20100303

Siri Penghianatan Ke-2 Kepada Bangsa Merdeka


Kita tidak lupa apa yang berlaku pada tahun 1998. Timbalan Perdana menteri ketika itu dihianati oleh pemimpin UMNO-BN. Daripada yang paling rapat seperti Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Zahid Hamidi, Datuk Seri Najib Razak dan lainnya sehingga yang membencinya seperti Datuk Ibrahim Ali .

Kini ia sedang berlaku lagi. Bukan sahaja dipelopori dari kenalan dalam politik keris-dacing, tetapi dihianati juga daripada Pakatan Rakyat-PKR.

Ianya sebenarnya bukan sekadar menghianati ketulusan Datuk Seri Anwar Ibrahim tetapi menghianati kepada agama, bangsa dan negara.

Anwar Ibrahim hanya seorang individu yang memberanikan diri menjadi pemimpin untuk rakyat yang terlalu dahargakan keadilan, demokrasi tulen, negara yang solid makmur dan ekonomi tidak berkasta.

Tahun 2008 hingga pagi tadi, siri ke-2 penghianatan bangsa dipelopori lagi oleh juak UMNO yang ingin meneruskan menjahamkan negara.

Pencatat yakin, pembaca kian terkeliru dengan wakil rakyat Pakatan Rakyat-PKR mengistiharkan menyokong UMNO-BN. Ramai yang menalipon pencatat dengan nada gabra.

Pencatat membayangkan ahli parlimen PKR - Wee Choo Keong (Wangsa Maju), Zulkeflee Nordin (Kulim-Bandar Baharu) akan turut serta mengutip RM2 juta dari proksi Najib Razak untuk menghianati rakyat.

Rakyat mengundi PR-PKR dengan harapan nasib mereka terbela. Tetapi setelah mendapat kemenangan, wakil rakyat tersebut mementingkan diri sendiri (ambil wang dan sokong UMNO). Haruskah pembaca berdiam diri.

No comments:

Post a Comment