20090811

BN-Umno Bakal Terlaksana Sebagai Pembangkang Total

Hak rakyat ditunaikan oleh BN-Umno dengan kerakusan dan penyelewangan berterusan. Dimana bumi dipijak di situ BN-Umno terus menindas . Perjuangan kononnya membela rakyat sejagat yang diluangkan hanya pura-pura.

Perlu disematkan didalam hati pada semua, tiada harta 'rampasan perang'. Galas segala tanggungjawab untuk membela nasib rakyat. Mereka yang berkata " Anwar Penghianat Bangsa " pada hakikatnya merekalah penghianat bangsa. Mari kita perhatikan mereka seperti cacing kepanasan, saban hari terpekik terlolong tanpa ada yang peduli.

Stuasi BN-Umno kian dipinggirkan oleh rakyat. Siapa diantara kita percaya pencacai BN-Umno bertungkus-lumus dengan keiklasan membangun rakyat tertindas. Makin kuat mereka menuduh pihak lain penghianat, rakyat makin tergelak.

Timbalan Presiden Umno lupa nasibnya telah dibantu oleh hamba Allah yang dituduhnya penghianat. Beliau ibarat kacang lupakan kulit, amat wajar digelar penghianat.

Wahai penghuni BN-Umno, teruskan menjerit-jerit ditepi jalan dengan pelbagai sepanduk kerana anda bakal menjadi "PEMBANGKANG TOTAL".

No comments:

Post a Comment