20090804

ANWAR IBRAHIM PENGHIANAT ?

Datuk Seri Anwar Ibrahim Penghianat. Itulah tajuk utama akhbar Utusan Malaysia semalam memetik kata-kata Tan Sri Muhyidin Yassin mengenai perhimpunan mansuh ISA. Adakah ia keterlaluan ataupun provokasi untuk Pilihanraya kecil (PRK) DUN Permatang Pasir.

Setelah kecewa kekalahan memalukan di PRK DUN Manek Urai (MU) inilah kenyataan emosional pertama Timbalan Perdana Menteri (TPM) itu. Ia mungkin berbaloi setelah berhempas pulas dengan pelbagai iktihar . Malangnya masih enggan mengaku kalah di MU. Jika dilihat dari segi wang tunai yang dihabiskan, taburan janji nista dan kerahan tenaga.Saya berpendapat Muyhiddin terpaksa menunujukkan sifatnya yang tidak bermoral. Perancangan yang terlalu longgar dan membazir. Akhirnya merapu seperti orang meroyan.

Kata dua dari Anwar agar akhbar pro-BN dan TPM memohon maaf mungkin dipandang enteng. Saya percaya Muhyiddin akan pertahankan kenyataan keji itu.

Jika sebelum ini Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Johor (DPMMJ) diperbodohkan dengan janji palsu beliau (TPM). Saya yakin pengundi MU akan dibasikan dengan jambatan jutaan ringgit dan Argomolitian dusta.

Di PRK DUN Permatang Pasir, Muhyiddin telah/akan berkira-kira untuk nabur janji nista resmi BN-UMNO. Mungkin tidak mustahil setiap kampung dan taman di Permatang Pasir dijanjikan sebuah Helikopter atau setiap pengundi dihadiahkan sepasang pakaian untuk Aidul Fitri nanti.

Kita tunggu taburan janji-janji Pengarah PRK lepas, apakah ia akan dilaksanakan. Saya berharap beliau menunaikan janji Datuk Seri Najib Razak yang telah berjanji kepada setiap Masjid dan Surau untuk menyumbangkan sejumlah tunai. Ianya masih tertunggak. Kalah-menang pekara kedua, janji ibarat sumpah. Usah menipu untuk Agama Allah. Allah Maha Zalim menghukum kepada si-munafik.

No comments:

Post a Comment