Angkatan Muda Keadilan Negeri Johor telah mengadakan ziarah ke atas keluarga Allahyarham Mohd Salleh yang terbunuh dalam kecelakaan yang membabitkan ahli parlimen batu YB Tian Chua.
Ziarah telah diketuai Ketua Angkatan Muda Keadilan Negeri Johor, Saudara Zabidie Abas, yang disertai ketua cabang AMK gelang patah, Saudara Azlan Ishak dan Ahlijawatankuasa AMK negeri serta wakil-wakil Cabang Kota Tinggi yang perihatin atas apa yang telah menimpa keluarga allahyarham.
Kehadiran kami di sambut baik oleh keluarga allahyarham. Hampir satu jam setengah kami berbincang serta mendengar luahan keluarga allahyarham tentang apa yang terjadi. Kunjungan seterusnya akan diadakan bagi memastikan hubungan sosial tidak terputus.

Keluarga Allahyarham juga memohon maaf diatas kenyataan yang disiarkan dimedia kononnya merasa marah kerana tiada wakil PKR hadir semasa majlis pengkebumian. Katanya ada parti politik yang telah mengambil kesempatan untuk menyerang MP Batu tersebut. Keluarga mereka juga amat menghormati YB Tian dengan ketinggian akhlak yang YB pamerkan dan redha diatas pemergian anak beliau.
Zabidie juga telah mengambil kesempatan memohon maaf bagi pihak YB Tian dan seluruh warga PKR dan memaklumkan bahawa YB Tian dan Pimpinan Tertinggi PKR akan datang memberi penghormatan kepada keluarga tersebut dalam waktu yang terdekat ini. Mereka amat mengalu-alukan dan pintu rumah mereka sentiasa terbuka untuk menyambut sesiapa juga yang sudi.
Malam tadi bertempat di Pejabat PKR Permas Jaya dalam satu majlis dialog bersama YB William Leong telah berjaya mengumpulkan wang sumbangan sebanyak RM 1700 juga akan disalurkan kepada keluarga simati..
Abdul Saad Salleh
Ketua Penerangan AMK Johor
Abdul Saad Salleh
Ketua Penerangan AMK Johor
No comments:
Post a Comment