Terjawab sudah calon PAS dan Barisan Nasional untuk Pilihanraya kecil (PRK) DUN Permatang Pasir. Mengikut kepetusan PRU-12, PAS dijangkan tidak menghadapi masalah untuk mengekalkan kerusi tersebut.
Namun dalam politik dan sejarah PRK di Malaysia, pelbagai kemungkinan boleh berlaku. Mungkin menang lebih banyak, kalah tipis dan tidak mustahil kalah pada parti yang menyandangnya. Parlimen permatang Pauh merupakan kubu terkuat PKR.
Saya menaruh harapan tinggi agar DUN permatang Pasir tidak terlepas ketangan pihak lawan. Faktor politik Nasional kini jika dilihat pada media prima menunjukkan BN agak ego dengan pelbagai propanganda kosong. Keyakinan saya pengundi Permatang Pasir masih utuh dengan Pakatan Rakyat.
Saya mendapat perkhabaran pemuda Pakatan Rakyat telah mengerakkan jentera dengan hebat, bagi pihak lawan hanya segelintir yang berada disana. Seperti umumnya bena-sepanduk mengeji pimpinan Pakatan Rakyat telah bergantungan disana-sini. Ia lumrah BN-Umno, keji mengeji sememangnya budaya mereka.
Insyallah saya akan ke Permatang Pasir jika tiada masalah. Jika tidak dapat kesana, saya mendoakan kemenangan mutlak menjadi milik Pakatan Rakyat.
No comments:
Post a Comment