20101108

Musuh Dalam Keadilan Johor

Selama ini kita hanya mendengar dedas desus kononnya Umno menghantar tali barutnya menyelinap ke dalam Keadilan sehingga ramai yang melompat parti. Keadaan ini turut menular ke Negeri johor. Bahangnya mulai terasa setelah Keadilan dilihat bertambah kuat dan mampu mengancam keselesaan Umno.
.
Kini Tali Barut Umno dalam Keadilan sudah mula menampakkan wajahnya. Isu perkauman mula dicanang dalam Keadilan. Usaha menghasut agar menggulingkan Chua Jui Meng mula digerakkan. Pemberontakkan dan penentangan mula dididik dikalangan anggota. Memburuk-burukkan Keadilan di akhbar-akhbar berlaku dengan kerap. Rakus terhadap jawatan, gila kuasa, melakukan penentangan terhadap Pengerusi MPN kerana tidak dilantik dalam jawatan utama. Mengadakan pertemuan-pertemuan sulit yang membelakangkan Keadilan.
.
Jika tidak dibendung segera, barah ini akan menghancurkan Keadilan. Pimpinan Keadilan Pusat perlu memandang ini sebagai ancaman kerana mampu mengugat dan menghancurkan parti. Tindakan segera perlu diambil, Lembaga Tatatertib bertanggungjawab mengadili mereka ini.
.
Terbaru di akhbar Utusan Malaysia (8hb Nov 2010) terpapar berita mempertikaikan Chua Jui Meng dan Keadilan Johor. Turut terlibat Dr`s Zaid (Air Hitam), Pak Ngah (Sembrong), Mohd Bakri (Seri Gading), Bariman (Kota Tinggi), Zailan (Timb Pt Sulong), Aziz (Naib Sembrong), Khalid (AMK Seri Gading) dan beberapa pak turut yang terpedaya dengan hasutan.
.
Sebelum itu, di akhbar NST, Mohd Bakri mencemuh Chua Jui Meng Diktator, diikuti cemuhan oleh Zailan dan Aziz di akhbar Sinar Harian yang secara sengaja mengkritik Keadilan di akhbar. Mereka mempergunakan akhbar untuk mengeruhkan keadaan. Tindakan yang biadap...
.
Semua anggota Keadilan dan rakan-rakan Pakatan Rakyat, harus melihat mereka ini sebagai musuh dalam selimut. Tindakan mereka melakukan protes di akhbar adalah salah disisi perlembagaan parti. Mereka mempunyai hasrat untuk menghancurkan Keadilan. Segala bentuk urusan parti yang melibatkan mereka hendaklah dielakkan.
.
Adalah wajar mereka ini dikenakan tindakan tatatertib. Lebih sihat, Pusat singkirkan barua-barua Umno ini dari Keadilan. Kami tidak mahu menjalinkan kerjasama lagi dengan mereka. PECAT adalah langkah yang terbaik untuk mereka daripada Keadilan hancur.
.
*Jika tidak mahu merealisasikan Dasar Keadilan, adalah lebih baik keluar dari Keadilan.
.

No comments:

Post a Comment