20100330

Tahniah : Nik Aziz Kekal Mursyidul Am

Pencatat dan warga AMK Johor mengucapkan tahniah kepada Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini dilantik semula sebagai mursidul am PAS untuk sesi 2010-15.

Walaupun juak UMNO berusaha memalukan, menfitnah dan mencela ketokohan Tuanguru Nik Abdul Nik saban hari. Namun ahli PAS khususnya dan marhaen tidak terpengaruh dengan dakyah keji itu.

Sebelum ini beliau sendiri bersedia untuk tidak dilantik lagi. Ia dinafikan melalui keputusan mesyuarat kedua majlis syura ulamanya di pejabat agung PAS,di Kuala Lumpur.

Datuk Dr Haron Din turut dilantik semula sebagai timbalan mursyidul am bagi membantu tugas-tugas Nik Aziz sebagai pengerusi majlis tertinggi dalam parti.

Hormati keputusan, Nik Aziz terima Turut dilantik sebagai anggota tambahan: Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Razak, Pesuruhjaya PAS Perlis Hashim Jasin dan bekas timbalan presiden Hassan Syukri.

Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang ketika ditemui pemberita di parlimen mengesahkan pelantikan Nik Aziz dan Dr Haron selama lima tahun.

Dan berkata, Nik Abdul Aziz sebelum ini yang menyatakan kegembiraan sekiranya tidak dilantik semula, bertindak demikian dengan "moral yang tinggi."

Ditanya mengenai pertimbangan anggota majlis berkenaan terhadap tahap kesihatan Nik Abdul Aziz, Abdul Hadi berkata menteri besar Kelantan itu dilihat masih mampu menjalankan tugas-tugasnya.


No comments:

Post a Comment