Ahli politikus yang mengharapkan komisyen dari laba tender-tender kerajaan kian tersepit kerana terpaksa diracik-racik kepada banyak individu. Lantas itu Datuk Seri Najib Tun Razak terpaksa melancarkan slogan " Rampas Selangor ". Persoalan saya, kenapa tidak Kelantan atau Kedah. Mungkin juga perut pencacai mereka kian kempis.
Tidak mustahil disebebkan golongan pencacai BN-Umno sudah tidak mampu mengagihkan habuan dari kantong Putrajaya. Selangor merupakan negeri termewah-kaya di Malaysia. Jika jadi milik BN sudah tentu pencacai BN-Umno dapat mencuri 'ala-anak Toyo'.
Apa juga alasan ahli politikus, ekonomi perlu dipertingkatkan tidak secara jenayah terancang , rasuah dan penyelewangan. Tidak kira apa logo parti yang digalas, usah bercita-cita menjana kemewahan dengan berasakan 'landasan politik' ada perbuatan keji.
Dalam export negara merosot sekitar 30%, kita perlu meningkatkan usaha dan jana ekonomi dengan perakuanan yang ketat agat tidak tersasar dari landasan. Sekarang bukan masanya melaksanakan 'try & error' untuk perlaksanaan perniagaan. Lakukannya dengan pasti dan bergaya tanpa terikut-ikut gaya kecundang.
No comments:
Post a Comment