20090814

Pemuda Umno Tidak Guna Serangan Peribadi Dalam Berkempen

Dari Berita Bernama.

Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir di Pulau Pinang yang akan diadakan pada bulan Ramadan tidak memberi tekanan kepada Pemuda Umno kerana selama ini pergerakan itu tidak menggunakan pendekatan menyerang peribadi seseorang dalam kempennya.

Naib Ketuanya Datuk Razali Ibrahim bagaimanapun berkata keadaan itu mungkin memberi tekanan kepada pembangkang yang didakwanya sebelum ini sering menggunakan pendekatan memburukkan peribadi individu tertentu ketika berkempen.

"Memandangkan separuh masa kempen jatuh pada bulan Ramadan mungkin pembangkang ketandusan idea untuk berkempen kerana sebelum ini sering guna pendekatan memburukkan peribadi individu tertentu," katanya .

Barisan Nasional (BN) tidak mempunyai masalah dalam berkempen kerana selama ini tidak menggunakan pendekatan sedemikian, kata Timbalan Menteri Belia dan Sukan itu yang sebelum itu merasmikan Program Ihya' Ramadan 1430 Hijrah.

Ulasan saya...

Podacitttt.....

No comments:

Post a Comment