Samaada pimpinan Pakatan Pakatan atau Barisan Nasional, bencana Selsema babi atau H1N1 dipandang sepi. Mereka lebih seronok bergosip dan memaki-cela.
Menteri Penerangan dilihat lebih seronok mengutuk Anwar Ibrahim dari menjelaskan kesan-bahaya . Jika ditanya kepada Datuk Ahmad Maslan berapa jumlah kematian dan dijangkiti. Sudah pasti bibirnya terkebil-kebil dan terus bertanyakan pembantu.
Hari ini satu lagi kematian akibat H1N1, membabitkan seorang pesara lelaki berusia 57 tahun yang meninggal dunia di Hospital Putrajaya , menjadikan jumlah kematian akibat pandemik itu meningkat kepada 14 orang .
Jumlah terkumpul kes H1N1 di negara ini sehingga pagi tadi sebanyak 1,492 kes dicatakan, dengan 574 atau 38 peratus merupakan kes import dan baki 62 peratus adalah merupakan kes jangkitan tempatan.
Daripada jumlah tersebut, sumber hospital memberitahu 1,421 kes telah sembuh sementara bilangan kes yang masih berada di Unit Rawatan Rapi,(ICU) adalah 11 orang manakala 43 kes sedang menerima rawatan antiviral di wad isolasi.
Mengenai situasi global, H1N1 dianggarkan sejumlah 199,146 kes dengan 1,446 kematian telah daripada 171 negara. Semalam mencatatkan peningkatan sebanyak 5,460 kes dengan 85 kematian diseluruh dunia .
No comments:
Post a Comment