......Khairy Jamaluddin berkata, tindakan terbaru Abdul Khalid tersebut tidak mengejutkan kerana sudah terbukti sebelum ini Parti Keadilan Rakyat (PKR) memang tidak berani mempertahankan diri apabila ditekan oleh DAP.
Tegas beliau, walaupun Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan Ketua pembangkang tetapi hakikatnya parti yang diterajuinya itu sudah menjadi 'pak turut' kepada DAP.
"Menteri Besar Selangor itu tidak berani sentuh Ronnie Liu sebab pemimpin DAP ada 'kekebalan' dan tidak boleh disentuh atau dikritik langsung.
"Tanpa minta pandangan dan penjelasan daripada Pas Selangor, Abdul Khalid terus 'selamatkan' Ronnie Liu.
Ulasan saya :
Beberapa rakan AMK Johor masih keliru dengan tindakan AMK Pusat yang meneruskan perlawanan bolasepak persahabatan dengan pasukan Khairi Jamaluddin ( pemuda Umno). Saya tidak mebidas AMK atau PKR secara terbuka namun dibenak hati saya berkata, " amat mendukacitakan...".
Kami terpaksa merestukan jika ia adalah keputusan mesyuarat Exco AMK Pusat dan mendapat restu pimpinan Majlis Tertinggi untuk perlawanan bolasepak tersebut. Mungkin bolasepak adalah sukan dan tidak perlu dikaitkan dan dipolitikkan.
Pendapat saya jika gambar-gambar perlawanan muhibbah tersebut digunakan di Pilihanraya Kecil Di Permatang Pasir, kesannya amat besar kepada pengundi atas pagar. AMK PJU lebih arif dalam tendang terajang politik.
Allahulambisawab.
No comments:
Post a Comment