20090814

Rungkaian Muafakat Bangsa

Penilaian bangsa pada zaman selepasnya.

Tidka adil atau tidak berlaku seseorang itu dilebelkan ketika hayatnya masih dikandung badan. Penghianat bangsa hanya layak pada mereka yang mengatakannya.

Saya mengambil contoh Pendita Zaaba, Almarhum dipandang sepi ketika hayatnya. Harumnya beliau selepas kematiannya. Begitu juga dengan lainnya.

Kesatuan bangsa terhasil selepas percatuman budaya, pergeseran ideologi dikendurkan dan saling menghormati pendirian kelompok lain.

Muafakat diantara Pakatan Rakyat perlu diperkemaskan dari semasa dan terus bertali-arus. Peredaran masa dan teknologi menjadikan teknikal semasa sering menuntut perubahan lanskap kehidupan.

Usah dimatikan pada beberapa usaha kemuafakatan. Usaha ini perlu dijana sentiasa. Pepatah berkata, " dimana bumi dipijak disitu langit dijunjung".

Islam digenggam-semarakan dan kesatuan bangsa perlu bersatu demi negara gemilang. Syabas Pakatan Rakyat.

No comments:

Post a Comment