sunnah akan rebah.


Puluhan revolusi yang menumbangkan kerajaan zalim sejak zaman kebangkitan Islam dan dunia moden tanpa YB Tan Tee Beng., Zulkifli Nordin dan 'si-katak' yang lain.

Jika kejatuhan Adolf Hilter ditangan Tan Tee Beng. Ada perlunya pencatat sedikit gemuruh.


Mereka yang keluar dari perjuangan hanya penderhaka kepada rakyat, penderhaka yang mahukan sedikit imbuhan dan populariti yang hanya sementara.

Jika pencatat tidak terkesan dengan tawaran adanya video lucah Najib-Altantuya, biarlah penderhaka rakyat keluar PKR seperti momokkan Salehuddin Hashim.

Biar tuhan dan rakyat menyumpah dan menghukum si penderhaka.

Nota : Pencatat masih menunggu satu laporan polis oleh YB Zulkifli Nordin untuk permit/lesen pusat perjudian yang dilluluskan oleh UMNO-BN.


No comments:

Post a Comment