20090805

Muhyiddin Merayu Simpati Kepada Umat Melayu

Dalam Umno berkata merekalah parti terkuat didunia. Malangnya semua pemimpinnya saban hari merayu-rayu agar semua umat melayu menghidu punggung pemimpin Umno. Seterusnya bacalah mitos kekuatan Umno. Siapakah diantara anda sudi menjadi penjilat dan pencacai Umno ?

Laporan Bernama 04 Ogos 2009

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Umno perlu mencari jalan untuk terus kekal relevan dan berjaya demi memastikan kelangsungan bangsa Melayu, selain memastikan kejayaan negara yang diterajui kerajaan Barisan Nasional (BN).

Timbalan Presiden Umno itu berkata berdasarkan perubahan lanskap politik masa kini, Umno berdepan dengan keadaan yang memerlukan parti itu bukan setakat bermuhasabah tetapi perlu mencari titik pertemuan apa yang harus dilakukan supaya perjuangannya terus relevan.

"Kalau tidak berjaya, gagal Umno maka gagallah Melayu, gagal Melayu gagal juga negara, ini kita tidak boleh elak," katanya semasa menutup Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Cheras ke-14, di sini, Selasa.

Beliau berkata pentingnya Umno bukan semata-mata untuk membantu orang Melayu tetapi juga penting untuk mewujudkan kestabilan politik dalam negara.

"Sebab itu soal pokok yang tidak kurang pentingnya, kita harus fikir bagaimana untuk menguatkan dan mengukuhkan Umno kerana kekuatan dan kekukuhan Umno penting untuk mengembalikan semula keyakinan masyarakat bukan setakat terhadap kepimpinan Umno tetapi juga kepimpinan kerajaan," katanya.

"Cabaran itu yang harus kita lalui, bukannya soal (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim), itu soal kecil...soal yang lebih besar ialah perjuangan untuk bangsa tetapi semakin banyak orang Umno yang saya temui semangatnya tidak sekukuh, tidak semarak seperti dulu. Mana perginya api itu.

"Pada pilihan raya umum ke-12 memang kita kalah tapi tidak semua, masih ada kawasan kita menang, kita masih mampu membentuk kerajaan, malah keahlian kita jauh lebih banyak daripada mereka (parti pembangkang) tetapi mana api yang pernah membakar dalam dada orang Melayu," katanya.

http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=430296

No comments:

Post a Comment