20100125

UMNO BIAYAI CALON ASPIRASI UTHM

Sekarang sedang berlangsung kempen Pilihanraya Kampus di UTHM.

Bagaikan tidak percaya bila seorang penuntut menyerahkan sepucuk surat yang datangnya daripada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor YB Dato` Haji Abdul Ghani Othman.


RM 20,000 akan disalurkan kepada Jentera Penggerak Aspirasi UTHM untuk memastikan kemenengan calon-calon Aspirasi.

Malah isi kandungan surat tersebut secara terangan mahu memastikan penguasaan politik kampus dikuasai sepenuhnya oleh proksi UMNO-BN di bawah jentera Aspirasi.

Berikut adalah isikandungan surat tersebut,

Kepada Y.Bhg. Prof.Dato' Dr.Mohd Noh Dalimin
Pejabat Naib Canselor UTHM
86400 Parit Raja, Batu Pahat, Johor.

Y.Bhg. Dato'
BAJET JENTERA ASPIRASI SEMPENA PILIHAN RAYA KAMPUS

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. Sukacita dimaklumkan bahawa, Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor akan menyalurkan dana kewangan sebanyak RM20,000 kepada jentera penggerak Aspirasi UTHM, bagi memenangkan calon-calon Aspirasi yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Kampus pada 28 Januari 2010 ini.

2. Terlebih dahulu, Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor ingin mengucapkan tahniah di atas kejayaan jentera Aspirasi menguasi kemenangan dalam pilihanraya kampus yang lepas. Kejayaan ini mesti diteruskan bagi memastukan penguasaan politik kampus dikuasai sepenuhnya oleh proksi Barisan Nasional di bawah jentera Aspirasi. 3.

Melalui bantuan dana ini. Badan Perhubungan UMNO Negeri berharap agar gerak kerja diperingkat jentera menjadi lebih lancar dan teratur bagi memastikan calon-calon Aspirasi mendapat kemenangan dalam apa jua keadaan sekalipun.

4. Kerjasama dan tindakan dari pihak Dato' amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

YB Dato' haji Abdul Ghani Othman
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor.

( ditaip semula 100% dari surat asal, Inshallah pencatat akan menyiarkan salin scan surat tersebut )


No comments:

Post a Comment