Assalamualaikum,
Bersama-sama kita panjatkan rasa syukur kepada Allah diatas apa yang di kurniakanNya kepada kita selama ini. Saya amat bersetuju dengan apa yang saudara nyatakan itu.
TPM sedang mengundang bahaya dan kemurkaan Allah. Kenyataannya telah menyebabkan pembabitan keseluruh penyokong Umno, dan ada yang tidak tahu apa apa dan membuta tuli sahaja. Apakan TPM merasakan kedudukannya tidak selamat ?, Mungkin tidak sempat untuk menjadi PM ?. Maka ianya perlu dicantas awal-awal ?.
Saya anak Kedah, dari dahulu hingga sekarang masih berada dibawah lambang UMNO. Saya merasa malu diatas tindakan pemimpin yang kebanyakannya bersifat begini !. Apakah perjuangan yang sebenarnya mereka-meraka ini ?.Percayakah mereka dengan Qada dan Qadar Allah Ta'ala ? . Kalau hendak dikatakan perjuangan cara itu untuk parti Umno, apakah itu juga perjuangan Agama ?. Saya rasa ianya terlalu jauh menyimpang !.
Dalam usaha untuk menawan hati rakyat, kepimpimnan yang ditunjukkan kalau hendak disebut dalam bahasa yang murahan, ianya boleh dikatakan amatlah Jelek yakni kotor dan tidak bermaruah. Hati saya sudah hampir membuat keputusan, mungkin telah hilang terus kekeliruan yang mana untuk menjadi hala tuju sebenarnya. Apakah harus untuk terus menyokong juak-juak Umno atau hanya menjadi lipatan sejarah perjuangan anak bangsa dimasa hadapan.
Akhir kalam, andai kata jika bentuk perjuangan yang seperti ini terus dinobatkan, maka tunggulah hari-hari kemusnahannya, kerana kita jangan lupa, apa pun yang kita lakukan keberkatan dan keradhoaan Allah jua yang kita harapkan. Selagi kita tidak menyimpang dari hukum hakam Allah.
Wassalam.
Cetusan Anak Kedah

No comments:
Post a Comment