Berikut adalah e-mail yang saya peroleh dari sesorang. Mungkin kita boleh renungkan bersama initpati tersebut.
----- Forwarded Message ----
Sent: Wednesday, August 5, 2009 7:14:42 PM
Subject: Re: [AMK Malaysia] Perlawanan Bolasepak Persahabatan Antara AMK dan Pemuda UMNO.
Salam hormat . Apa kena nih.....
PAS & DAP dah tiada pasukan bolasepak ker . Saya berharap batalkan sahaja perlawanan tersebut. Umno bukan sahaja ideologi bertentangan, malah musuh paling hina. bagaimana pihak tuan menganjurkan perlawanan tersebut sedangkan setiap hari Umno mengeji PKR. Adakah terpikir oleh saudara ia ideologi politik sedangkankan mereka melebelkan kita lebih hina dari Kominis.
Adakah saudara AMK PJU berfikir kearah itu. Atau saya yang tersilap membaca Utusan malaysia dan menonton berita TV3. Jika berminat berbaik dengan Umno... anjur majlis berbuka puasa nanti dengan mereka.
Tiada sautu hari yang Umno tidak pernah mengeji PKR. Tiada satu hari pun Umno memuji PKR. Mengapa anda bermuka-muka dengan Umno.
Sahat Mohd Saleh.
Adakah saudara AMK PJU berfikir kearah itu. Atau saya yang tersilap membaca Utusan malaysia dan menonton berita TV3. Jika berminat berbaik dengan Umno... anjur majlis berbuka puasa nanti dengan mereka.
Tiada sautu hari yang Umno tidak pernah mengeji PKR. Tiada satu hari pun Umno memuji PKR. Mengapa anda bermuka-muka dengan Umno.
Sahat Mohd Saleh.
From: AMK Selangor <amkselangor@gmail.com> Subject: [AMK Malaysia] Perlawanan Bolasepak Persahabatan Antara AMK dan Pemuda UMNO.
Untuk Makluman dan Tindakan Saudara/i,
Perlawanan Bolasepak Persahabatan Antara AMK (PJU) dan Pemuda UMNO (KJ).
Perbezaan pandangan dan fahaman politik bukan punca untuk budaya perpecahan dan permusuhan. Justeru satu perlawanan bola sepak persahabatan antara Angkatan Muda Keadilan dan Pemuda UMNO membuktikan suasana persahabatan dan keakraban semenjak kecil tidak berakhir dengan suasana perbezaan perjuangan politik.
Bertempat di Stadium Mini Shah Alam,Selangor pada 03hb Ogos lepas kedua-dua pasukan ini antara AMK dan Pemuda UMNO berentap dan beradu tenaga di atas semangat kesukanan dan ‘Harapan Baru untuk 1Malaysia’. Suasana genting politik masakini negara tidak menghalang kedua-dua pasukan tersebut menunjukkan skil dan bakat masing-masing di padang.
Kedua-dua pasukan ini yang diketuai oleh ketua masing-masing iaitu Saudara Khairul Anuar Bin Ahmad Zainuddin selaku ketua Angkatan Muda Keadilan cabang Petaling Jaya Utara dan Mohd Razzdee Rahman selaku Naib Ketua Pemuda UMNO Kelana Jaya. Bukan keputusan jaringan gol menjadi matlamat utama tetapi yang penting adalah untuk membina suasana baru semangat berkasih sayang dalam perjuangan politik. Pentas padang bolasepak ini menjadi saksi kepada titik tolak perubahan baru politik generasi muda masa kini.
Justeru semangat ini yang sewajarnya menjadi titik tolak kepada suasana di negara ini. Semangat persahabatan tidak menjadi batu penghalang untuk menikmati suasana keakraban dan setiakawan.
Kita mengharapkan suasana ini akan berterusan kepada seluruh warga masyarakat Malaysia hari ini. Berbeza pandangan politik bukan mewujudkan tembok penghalang kepada mewujudkan masyarakat bersatu-padu dan berkasih-sayang. Sudah pasti jika suasana ini konsisten, maka ‘Harapan Baru untuk Satu Malaysia’ dalam ertikata sebenarnya boleh direalisasikan.
Akhirnya,kini sudah tiba masanya masyarakat mengukuhkan suasana berkasih sayang dan kesetiakawanan yang sebenarnya. Generasi muda yang akan mencorakkan suasana masa hadapan negara adalah pencetus budaya politik baru yang lebih berhemah dan penuh dengan semangat kasih sayang.
Semoga ‘Harapan Baru untuk Satu Malaysia’ adalah inspirasi anak muda dengan semangat baru untuk membawa negara ini menjadi lebih gemilang dan membina tamadun yang berkasih sayang serta hebat. Bilakah lagi kita semua untuk ‘satu hati’ jika bukan saat dan ketika ini ?.
Khairul Anuar
Ketua Angkatan Muda Keadilan Cabang PJU
019 205 7498
No comments:
Post a Comment