20100331

1Malaysia : Zul Noordin Perlu 1 Laporan Polis Lagi

Pendedahan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat melibatkan APCO Worldwide, Kerajaan malaysia dan YB Encik Khairi Jamaluddin membuka mata marhaen siapa sebenarnya ajen yahudi dan penghianat bangsa.

Pencatat membayangkan Khairi Jamaluddin perlu membuat penafian tentang pendedahan dengan bukti tersebut. Perlunya juga YB Ustaz Zulkifli Noordin membuat laporan Polis bahawa Kerajaan Malaysia telah bersetongkol dengan Yahudi-Zionis.

Pendedahan ini disusuli dengan usul dari YB Lim Kit Siang agar sidang Dewan Rakyat tergempar dilakukan bagi membahaskan kedudukan sebenar arahtuju syarikat perunding APCO dan Kerajaan Malaysia.

Datuk Seri Najib Razak yang menandatangani perjanjian tersebut dan Khairi Jamaluddin yang bertanggungjawab membawa syarikat perunding yahudi perlu menjawab segala persoalan.

Pencatat pasti Ibrahim Ali dan Ustaz Zulkifli Noordin akan 'membaham' ajen yahudi tersebut. Atau dua pelawak ini akan sunggul dikerusi empuk Dewan Rakyat.

Pencatat ingin juga mendengar 'kejantanan' Ibrahim Ali mengupas dimana hilangnya saham RM52 Billion bumiputera. Sehingga hari ini Ibrahim masih membisu. Ada kemungkinan 'telur' Ibrahim Ali didalam genggaman Najib Razak. Allualambisaw.

Disamping para wartawan mencari maklumat dan komen dari Najib serta Khairi, pencatat berharap rakan wartawan tidak lupa mencari 'fatwa' untuk Kerajaan 1Malaysia daripada Zulkifli Noordin tentang APCO dan Kerajaan Malaysia.

RM52 Billion Saham Bumiputera Lesap ?

20100330

One Israel = 1Malaysia = UMNO = BN

One Israel : Malu Bertanya, Palit Tahi Ke Hidung Sendiri..

Usaha UMNO untuk memalukan Datuk Seri Anwar Ibrahim bagai 'menepuk air didalam belangga, terpercik air kemuka sendiri'. Itulah akibat bercakap di parlimen tanpa mengunakan akal yang waras.

Nampaknya bekas pengurus pemasaran syarikat komoditi haram (Ace Commerecial Sdn Bhd) iaitu Datuk Abdul Rahman Dahlan yang juga Ahli Parlimen Kota Belut membuahkan hasil yang berbaloi kepada Pakatan Rakyat dan Anwar.

Pendedahan dokumen berserta maklumat lengkap telah dibuat pagi tadi oleh Anwar di Sidang Dewan Rakyat, malah Anwar mencabar Dewan Rakyat menubuhkan Suruhanjaya Diraja untuk membuktikan One Israel adalah anutan 1Malaysia.

Alangkah baik jika juak UMNO mencabar Datuk Ibrahim Ali ataupun Datuk Seri Sammy Vellu dalam apa juga isu kerana kenyataan kedua-dua pemimpin ini sememangnya melucukan.

Inilah akibat malu bertanya Anwar apa sebenarnya isikandung telahan beliau minggu lepas. Ia bole dianggap kepada Rahman Dahlan, " Malu bertanya, palit tahi ke hidung sendiri".

Adakah Rahman Dahlan rasa dengan UMNO 'membeli' wakil rakyat Pakatan Rakyat, dia boleh sesuka hati bercakap seperti 'anjing menyalak bukit' ? Pembaca menilai maruah UMNO.

Apco: Anwar gesa tubuh s'jaya siasatan diraja - Malaysiakini

Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menuntut supaya kerajaan segera membatalkan kontrak perkhidmatan Apco Inc dan menubuhkan suruhanjaya siasatan diraja bagi menyiasat skandal yang disifatkan sebagai mencalar maruah negara.

Anwar yang juga ahli parlimen Permatang Pauh berkata beliau bimbang kerana kerajaan mengambil sikap membisu terhadap dakwaan penglibatan Apco, sedangkan maklumat strategik negara telah terjejas apabila kerajaan melantik syarikat perunding komunikasi itu.

Bercakap di Dewan Rakyat hari ini, Anwar turut mendedahkan nama dan maklumat ringkas beberapa individu dalam Apco yang didakwa mempunyai hubungan secara langsung dengan kerajaan dan tokoh-tokoh Israel.

"Isu ini membongkar rundingan sulit pihak tertentu hingga maklumat strategik negara terdedah kepada ejen Israel dan tercalarnya maruah umat Islam di negara ini," katanya.

Turut didedahkannya ialah peranan Ethos Consulting, sebuah firma rundingan tempatan yang didakwa bertanggunjawab memperkenalkan Apco kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Beliau turut mengemukakan dua perjanjian untuk menyokong dakwaannya - satu perjanjian antara Apco dan kerajaan Malaysia. Yang satu lagi ialah perjanjian antara kerajaan Israel dengan Apco ketika Ehud Barak mengetuai angkatan tentera Israel.

Katanya lagi, kontrak dengan Apco ditandatangani pada 4 Ogos 2009 dengan tugas khusus untuk memperbaiki imej Malaysia di luar negara. "Ini aneh bagaimana kerajaan tandatangan dengan syarikat. (Proses menandatangani perjanjian) ini disaksikan setiausaha akhbarnnya sendiri, Datuk (Tengku) Sharifuddin (Tengku) Ahmad.

Biasanya (kontrak) ditandatangi oleh pegawai kerajaan," katanya. Anwar membuat penjelasan itu bagi menjawab tuntutan yang dikemukakan wakil Kota Belud Datuk Abdul Rahman Dahlan sebelum ini yang mahu Anwar dirujuk kepada jawatankuasa hak dan kebebasan parlimen kerana menyamakan slogan 1Malaysia dengan 1Israel.

Timbalan speaker Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar kemudiannya berkata, usaha untuk merujuk Anwar ke jawatankuasa itu perlu dibuat secara usul untuk dijadikan sebagai salah satu daripada aturan mesyuarat.


Mesyuarat Agung Tahunan AMK Johor 2010

Alhamdulillah, hampir semua AMK Cabang dan Cabang PKR telah selesai Mesyuarat Agung Tahunan Parti Keadilan Rakyat sehingga hari ini.

Pencatat telah diminta untuk merasmikan beberapa AMK Cabang dan lainnya mengucapkan terima kasih kepada Cabang yang menjemput. Semangat bercobar- cobar dari rakan-rakan pejuang.

Terdapat onak berlaku di AMK Cabang Muar, beberapa ahli telah berpaling tadah kerana sedikit habuan dan ingin bersalam dengan Timbalan Perdana Menteri. Namun kerana kebulurnya UMNO untuk 'mencuri' AMK, UMNO mengistiharkan 54 ahli PKR lompat parti walaupun hanya 3 ahli sahaja.

Pertambahan mendadak dari 7-8 Cabang sahaja yang mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan tahun lepas, tahun ini mencecah 20 Cabang yang melaksanakannya. Ia membangkitkan satu gelombang baru AMK dan PKR Johor.

Kepada pemimpin baru yang akan mengnakhodakan AMK Johor dan Cabang tahun ini kerana majoriti ketua AMK Cabang telah melepasi usia 35 tahun. Pencatat berharapkan ketua yang bakal dilantik kelak akan meneruskan perjuangan yang digalas pemimpin terdahulu.

Penghargaan juga buat Cabang Cabang AMK yang baru ditubuhkan. Ia memperlihatkan UMNO-BN telah semakin goyang-goyah di Johor. Terima kasih kepada rakan-rakan, usaha teperdaya dakyah semakin kotor-keji yang dimainkan pemimpin dan media pro UMNO-BN.

Imbang Penuh

Selamatkan Malaysia : Anwar Ibrahim

Karpal Cabar Zahrain Ke Mahkamah

GEORGETOWN 28 Mac – Ahli Parlimen Bukit Gelugor Karpal Singh hari ini memberi amaran kepada anggota Parlimen Bebas Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Hashim supaya tidak menganggu Ketua Menteri Pulau Pinang dengan menghantar surat tuntutan undang-undang dan menganggap perbuatan tersebut sebagai tidak professional.

Dalam satu sidang media yang diadakan di pejabatnya semalam Karpal menegaskan tindakan peguam Zahrain, Hanif Khatri Abdullah yang menghantar notis tersebut kepada Guan Eng sebagai satu sikap yang salah dan tidak beretika.

“Saya beri amarabn kepada Hanif supaya tidak melakukan sebarang tindakan lanjut terhadap Guan Eng. Saya mencabar Hanif untuk tampil untuk berdebat di mahkamah sekiranya beliau sangat yakin dengan tuntutan yang dikemukakannya itu,” kata peguam veteran itu.

Walau bagaimanapun kandungan notis tuntutan yang dihantar kepada Guan Eng itu tidak didedahkan kerana dianggap rahsia.

Notis yang dihantar Hanif berhubung kenyataan Guan Eng yang mendakwa Zahrain keluar daripada KEADILAN kerana gagal mendapatkan kelulusan tender bernilai RM40 juta untuk mengurus projek Bukit Jambul Golf Resort di Pulau Pinang menerusi sebuah syarikat RM2.

Karpal berkata beliau akan menghantar surat balas kepada peguam Zahrain tersebut bukan untuk meminta maaf tetapi sebaliknya untuk mempertahankan kedudukan Ketua Menteri yang didakwa diperlekehkan pihak Zahrin dengan menghantar notis tersebut tanpa prosedur yang betul.

Sumber: Suara-Keadilan


Tahniah : Nik Aziz Kekal Mursyidul Am

Pencatat dan warga AMK Johor mengucapkan tahniah kepada Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini dilantik semula sebagai mursidul am PAS untuk sesi 2010-15.

Walaupun juak UMNO berusaha memalukan, menfitnah dan mencela ketokohan Tuanguru Nik Abdul Nik saban hari. Namun ahli PAS khususnya dan marhaen tidak terpengaruh dengan dakyah keji itu.

Sebelum ini beliau sendiri bersedia untuk tidak dilantik lagi. Ia dinafikan melalui keputusan mesyuarat kedua majlis syura ulamanya di pejabat agung PAS,di Kuala Lumpur.

Datuk Dr Haron Din turut dilantik semula sebagai timbalan mursyidul am bagi membantu tugas-tugas Nik Aziz sebagai pengerusi majlis tertinggi dalam parti.

Hormati keputusan, Nik Aziz terima Turut dilantik sebagai anggota tambahan: Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Razak, Pesuruhjaya PAS Perlis Hashim Jasin dan bekas timbalan presiden Hassan Syukri.

Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang ketika ditemui pemberita di parlimen mengesahkan pelantikan Nik Aziz dan Dr Haron selama lima tahun.

Dan berkata, Nik Abdul Aziz sebelum ini yang menyatakan kegembiraan sekiranya tidak dilantik semula, bertindak demikian dengan "moral yang tinggi."

Ditanya mengenai pertimbangan anggota majlis berkenaan terhadap tahap kesihatan Nik Abdul Aziz, Abdul Hadi berkata menteri besar Kelantan itu dilihat masih mampu menjalankan tugas-tugasnya.


20100329

MALAM KESENIAN


MALAM KESENIAN ISLAM BERSAMA KOPRATASA, USTAZ AKIL HAYY & ALTERNATIVE BAND CLUB
TEMPAT : DEWAN MEMBAIKI AKHLAK CHEE LUAN KHOR,
NO 88 JALAN LAMBAK, 86000 KLUANG, JOHOR
TARIKH : JUMAAT / 2 APRIL 2010
MASA : 8.00 MALAM
KUPON DERMA BERNILAI RM 10, RM 20 DAN RM 30

Kutipan bertujuan untuk kegiatan Kelab Remaja Amal Kluang, Kuliah Pengajian Agama, Tajwid dan Al-Quran, Kelas Tahfiz, Kursus dan Seminar, Pembentukan Remaja, Kelas Tuisyen Akademik untuk Remaja dan Program Kemasyarakatan Remaja

UMNO : Telur -Telur MT 'Dipicit' Exco Bukit Bendera

Beginilah sekesta UMNO yang sering dipicit telur oleh ahli-ahlinya sejak 'tumpas' di pilihanraya umum yang lepas. Ia menjadi semakin parah sejak 'Arwah Altantuya mengamuk'.

Kini Datuk Seri Najib Razak makin kurang selesa kerana bukan beliau sahaja 'dipicit' telur. Ahli Majlis Tertinggi dan Lembaga Displin UMNO juga turut 'dipicit' sama oleh exco UMNO Bukit Bendera.

MIC pula sekarang semakin bimbang kerana UMNO Selangor kian ghairah melobi untuk dipilih sebagai calon di PRK Ulu Selangor. Beberapa pertemuan sulit telah berlaku untuk UMNo menyingkirkan MIC. Tidak mustahil UMNO akan berjaya.

Berita picit-memicit sudah lumrah didalam UMNO. Seterusnya sila baca laporan Malaysiakini....


Anggota exco bahagian Bukit Bendera letak jawatan - Malaysiakini

Umno bahagian Bukit Bendera hari ini mengumumkan peletakan jawatan 36 anggota exconya bagi membolehkan pemilihan baru diadakan semula.

Peletakan jawatan beramai-ramai itu bagi membolehkan bekas ketua mereka, Datuk Ahmad Ismail untuk kembali menerajui bahagian berkenaan.

Semua 36 anggota exco itu menandatangani surat peletakkan jawatan yang akan dikemukakan pada mesyuarat perhubungan negeri Umno Pulau Pinang yang dijadualkan pada penghujung bulan April.

Menurut ketua bahagian Bukit Bendera, Abdul Jalil Ariffin semua mereka menuntut mesyuarat agung luar biasa (EGM) diadakan bagi membolehkan Ahmad memimpin semula bahagian itu.

Ia bagaimanapun tidak termasuk anggota pergerakan wanita dan pemuda bahagian berkenaan.

“Kami telah menandatangani surat peletakkan jawatan bagi memaklumkan kepada parti mengenai keputusan ini,” kata Abdul Jalil di pejabat bahagian itu di Lembah Pantai.

Ahmad Ismail terharu

“Kami merancang menyerahkan surat itu dengan tangan kepada jawatankuasa perhubungan negeri bila mereka bermesyuarat pada minggu ketiga April ini," katanya lagi.

Sidang media ini juga dihadiri oleh Ahmad Ismail.

Ahmad Ismail kemudiannya melahirkan rasa terharunya atas pengorbanan Abdul Jalil yang sanggup melepaskan jawatannya itu bagi membolehkan beliau berkuasa semula.

“Saya berterimakasih atas tindakannya itu. Dia sanggup letap jawatan walaupun penggalnya tidak akan berakhir sehingga 2011,” katanya.

Mengenai hubungannya yang tegang dengan Gerakan, Ahmad Ismail berkata dia sanggup membina jambatan dengan bekas Ketua Menteri, Tan Sri Koh Tsu Koon, jika permohonan maaf dibuat kepada Umno.

Majlis Tertinggi (MT) Umno pada September 2008 memutuskan Datuk Ahmad Ismail digantung dan dilucutkan hak-haknya dalam parti selama tiga tahun.

Ia berikutan kontroversi yang dicetuskan oleh ketua Umno Bukit Bendera itu, yang didakwa membuat kenyataan yang berbaur perkauman terhadap masyarakat Cina.

Ahmad telah menimbulkan kemarahan masyarakat Cina apabila didakwa berkata bahawa kaum itu "menumpang" di negara dan meminta mereka supaya tidak menjadi seperti orang Yahudi di Amerika yang mahu menguasai ekonomi dan kuasa politik.

Keadaan menjadi bertambah buruk apabila Ahmad membuat kenyataan menggesa Gerakan supaya keluar dari BN dan manakala seorang penyokongnya telah bertindak mengoyak gambar pemangku presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) kemudiannya memutuskan untuk menyerahkan kepada Umno untuk menentukan tindakan terhadap Ahmad.

Bagaimanapun pada Disember tahun lalu, Majlis Tertinggi Umno mengambil keputusan untuk menarik semula penggantungan itu.

Raja Playboy Dengan Raja Lucah Untuk 1Malaysia..

Jika UMNO ada Presiden bergelar 'Raja Playboy Negara' yang mempunyai skandal, didakwa membeli isteri pembaca Berita Dunia Jam 10 dan dikaitkan pembunuhan ala-zionis terhadap Altantuya. MCA pula mempunyai Presiden berstatus ' Raja Lucah Negara'.

Perwakilan MCA telah membuat pilihan tepat dengan membawa gandingan terbaik untuk Najib Razak. Kini Najib tidak bersendirian dalam membawa nakhoda Barisan Nasional. Amnya presiden MCA akan menjadi Kementerian Pengangkutan atau Kesihatan.

Jika Datuk Seri Chua Soi Lek menjadi menteri pengangkutan, maka ramailah pelacur dari China, Indonesia, Vietnam dan Thailand akan menjadi tetamu kehormat.

Malah pelacur-pelacur asing tidak akan bersaing dengan pelacur dari Monggolia kerana pelacur dari negara itu takut dibom dengan 'Raja Playboy Negara'.


Jika Raja Lucah Negara dilantik sebagai Menteri Kesihatan pula, maka para gadis jururawat dan gadis doktor muda pasti menikmati mimpi ngeri jika berkhidmat dengan kerajaan.

Kini MCA tidak boleh picit telur UMNO, dan UMNO tidak boleh piicit telur MCA kerana MCA, MIC dan UMNO mempunyai telur yang sama 'kebal'. Maka dengan ini lengkaplah 1Malaysia yang dicita-citakan oleh Najib.

Isyarat 1Malaysia pasti bertukar dari jari telunjuk kepada jari hantu bila menunjukkan isyarat 1Malaysia.

Hebahan Media : Fitnah terhadap AMK MUAR dan PKR MUAR

Hebahan Media

28 Mac 2010

Assalamualaikum wbt, Salam Sejahtera, Salam Reformasi,

Hari ini media - media dan blog - blog dengan bangga memaparkan berita pengisytiharan Naib Ketua AMK Muar dan 50 orang anggota AMK Muar telah pun keluar parti dan menyertai UMNO / Barisan Nasional dalam satu majlis Jamuan Nasi Ambang Raksasa yang dihadiri Timbalan Perdana Menteri di Parit Tengah, Air Hitam, Bakri, Muar pada Sabtu, 27 Mac 2010.

Rujuk laman blog dan surat khabar online ini untuk berita tersebut :

The Star
http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2010/3/27/nation/20100327191305&sec=nation

Blog Aspirasi Bangsa
http://aspirasi-bangsa.blogspot.com/2010/03/gempar-ketua-amk-muar-pula-keluar-pkr.html

ANGKATAN MUDA KEADILAN CABANG MUAR menafikan dan mengutuk sekeras - kerasnya berita penghijrahan 50 anggota AMK MUAR. Perkara ini merupakan satu bentuk fitnah jahat yang bertujuan untuk menjatuhkan kredibiliti dan kekuatan AMK MUAR yang semakin hari semakin mantap dan dipercayai oleh rakyat Muar untuk memimpin harapan mereka.

ANGKATAN MUDA KEADILAN MUAR menegaskan bahawa ini adalah satu lagi usaha terdesak danbacul UMNO / Barisan Nasional Muar. Tiada perkara seperti ini berlaku di dalam organisasi kami.


Hanya 3 orang anggota AMK MUAR yang bermasalah melompat bukan 50 orang seperti yang digembar - gemburkan oleh media iaitu Razali Bin Jaafar atau lebih dikenali oleh pengusaha kedai menjual kereta dan pembeli - pembeli tertipu sebagai "Zali Allright" atau "Zali Confirm", Bekas Naib Ketua 1 AMK MUAR dan 2 lagi anggota.

Daripada sumber - sumber yang dekat dengan Saudara Razali Jaafar mengesahkan bahawa 50 orang lagi itu adalah merupakan ahli baru UMNO dan bukannya anggota ANGKATAN MUDA KEADILAN CABANG MUAR. Juga, Saudara Razali ini memang telahpun giat mengedar borang keahlian UMNO kepada penduduk sekitar yang bukan ahli Parti Keadilan Rakyat Cabang Muar mahupun AMK MUAR. Ini adalah merupakan satu bentuk pembohongan dan publisiti murahan UMNO / Barisan Nasional Muar.

AMK MUAR dengan tegas mencabar Saudara Razali Jaafar untuk memberikan bukti atau Nombor Keahlian 50 orang ini. Jangan hanya bercakap tanpa di iringi bukti sahih.


Saudara Razali Bin Jaafar bukanlah anggota yang aktif. Juga, beliau bukanlah seorang Naib Ketua yang baik dan bertanggungjawab malahan kehadiran beliau ke majlis - majlis atau program - program anjuran parti atau AMK MUAR juga boleh dihitung. Ramai anggota AMK MUAR dan PKR Cabang Muar tidak mengenali beliau. Jadi, mana mungkin AMK MUAR menjadi tempang tau lumpuh oleh kerana pembelotan 3 orang anggota yang tidak pernah aktif, tidak pernah melaksanakan tanggungjawab dan berjuang untuk parti dan rakyat.

ANGKATAN MUDA KEADILAN MUAR tidak sesekali terjejas dengan perbuatan tidak bermaruah 3 orang katak ini sebaliknya AMK MUAR semakin kukuh dan mantap oleh kerana berlakunya proses pemutihan keanggotaan yang sedang berlaku di dalam kepimpinan dan keanggotaan AMK MUAR.

Ini merupakan usaha terdesak UMNO/Barisan Nasional Muar yang semakin hari semakin ditolak rakyat. Sewaktu mereka semakin ditolak rakyat, AMK MUAR telah pun menjadi pemangkin wadah perjuangan rakyat yang menjadi harapan masyarakat Muar. Juga, ini adalah bukti ataupun dalil bahawa ANGKATAN MUDA KEADILAN MUAR semakin digeruni UMNO/Barisan Nasional Muar.

Walaupun jumlah anggota kami tidak seramai mereka, tetapi usaha dan suara kami benar - benar menyusahkan mereka. Apa yang dapat disimpulkan dari peristiwa ini adalah langkah - langkah dan usaha berterusan ANGKATAN MUDA KEADILAN MUAR telah menjadi igauan ngeri UMNO/Barisan Nasional Muar,
Muhyiddin Yassin dan Razali Ibrahim.

Ini juga membuktikan mereka telah ketandusan idea untuk berhadapan dengan kemaraan ANGKATAN MUDA KEADILAN MUAR yang semakin diterima oleh rakyat Muar tidak kira golongan muda ataupun veteran sehingga mewajarkan tindakan bebal membeli 3 anggota AMK MUAR yang bermasalah, tiada kredibiliti, lemah semangat perjuangan dan ditolak oleh AMK MUAR dan rakyat Muar.

Jadi, ANGKATAN MUDA KEADILAN MUAR sekali lagi dengan tegas mencabar Saudara Razali Jaafar untuk membuktikan bahawa 50 orang yang didakwa anggota AMK MUAR itu sememangnya anggota berdaftar. Sila serahkan nombor keahlian mereka. UMNO/Barisan Nasional Muar, kalau benar mahu bertempur, bertempur seperti pejuang sejati bukan dengan gaya sumbang dan lembik seperti ini.

Di kesempatan ini juga, ANGKATAN MUDA KEADILAN MUAR mengecam dan membidas usaha - usaha beberapa pihak untuk menghalang dan mengagalkan majlis Mesyuarat Agung Tahunan Parti Keadilan Rakyat Cabang Muar daripada diadakan pada 27 Mac 2010 dengan mensabotaj dan memulangkan semula notis Jemputan Mesyuarat pada hari Jumaat yang lepas. Ini sekaligus membuktikan betapa keupayaan PKR MUAR dalam meraih restu dan sokongan masyarakat Muar. Juga, ini merupakan petanda jelas betapa tempoh hayat UMNO/Barisan Nasional untuk menguasai kerusi Parlimen P146 Muar semakin pendek dan malap.

ANGKATAN MUDA KEADILAN MUAR dengan ini menegaskan bahawa sebarang usaha - usaha bebal ini tidak akan mematahkan semangat kami untuk membebaskan rakyat Muar daripada pemerintah zalim, korup dan rakus. ANGKATAN MUDA KEADILAN MUAR tidak akan dan tidak pernah gentar dengan permainan politik sakai dan murahan UMNO/Barisan Nasional.

Hari ini kamu merompak 3 anggota ANGKATAN MUDA KEADILAN MUAR yang bermasalah tetapi kami sedikitpun tidak merasa tergugat malahan kami amat yakin bahawa akan muncul lagi 300 anak muda Muar yang kukuh semangat perjuangan menentang UMNO/Barisan Nasional.


Pimpinan UMNO/Barisan Nasional jangan suka bersembunyi di belakang punggung Saiful Bukhari. Kalau benar perjuangkan rakyat, ANGKATAN MUDA KEADILAN MUAR MENCABAR RAZALI JAAFAR ATAU YB RAZALI IBRAHIM, AHLI PARLIMEN MUAR UNTUK TURUN BERDEBAT DI MANA - MANA PADA BILA - BILA MASA. Kami ANGKATAN MUDA KEADILAN tidak pernah gentar dan takut menentang kezaliman dan kerakusan Penguasa.

Sekian,

"AMK MUAR PENCETUS REVOLUSI"

Ahmad Anwar Asyraf Bin Ismail
Pemangku Ketua,
Angkatan Muda Keadilan Muar

http://amkmuar.wordpress.com
www.twitter.com/amkmuar
www.facebook.com/amkmuar
Telefon : 017-6849693

20100327

Ayuh Bakar Utusan Malaysia Jika Terus Tipu Melayu....


Beberapa telah memberi komentar 'panas' atas tindakan pencatat dan rakan-rakan AMK Johor membakar Utusan Malaysia semasa di Mersing ,Segamat. lainnya. Sehingga tadi semasa perasmian PERKASA, Datuk Ibrahim Ali masih memainkan isu membakar Utusan Malaysia.

Nampaknya wartawan Utusan terpaksa mengunakan Ahli Parlimen UMNO untuk menyelamatkan akhbar mereka agar tidak dibakar lagi. Mungkin juga Utusan berharap ada yang gentar. Adakah rakan-rakan gentar ???

Maka pencatat berjanji hari ini pencatat tidak akan membakar akbar Utasan hari ini. Tetapi hari ini sahaja, esok dan seterusnya pencatat tidak boleh berjanji. Bergantung dengan 'arahan' editor Utusan itu sendiri.

Jika terus memfitnah dan membawa berita hina keji lagi pimpinan Pakatan Rakyat. 'Majlis' lebih besar akan berlaku untuk membakar Utusan.

Sementara itu semasa diberi 'microphone' di majlis PERKASA, Tun Mahathir berkata, UMNO bukan lagi wadah melayu. Pencatat enggan mengupas lebih lanjut kerana pekara itu sepatutnya telh diketahui oleh Tun sejak dahulu lagi.

Sementara di majlis tersebut Ibrahim Ali sekali lagi memperlekehkan wadah berita internet paling popular dinegara, Malaysiakini. Dan beliau minta orang melayu terus menyokong Utusan Malaysia mungkin kerana Utusan telah banyak berjasa kepada beliau.

Pencatat enggan mengulas lanjut komentar Ibrahim Ali itu kerana beliau sedang bermusuh dengan ramai ahli politik dan bloggers. Termasuk Khairi Jamaluddin , kerana ramai anak muda melayu lebih percayakan Ibrahim dari Khiri kini.

Pencatat merayu kepada AMK semua, bawalah akbar baru mahupun lama ke Ulu Selangor jika bertandang kesana. Kita baca bersama-sama, jika kepalsuan terus berlaku. Usaha menunggu lama, pembaca boleh membakarnya dalam apa jua majlis Pakatan Rakyat.

Ulu Selangor : Selematkan Malaysia


Selamatkan Malaysia



PKR Bersiap-Sedia Hadapi Pilihanraya Kecil


Dari TV Selangor

Kempen “Selamatkan Malaysia – Tolak Konspirasi Kedua” yang dijadualkan bermula akhir bulan depan akan diadakan lebih awal di Parlimen Hulu Selangor susulan kembalinya Allahyarham Datuk Zainal Abidin Ahmad ke rahmatullah malam semalam.

“Jadi kami sudah bergerak dan mengadakan gerak kerja dari awal-awal lagi. Oleh itu saya lihat tiada masalah untuk menghadapi pilihan raya kecil ini apabila diadakan,” kata Pengerusi Pilihanraya PKR Selangor, Abdullah Sani.

Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim dijadualkan hadir pada majlis malam ini. Abdullah berkata PKR telah bersiap-sedia menghadapi apa juga kemungkinan dengan kira keuzuran Datuk Zainal sebelum ini.

Abdullah berkata satu urusetia khas telah ditubuhkan untuk menguruskan Pusat Khidmat Hulu Selangor.

Speaker Dewan Rakyat perlu memaklumkan Suruhanjaya Pilihanraya, yang perlu mengumumkan pilihanraya kecil dalam masa 60 hari.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah melancarkan kempen Umno Juara Rakyat di Hulu Selangor pada Februari lalu, menjanjikan RM15 juta untuk memperbaiki pangsapuri di situ dalam usaha undi masyarakat setempat.

20100326

Ulu Selangor : Shamsul Iskandar Bersedia , Nik Abdul Aziz Menunggu...

Cubaan UMNO untuk merebut sebagai calon Pilihanraya Kecil Parlimen Ulu Selangor disangkal dengan pantas oleh MIC. UMNO Selangor berkata berdasarkan undi melayu yang majoritinya, maka UMNO layak.

MIC akan mencadangkan timbalan presidennya, Datuk G Palanivel sebagai calon BN dalam pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor kata Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu.

Alasan MIC, Palanivel yang mewakili parlimen Hulu Selangor selama dua penggal (1999 dan 2004) dan sudah turun padang sejak kalah kepada PKR pada 2008 dan sejak berita sakitnya Allahyarham Zainal Abidin.

Manakala bagi Pakatan Rakyat, sudah tentu PKR akan bertanding dikawasan tersebut melalui sejarah lepas. Beberapa nama dan tokoh pimpinan PKR disebut-sebut sedang dalam pemerhatian.

PKR mempunyai tokoh nasional yang popualar seperti Datuk Zaid Ibrahim, Datuk Seri Chua Jui Meng, Shamsul Iskandar Mohd Akin dan tokoh AMK Selangor, Khairul Anuar Ahmad Zainuddin atau Jonah layak di Parlimen Ulu Selangor.

Ustaz Badrul Amin dan lainnya juga terserlah untuk dicalaonkan. Tidak dinafikan Ketua AMK Nasional, Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Datuk Zaid Ibrahim mempunyai pontensi besar untuk menyambung tugas Allahyarham.

Namun ramai rakan-rakan berkata Shamsul Iskandar selayaknya berada di Dewan Rakyat atas rangkingnya dipersada kacamata media nasional. Malah tidak dinafikan setiap kali ceramah umum atau temuramah langsung samaada di NTV7 mahupun Astro Awani, Shamsul gagah dan terserlah setiap apa juga persoalan.

Jika anda bertanya pencatat siapakah yang layak ? Pencatat akan menjawab, " Tuanguru Datuk Abdul Nik Aziz Nik Mat". Kerana ramai wakil rakyat UMNO 'berhutang' dengan beliau. Terutama Ibrahim Ali.

Ulasan Anwar Ibrahim Mengenai Zulkifli Noordin

SURAT SPR KEPADA MB BERHUBUNG PILIHAN RAYA KECIL PBT DIDEDAHKAN KEPADA UMUM

KENYATAAN AKHBAR

24 MAC 2010

SHAH ALAM: Mesyuarat Exco hari ini memutuskan untuk menyiarkan kepada umum surat yang dihantar Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kepada Menteri Besar Selangor berhubung cadangan untuk mengadakan pilihan raya peringkat pihak berkuasa tempatan (PBT).

Tindakan ini bagi membolehkan orang ramai memahami isu ini secara mendalam.

Dalam surat setebal 11 muka surat bertarikh 23 Mac 2010 itu, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof memberikan maklumat dari perspektif perundangan dan had batasan berkaitan cadangan mengadakan pilihan raya PBT di Selangor.

Beliau membuat kesimpulan bahawa SPR dan negeri tidak mempunyai kuasa untuk mengadakan pilihan raya peringkat PBT bagi memilih ahli majlis.

Tan Sri Abdul Aziz juga berkata, SPR tidak boleh menjalankan kajian dan analisis seperti yang diminta Selangor kerana ia bukan bidang kuasa SPR seperti termaktub dalam Perlembagaan dan Akta Pilihan Raya 1957.

Kerajaan Negeri menegaskan surat SPR ini bukan noktah akhir kerana kerajaan negeri akan terus berusaha mencari jalan atau kemungkinan lain yang membolehkan pilihan raya PBT ini diadakan.

“Kita membincangkan isu ini dalam Mesyuarat Exco hari ini dan memutuskan jalan terbaik ialah dengan mencari pilihan lain dari sudut yang berbeza.

“Kami percaya dalam sebuah negara yang matang, fungsi sesebuah kerajaan perlu didemokrasikan dan ini baik kerana rakyat mempunyai banyak pilihan,” kata Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Pada 11 Mac lalu, Menteri Besar menulis surat kepada SPR untuk mendapatkan pandangan mengenai pilihan raya kecil PBT selain meminta SPR mengadakan kajian menyeluruh untuk kepentingan rakyat khususnya di Selangor.

SEKRETARIAT AKHBAR

PEJABAT MENTERI BESAR SELANGOR

Al-Fatihah Buat Allahyarham Datuk Zainal Abidin Ahmad

Al-Fatihah buat Allahyarham Datuk Zainal Abidin Ahmad, Ahli parlimen Hulu Selangor, yang telah meninggal dunia pada sekitar jam 9.30 malam tadi di rumahnya di Batu 9 1/2, Jalan Cheras, Kajang akibat barah otak.

Pada Mac 2005, beliau mengambil keputusan untuk meninggalkan Umno dan menyertai PKR.Zainal Abidin berjaya memenangi kerusi Hulu Selangor dengan mengalahkan calon BN dari pari MIC, P Palanivel pada PRU-12.

Kerusi itu berjaya dirampasnya untuk PKR dengan hanya majoriti 198 undi.

Dilahirkan di Cheras pada 10 Oktober 1939, beliau memulakan kerjaya sebagai guru di Sekolah Tinggi Kajang (1961-1968) dan kemudiannya Pengetua, Sekolah Menengah Kuala Kubu Baru dari 1972-1973, sebelum dilantik sebagai pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 1974.

Zainal yang mendapat Doktor Falsafah Sains Politik dari University of California, Los Angeles, pada 1980 pernah menjadi Dekan, Fakulti Pendidikan UKM sebelum meninggalkan dunia akademik dan menyertai politik pada 1989.

Pada pilihan raya umum Mac 2008, Zainal membuat kejutan dengan merampas kerusi selamat BN di Hulu Selangor daripada penyandang Datuk G.Palanivel yang juga merupakan Timbalan Presiden MIC.

Bagaimanapun, kekosongan kerusi Hulu Selangor juga bukan berita gempira bagi Barisan Nasional yang menghadapi dilema untuk mencari calon yang sesuai.

20100325

Roboh Dan Menyembah Bumi Kg. Denai Jaya

Kampung Denai Jaya, Kempas Johor semalam mengalirkan air mata ramai penduduk, kanak-kanak dan ahli politik terdapat juga beberapa ahli UMNO yang berada disitu hanya mampu melihat sahaja.

Dakyah yang disampaikan oleh juak UMNO Pulai ialah, " apalah orang setinggan ni.. duduk tanah kerajaan nak minta RM350 sekaki persegi. Roboh lagi bagus".

Apa yang berlaku semalam amat menyayat hati. Bukan sahaja pakaian dan peralatan dihumban dari rumah. Anak-anak kecil dan wanita dihumpan-halau seperti haiwan.

Penduduk Kg. Denai Jaya sebelum ini telah dijanjikan pelbagai janji seperti rumah tanpa wang pendahuluan dan sebagainya. Tetapi sehingga rumah mereka dirobohkan tiada apa dikotakan.

Setelah berunding dan campur tangan daripada beberapa pemimpin patan Rakyat dan NGO pihak pemaju bersetuju untuk menangguhkan dari terus merobohkan rumah seterusnya . tetapi hanya beberapa hari sahaja.

Dimaklumkan tanah tersebut adalah milik kerajaan pusat dan dikatakan tanah tersebut akan dibuat hospital dan tiada tarikh dan tiada cadangan konkrit pada pembinaannya.

DUN Titi Tinggi : ' Telur ' Najib Berjaya Dipicit Yip

ADUN Titi Tinggi, Yip Sun Onn telah menarik balik surat peletakan jawatannya lewat petang semalam, melalui SMS kepada Speaker DUN Perlis, Datuk Yazid Mat. Ia bermaksud Yip telah berjaya dalam ugutannya kepada Perdana Menteri dan Menteri Besar Perlis.

Pencatat percaya habuan yang bakal diterima lebih berbaloi dari apa yang Yip terima sebagai Exco. Ini perlihatkan Datuk Seri Najib Razak takut pada ugutan Yip.

Seluruh jentera UMNO-BN bergegas ke Titi Tinggi bukan untuk merayu undi tetapi memujuk dan berjanji kepada Yip dengan pelbagai ugutan, projek dan janji palsu. Sama seperti pilihanraya kecil yang lain.

Ternyata UMNO-BN gentar untuk bertanding dalam piliharaya kecil walaupun DUN Titi Tinggi adalah kubu kuat BN. Malah pemerhati politik tergelak dengan apa yang berlaku pada MCA dan BN Perlis.

Walaupun Pakatan Rakyat atau PKR tidak kesampaian untuk bertarung di DUN Titi Tinggi. Tindakan memujuk dan menarik balik surat perletakkan jawatan hanya melalui SMS bererti 'telor' Najib Razak semakin terkucil.

Permerhati politk berkata, "telur Najib telah dipicit oleh Yip dan Najib telah terkucil". Kita akan lihat Najib akan terus dipicit 'telur'nya lagi dan lagi.

Apa yang pasti nasib Yip untuk bertanding PRU akan datang 99% tidak dicalonkan lagi. Kecuali Yip berjaya memicit 'telur' Najib sekali lagi.

20100324

Anwar Ibrahim Jelas One Israel = 1Malaysia Selesa



Dari TV Selangor

Parti Keadilan Rakyat mendesak kerajaan BN membatalkan kontrak APCO Worldwide yang mempunyai kaitan dengan elemen Zionis dan Neo-Konservatif Amerika Syarikat.

Desakan ini dibuat ekoran pendedahan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat tempoh hari, yang mengkritik keputusan Perdana Menteri Najib Abdul Razak melantik syarikat perunding itu membantu BN menguruskan negara.

“Jika Umno-BN tidak membatalkan kontrak APCO, ia memberi implikasi bahawa dasar-dasar Israel menjadi asas kepada komunikasi negara. Saya cabar Perdana Menteri jika tidak ada tindakan tegas diambil, rakyat akan berkata kamu bersekongkol dengan pemimpin Israel,” kata Ahli Parlimen Yusmadi Yusoff bersama-sama pimpinan Pakatan Rakyat di Parlimen hari ini.

Sebelum ini, Anwar mendedahkan semasa pentadbiran mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, kerajaan Umno-BN juga telah membayar sejumlah wang kepada pelobi Yahudi yang pro-Zionis dan neo-konservatif ektremis, Jack Abramoff.

Kerajaan Malaysia telah membayar yuran perundingan sebanyak AS$1.2 juta (RM4.6 juta) kepada Abramoff bagi khidmat menguruskan pertemuan antara Dr Mahathir dan Presiden Amerika ketika itu George W. Bush di White House, Washington pada Mei 2002.

Menteri Pertahanan Zahid Hamidi turut dikecam keras kerana mengadakan pertemuan bersama Menteri Pertahanan Israel Ehud Barak di sebuah majlis koktel di Pertunjukan Udara Paris, 17 Julai tahun lalu.

Muqabalah antara pemimpin kanan Umno ini dan Penyembelih Gaza (The Butcher of Gaza) telah menghiris hati umat Islam di negara ini.

Ibrahim Ali : Hero Katak Melayu, Pengarah Syarikat Judi

Pencatat menyokong penuh kenyataan Ahli parlimen Machang Saifuddin Nasution memohon kerajaan menjelaskan kelulusan lesen judi yang diberikan kepada sebuah syarikat yang dikuasai Tan Sri Vincent Tan.

Beliau mengaitkan Datuk Ibrahim Ali yang mempunyai saham dalam syarikat perjudian berkenaan.

Saifuddin berkata,"Pasir Mas, pejuang tulen pun ada saham juga, itulah wajah sebenar pejuang Melayu. Untuk itu kita minta kementerian kewangan jelaskan perkara berkenaan," .

Ibrahim Ali adalah pengarah Ascot Sports itu diberikan ruang sehingga 20 tahun untuk menjalankan perniagaan pertaruhan. Perniagaan Ascort melibatkan pertaruhan untuk lumba kuda, bola sepak dan sukan-sukan lain.

"Sudah tentulah lesen ini diberikan oleh menteri kewangan, saya difahamkan menteri kewangan dan perdana menteri sebelum Abdullah Badawi mengambil alih kuasa.

"Menteri kewangan ini adalah presiden Umno, Umno ialah parti agama bangsa dan negara," katanya lagi.

Ibrahim sebelum ini begitu lantang dengan hak asasi ketuanan melayu telah dipecat oleh UMNO kerana tindakan dan perangainya yang membelakangkan perjungan melayu-UMNO.

Setelah dimalukan setelah kalah begitu teruk sebagai calon bebas di Parlimen Pasir Mas, Ibrahim berjaya memperdaya PAS untuk dicalonkan sebagai calon PAS pada PRU ke-12. namun selepas itu PAS tipu selepas itu dan beliau mengistiharkan dirinya calon babas.

Kini dipercayai Ibrahim sedang mencuri hati parti lain terutama UMNO untuk bertanding atas tiket BN pula dengan memperkudakan PERKASA setelah PEKIDA dilihat lumpuh setelah Tun Abdullah Badawi meletakkan jawatan sebagai perdana menteri.

Seorang rakan berkata, Ibrahim berjaya mengumpulkan ahli UMNO dan PKR melayu yang kecewa disebabkan kalah dalam pertandingan dan tidak terpilih pada jawatan yang dikendaki.

Ghapur: Zahrain Penipu Besar

Ahli parlimen Kalabakan, Datuk Abdul Ghapur Salleh, yang dinamakan sebagai satu daripada lapan MP yang akan berpaling tadah kepada pembangkang pada 16 Sept membidas Datuk Seri Zahrain Hashim yang didakwa menipu di Dewan Rakyat.

Bekas MP PKR yang mengisytiharkan dirinya sebagai ahli bebas itu, minggu lalu mendedahkan bahawa Abdul Ghapur yang mewakili Umno Sabah dinamakan antara kumpulan berkenaan.

Menurut Ghapur, Zahrain telah melakukan satu penipuan besar.

Sehubungan itu, beliau mahu ahli parlimen dari Bayan Baru itu segera menarik semula kenyataannya dan menyenaraikan mereka yang dikatakan akan berpaling tadah itu.

Abdul Ghapur juga mencabar Zahrain mendedahkan nama 30 MP yang dikatakan akan menyertai ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam rancangan Pakatan Rakyat untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional, jika apa yang didakwanya sebelum ini adalah benar.

Beliau juga memberi amaran kepada Umno agar tidak menerima Zahrain sebagai ahlinya kerana jika bekas ketua PKR Pulau Pinang itu sanggup berpaling tadah terhadap Anwar, dia juga, katanya, suatu hari nanti akan menikam pemimpin BN juga.

Selain Ghapur (kiri), MP dari Sabah yang dinamakan oleh Zahrain ialah Datuk Seri Anifah Aman (BN-Kimanis), Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan), Datuk Chua Soon Bui (Bebas-Tawau) dan Datuk Eric Majimbun (Bebas-Sepanggar).

Nama lain yang disebut ialah Dr Mohd Puad Zarkashi (BN-Batu Pahat), Datuk Seri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar (BN-Jerantut) dan Tengku Razaleigh Hamzah (BN-Gua Musang).

Zahrain juga mendakwa seorang timbalan speaker juga dikatakan akan menyertai PKR.

Oleh : Malaysiakini

20100323

DUN Perlis : Sholat Hajat Membuahkan Hasil Pertama

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Titi Tinggi dari MCA, Yip Sun Onn telah menghantar surat peletakan jawatannya kepada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Yazid Mat semalam.

Ia bermakna DUN Titi Tinggi meniti sumpahan pertama Sholat hajat yang dilakukan oleh muslim Pakatan Rakyat terhadap kekuasaan Allah terhadap kejahatan UMNO dan BN.

Menang atau kalah ia pekara kedua. Ia menunjukkan UMNO-BN sedang didalam kehancuran. Jika UMNO-BN menang, wang puluhan juta dan janji palsu billion ringgit berbaloi.

Jika kalah, ia pekara yang sewajarnaya. Sepatutnya kerajaan BN telah tumbang pada PRU ke-12 yang lepas. Pelbagai tektik kotor yang menymbang kemenangan UMNO-BN

Pencatat merasakan, seluruh rakyat tidak yakin PKR akan menang jika berlaku pertandingan di DUN tersebut. Namun ianya bukan mustahil, walaupun rekod sebelum ini tidak menyebelahi PKR disitu.

Pencatat ingin mengimbas kembali sejarah PRU ke-12 dan dibeberapa pilihanraya kecil. PKR dan Pakatan rakyat bukan sahaja memang dibanyak kerusi. Malah banyak kejutan telah berlaku.

Ia memaksa UMNO mengeluarkan wang yang banyak untuk merampas kembali DUN Perak dan dengan keji melobi wakil rakyat dan ahli parlimen Pakatan Rakyat.

Kalah, belum pasti. Tetapi keyakinan pencatat sangat tinggi bahawa juara rakyat adalah milik pejuang ulung dan parti yang lebih tulus. Patakan Rakyat tetap juara.

Kunjungan Tian Chua Ke Keluarga Hamdan


Kemalangan membabitkan diantara YB Tian Chua dan Allahyarham Mohd Salleh Hamdan yang terbunuh pada kejadian tersebut pada malam 12 Mac lalu telh dimanupulasi dengan negitif oleh media pro UMNO.

Kelmarin Tain Chua bersama rombongan PKR Johor dan Wilayah Persekutuan telah melawat keluarga mangsa iaitu Srd Hamdan Saim di Taman Putri, Kulaijaya. Turut serta rombongan itu Tn Hj Anuar Salleh dan beberap pimpinan Cabang.

Pada kunjungan tersebut Tian Chua sekali melahirkan rasa kekesalan terhadap kemalangan tersebut. Beliau berjanji untuk berusaha membantu keluarga Allahyarham untuk menutut insuran dari pihak berkenaan.

Pada perjumpaan itu juga Tian Chua menyampaikan salam takziah daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datin Seri Wan Azizah dan seluruh pimpinan PKR termasuk sejumlah wang yang didermakan oleh beberapa pimpinan PKR.

Sebelum itu Tian Chua telah pergi ke Balai Polis Kota Tinggi sekali lagi unutk mengetahui perkembangan lanjut hasil siasatan Polis terhadap kemalangan tersebut.Namun pihak Polis masih selesai dalam siasatan tersebut.

Kemalangan tersebut berlaku semasa Tian Chua dari Kota Tinggi ke Mersing dalam perjalanan untuk berceramah disitu. Kemalangan yang berlaku sekitar jam 9.20 malam itu dipercayai motorsikal yang dipandu oleh Mohd Saleh telah hilang kawalan dan merempuh kereta yang dipandu oleh pembantu Tian Chua.

20100321

One Israel adalah 1Malaysia....

Adakah anda terkejut bila Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata 1Malaysia meniru One Israel ?

Berkata di kota London, Anwar menyifat tindakan untuk mengantung beliau dari menghadiri sidang Dewan Rakyat sebagai jenaka basi.

Anwar Ibrahim berkata pada sidang media selepas berucap di London School of Economics ,"APCO Worldwide, sebuah firma perunding antarabangsa berpangkalan di Amerika Syarikat tidak seharusnya terbabit dalam sebarang urusan politik di negara ini".

Ketua Umum PKR berkata lagi persamaan Satu Malaysia dan One Israel sebagai satu “kebetulan aneh”.

Minggu lepas semasa membahaskan titah Yang Dipetuan Agong di dalam Dewan Rakyat Anwar telah memdedahkan hubung kait APCO dengan pemerintah Zionis Israel dan mempersoalkan bagaimana Perdana Menteri sanggup menggunakan khidmat syarikat tersebut untuk memperbaiki ekonomi negara.

Satu kenyataan yang dikeluarkan semalam APCO yang mempunyai pejabat di Malaysia menafikan syarikat tersebut terbabit dalam menasihati Najib berhubung gagasan 1Malaysia.

Sebelum ini kerajaan UMNO-BN dan pencacai UMNO begitu girang menuduh Anwar Ibrahim adalah agen yahudi. Pada masa yang sama melantik dan membayar syarikat yahudi untuk menentu halatuju kewangan negara.

1Malaysia adalah ilham dan perlaksanaan ekomoni yang diterajui oleh Datuk Seri Najib Razak . Penasihat 1Malaysia ialah APCO yang sah pro Israel . APCO bertanggungjawap menjayakan 1Malaysia.

Oleh kerana APCO berkiblatkan One Israel dan 1Malaysia mengikut telunjuk kepada APCO. Maka One Israel dan 1Malaysia adalah sama dan senada.

Pembaca boleh menilai secara rambang apa yang berlaku di Malaysia dan Israel adalah sama. Contohnya membiarkan parti lawan ( MCA, MIC, Gerakan dan lainnya) lumpuh dan 'hidup segan mati tak mahu'. Dan mengunakan polis, mahkamah dan tentera untuk terus berkuasa.

Polis digunakan untuk melemahkan dan menangkap pemimpin parti lawan. Gaji mereka dinaikkan, layan istimewa kepada anggota polis. Tentera pula digunakan untuk mencuri undi. Perbelanjaan tentera dicuri melalui komesyen berbillion.

Mahkamah digunakan secara rakus sehingga fungsi raja-raja dikawal oleh mahkamah. 1Malaysia secara jelas menindas sesaipa sahaja yang menentang UMNO. Lihat sahaja apa yang berlaku kepada MCA. Pemimipin UMNO bertempuk tangan keruntuhannya.

begitu juga dengan MIC, Gerakan dan PPP. Malah telah diketahui umum 'tangan ajaib' dari UMNO menentukan siapa Presiden dan dipecat dari jawatan dan keahilan.

20100320

Saifuddin : Pemimpin UMNO Kaki Arak

Cubaan Ahli Parlimen (AP) Rembau yang juga Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin memainkan isu arak dan judi di Dewan Rakyat ibarat meludah ke langit, terpercik di muka sendiri sebaik MP Machang, Saifudin Nasution diberi laluan untuk berucap.

Saifudin yang hanya menyatakan berhubung judi arak secara umum membuatkan beberapa MP Umno berasa kurang selesa termasuklah MP Pasir Salak yang kelihatan marah-marah dan hampir-hampir keluar dari tempat duduk asalnya

Berikut ialah transkrip penuh ucapan Saifudin yang juga Setiausaha PKR sehingga membuatkan MP Umno tertekan di Dewan Rakyat.

"Dia (Khairy Jamaluddin) tak sukar kita memahami keberanian Rembau kebelakangan ini untuk dilihat berani mencabar Ketua Pembangkang.

"Sifirnya mudah, menang pemilihan parti (Umno), tak dapat jadi menteri, itu sahaja," katanya.

Maknanya, tambah Saifudin, perbahasan ini sekarang, diikuti oleh Perdana Menteri (Najib Razak) jadi keberanian itu akan diberi markah dan peluang untuk dilantik jadi menteri, itu sahaja

Jadi, itu fakta. Adakah Permatang Pauh (Datuk Seri Anwar Ibrahim) bersetuju, tak susah kita memahami budaya dalam politik Umno.

Maknanya dosa besar dalam Umno, ialah menegur dan berkata benar kepada pemimpin Umno itu berdosa besar. Parti agama, bangsa, Negara. Judi ok, arak ok.

Jangan cabar kita, kita boleh tunjuk berapa kerat dalam (Dewan Rakyat) ini.

Berapa banyak botol Arak dia togok dalam lawatan-lawatan pemuda Umno dulu.

Jangan sebut, kita boleh sebut, Jangan cabar kita, kita boleh sebut.

Jangan cabar, kita tahu, pejabat pemimpin Umno mana yang ada tong arak dalam pejabat.

Jangan cabar, waktu Wedding Anniversary, pemimpin pemuda Umno dihidangkan botol arak, jangan cabar kita,” kata Saifudin.

Ketika ini, beberapa pemimpin Umno merah padam walaupun Saifudin sekadar menyebut perkara itu secara umum sehingga Timbalan Yang Di Pertua (TYDP) Dewan Rakyat menegur sikap pemimpin Umno itu

Sudah lah Pasir salak, Pasir Salak duduk dahulu, Rembau, Rembau duduk dahulu, saya pun mahu dengar apa yang Machang nak cakap.

Saifudin yang dibenarkan berucap menyambung. Apakah Permatang Pauh bersetuju kalau saya katakan bahawa, dalam satu forum beberapa tahun lalu, selepas MP Permatang Pauh di pecat (dari parti dan kerajaan), di University John New Hopkins Amerika Syarikat, Pemimpin pemuda Umno itupun ada di sini, Bendahari Umno Malaysia pun ada di sini. berapa banyak botol arak dia togok, kita tahu, jangan cabar,” katanya.

MP Pokok Sena yang terkejut dengan pendedahan itu turut sama menggamatkan Dewan apabila berkata.

Mahfuz : Tu dia, baru kami tahu. Allah Akhbar, apa pasal teruk sangat ni.

Saifudin menyambung,“Sebab itu, jangan sampai kita sebut di mana, Hai kenapa marah (Khairy dan Tajuddin), kenapa marah, sebab apa marah, bersungguh marak kenapa, duduklah.

YDP saya bagi fakta ini, Bagan Datoh tak marah, Batu Pahat tak marah, Pontian tak marah. Rembau terpaku, Pasir Salak yang lebih, kenapa, kenapa, kenapa? Sebab itu, jangan… jangan sebut,” katanya.

Ketika ini Pasir Salak yang sejak tadi diam, tiba-tiba menyinga dan menyalak dan dilihat cuba keluar dari kerusinya sebelum MP Machang berkata, “Kalau nak suruh saya ulang diluar dewan, saya ulang, namanya siapa, tarikhnya bila,berapa banyak botol arak dia togok.” kata Saifudin.

Sebaik ungkapan itu diucapkan Saifudin, MP Pasir Salak yang sebelum itu marah-marah ke kiri kanan, terduduk sambil mencebikkan bibirnya..

“Sebab itu saya tidak boleh terima amalan ini. Dalam satu lawatan Umno ke Amerika Syarikat, ada pemimpin Umno yang tertidur dalam mesin judi. Kita tahu.

Jangan tanya saya pemimpin Umno mana. Bila semua orang dah naik bas, ada tiga lagi pemimpin Umno tak naik bas. Bila kita turun cari, rupanya pemimpin Umno ini tertidur dalam kasino judi. Nak sebut apa?

Pengerusi, cukup, untuk pusingan pertama kali ini. Adakah MP Permatang Pauh bersetuju tentang perkara ini, sekian untuk pusingan pertama,” jelas Saifudin.

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Zahrain : UMNO Kata Kuda Trojan Anwar Ibrahim... ?

Dalam Datuk Seri Zahrain Mohamad Hashim 'enak' menghentam parti yang banyak berbakti kepadanya. Pimpinan UMNO mula bercakaran sesama sendiri.

Lapan Ahli Parlimen yang didedahkan namanya oleh Zahrain mula kebinggungan dimedia. Bukan sahaja Tunku Razali Hamzah, Timbalan Speakar, Datuk Dr. Fuad Zarkasi dan lainnya sahaja, Yang Dipertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin juga 'diserkop' oleh Zahrain.

Dalam pengetahuan pencatat ada beberapa nama 'besar' lain tidak disebut. Mungkin ada faktor-faktor tertentu yang menyebabkan Zahrain malu mahu menyebutnya. Ataupun Zahrain tidak tahu maklumat lengkap.

Nampaknya bukan sahaja Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng sahaja dibelasah. Pemimpin UMNO, Angkatan Tentera Malaysia dan Tuanku Mizan juga diseret dalam Dewan Rakyat tempohari.

Ada ahli UMNO berkata, "Zahrain ni kuda Trojan Anwar ke... ?. Pencatat enggan mengulas spekulasi ini. Ia agak rumit untuk dibicarakan disini. Apa yang pasti pemimpin UMNO kini tersipu-sipu dengan pendedahan Zahrain.

Adakah ia bertujuan menghancurkan Pakatan Rakyat atau menjahamkan UMNO ? Ini yang menjadi perbualan ahli UMNO kini.

Pada masa yang sama di Perak, Selangor, Kuala Lumpur dan negeri lain lebih 1,000 jemaah telah menamatkan sholat hajat mereka yang berakhir malam tadi. Ia dilakukan 7 hari 7 malam di lebih 10 masjid dan surau.

Ia ditujukan kepada Ahli Parlimen Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri dan MP lain yang curang pada undi rakyat. Ada yang perpendapat sholat hajat itu kian membuahkan hasil.

Bukan Mohsin dan 'rakan-rakan kataknya' sahaja dilihat memalukan diri sendiri. Jelas dimedia MP tersebut seperti cacing kepanasan.

UMNO dilihat semakin huru-hara kerana tindakan kotornya 'membeli' MP Pakatan Rakyat. Jika pembaca tidak yakin dengan sholat hajat itu. Kita tunggu dan lihat sahaja kesudahannya.

20100319

Mesyuarat Agung Tahunan AMK Johor 2010

1. AMK Batu Bahat

Tarikh : 20hb Mac 2010
Masa : 2.00 petang
Tempat : Pejabat PKR Batu Pahat, Johor

2. AMK Muar

Tarikh : 27hb. Mac 2010
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Pejabat PKR Muar, Johor

3. AMK Kulai

Tarikh : 27hb. Mac 2010
Masa : 9.00 malam
Tempat : Pejabat PKR Kulai, Johor.

4. AMK Simpang Ranggam

Tarikh : 28hb Mac 2010
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Pejabat PKR Simpang Ranggam, Johor

* sila maklumkan taqwin mesyuarat AMK Cabang

Saya Tetap Akan Meninggalkan AMK Johor

Beberapa minggu lepas pencatat membayang untuk 'bercuti' dari mengepalai AMK Johor. Ia tersebar dengan pantas. Pelbagai spekulasi dan persoalan diutarakan kepada pencatat. Terima kasih diatas segala sokongan.

Ia keputusan mutamad dimana pencatat perlu pergi dari jentera AMK selewat-lewatnya pemilihan agung tahun ini. Ia disebabkan usia pencatat sudah melangkaui 40 tahun. Tiada erti merajuk.

Sepanjang pencatat bersama AMK sejak Parti Keadilan Nasional sehingga Parti Keadilan Rakyat begitu banyak kenangan yang digapai bersama. Pemergian Ezam Mohd Noor bukannya kenangan pahit bagi pencatat.

Pemergian bekas Ketua Pemuda PKN Johor, Srd Lokman Noor Adam juga bukan yang mengagetkan. Bagi pencatat ianya sautu lumrah bagi manusia yang memikirkan jawatan dan wang dalam perjuangan.

Mereka yang berpaling tadah daripada perjuangan, pertamanya sudah qada' dan qadar dari Ilahi. Keduanya, tersemat semasa berada di PKR-PKN semata-mata untuk kemewahan, pangkat dan darjat.

Tidak mustahil selepas ini ada diantara kita yang kecewa kerana pangkat dan bertemu media dan UMNO-BN untuk mencari pulisiti dan terus lompat.

Ingin pencatat mengingatkan diri sendiri dan rakan-rakan, apa juga kata-kata perjuangan yang dihamburkan tetapi didalam hati berlumba-lumba untuk jawatan dan dipuji. Tidak mustahil kita insan seterusnya berstatus 'katak'.

Menyambung kepada jawatan AMK Johor. Pencatat menyerahkan sepenuhnya kepada rakan-rakn untuk memilih siapakah bakal mengantikannya. Dipoket pencatat tiada nama. Ianya kuasa Srd Shamsul Iskandar untuk melantik ketua AMK Johor.

Tiada pesanan khusus kepada bakal penganti pencatat. Al Quran dan hadist sepagai penduan perjuangan. Inshallah berjaya dunia dan akhirat.

20100318

Delima Wee Choo Keong Bersama Pakatan Rakyat

Ahli parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong diketahui umum telah mengikuti rombongan Datuk Seri nazri Aziz ke Amerika Syarikat. Pengalisis politik berkata, bekas ahli DAP ini 99% akan melompat menjadi MP bebas.

Wee Choo Keong pernah menjadi ahli parlimen Bukit Bintang pada tahun 1990, kemudian terjerat ke dalam kes MBF yang berakhir dengan pelucutan kelayakannya sebagai ahli parlimen pada tahun 1995.

Wee dipecat oleh DAP pada tahun 1998, atas tuduhan terlibat dalam konspirasi "Kick Off Kit Siang" ketika itu. Beliau telah menubuhkan Parti Demokratik Malaysia (MDP) pada tahun 2 Mei 1999, namun kecundang di semua kawasan yang dipertandingkan dalam PRU ke-10 dan ke-11.

Dalam PRU ke-12, Wee bertanding di Wangsa Maju dengan mengunakan logo PKR tanpa MDP dibubarkan. Maka tidak mustahil beliau akan menyertai 'team katak'.

Cuma percaturan Wee jika beliau ikut 'team katak', parti mana yang perlu dikendung pada PRU-13 nanti. Seorang rakan berkata, ini yang membuatkan Wee masih mencari rakan PKR untuk mendapat habuan lebih besar.

Ini semua sepekulasi yang belum pasti. tetapi yang pasti MP Pakatan Rakyat telah bersedia menyerang sebagai anak jantan di Dewan Rakyat tanpa dihadiri ketua pembangkang yang sedang berada di London ketika ini.

Pencatat merasakan rakan-rakan pembaca ternanti-nanti siapakah yang seterusnya menghianati undi rakyat.

Zulkifli Noordin : Si Janggut Raja Penipu


Seluruh pengundi Kulim-Bandar Bharu telah ditipu oleh si-janggut ini. Bukan sahaja pengundi, seluruh jentera pilihanraya Pakatan Rakyat juga menjadi mangsa penipuan si-janggut ini.

Alasan "kalimah Allah" amat menjijikkan. Si-janggut ini merasakan marhaen semuanya boleh diperbodohkan.

Si-janggut ini dipercayai kerap pergi ke ATM mesin dan mengambil gaji-allowence sebagai Ahli Parlimen yang diundi atas tiket PKR.

Kita semua ditipu oleh si-janggut ini untuk dia menyara anak-isterinya. Mahukah anda menyara anak-isteri seperti si-janggut ini.

Tuhan pasti membalas penipuannya.

Dewan Rakyat Bergegar, Shafie Afdal Menghina Orang Asli

Tentunya semalam rakan-rakan mengikuti perbahasan di Dewan Rakyat. Lumrahnya budaya media UMNO-BN, cerita Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi tajuk utama.

Apa yang mampu editor Utasan Malaysia lakukan selain menutup kejahatan Najib-UMNO dan memperbesarkan kisah lama.

Pencatat tersentak kenyataan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dengan memberi amaran agar kisah kehilangan enjin jet dan kerosakkan kapal selam tidak boleh dibicarakan di Dewan Rakyat. Beliau mengugut agar maklumat 'ketenteraan' tidak dibocorkan.

Ahmad Zahid perlu tahu wang rakyat digunakan membeli semua peralatan tentera dan membayar gaji beliau. Setiap penyelewangan wajib didedahkan dan rakyat perlu tahu. Tidak perlu berselendung kerana 'bangkai Kementerian Pertahanan' telah diketahui diseluruh dunia.

Aktiviti ketenteraan dan kawalan keselamatan tidak perlu dibicarakan. Ahmad Zahid bagai 'anjing takukan bayang-bayang'.

Sementara itu UMNO yang menjaja 1Malaysia dan Juara Rakyat terpaksa mengunakan Polis untuk 'menghalau' orang asli yang ingin berjumpa Perdana Menteri yang didakwa mereka telah ditipu.

Polis terpaksa melencongkan perhimpunan dan kenderaan orang asli tersebut. Dari pelusuh hutan mereka datang untuk berjumpa PM tetapi diberitakan PM terpaksa menyorok untuk menerima momerandum.

Sementara itu Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal berkata: "Mereka datang bukan untuk protes tetapi untuk berjalan-jalan melawat Putrajaya dan kita juga bagi mereka makan-makan."

Ia merupakan penghinaan kepada orang asli.
Tidak sepatutnya Shafie berkata demikian kerana meraka datang ke Putrajaya untuk menuntuk hak mereka dan bukannya 'makan angin' dan harapkan makan percuma.

20100317

Galas Harapan Marhaen Bagi Musnahkan Kejahatan

Sidang Dewan Rakyat telah bermula, pelbagai andaian dan penganalisis mula membuat andaian. Tempohari bekas ahli PKR ingin mencari tumpuan kononnya akan berlaku sautu letusan politik.

Pencatat yakin marhaen dan rakan-rakan mahukan pembelaan dan bukannya kejutan ataupun berita gempar.

Pencatat merasakan kenyataan gimik itu hanya omong-omong untuk menutup malu setelah dipecat dari parti bukannya memperjuangkan hak rakyat. Pencatat merasakan ahli parlimen tersebut tersasar dari tujuan asal dan mandat sebagai ahli parlimen.

Tugas ahli perlimen ialah menentukkan dasar negara dan arah tuju anak bangsa serta menunaikan hak sesama rakyat. Jika inginkan populariti, gelanggang Dewan Rakyat bukannya tempat yang sesuai.

Kita usah terperdaya dengan kenyataan yang dengkal itu. Disebutnya pimpinan PKR sebagai 'firaun-firaun kecil' sedangkan dahulunya dirayu dipujuk agar dipilih sebagai calon PKR.

Setelah mendapat kerusi dan gaji lumayan dari undi rakyat. Parti dikhianati dan amanah pengundi diabaikan.

Pembaca adalah rakyat yang prihatin, usah goyah dengan percakaran di MCA, berkuburnya MIC dan Gerakan. Parti hanya landasan memperjungkan sesama anak-bangsa. Yang rebah adalah hukum karma setelah mendusta.

Teguh dengan janji Tuhan bahawa amalan yang baik dan tindakan yang murni ganjarannya sangat hebat. Hanya siapa dikalangan kita teguh menghadapi cabaran dan rintangan.

20100315

Kemalangan Yang Membabitkan Ahli Parlimen Batu YB Tian Chua


Angkatan Muda Keadilan Negeri Johor telah mengadakan ziarah ke atas keluarga Allahyarham Mohd Salleh yang terbunuh dalam kecelakaan yang membabitkan ahli parlimen batu YB Tian Chua.

Ziarah telah diketuai Ketua Angkatan Muda Keadilan Negeri Johor, Saudara Zabidie Abas, yang disertai ketua cabang AMK gelang patah, Saudara Azlan Ishak dan Ahlijawatankuasa AMK negeri serta wakil-wakil Cabang Kota Tinggi yang perihatin atas apa yang telah menimpa keluarga allahyarham.

Kehadiran kami di sambut baik oleh keluarga allahyarham. Hampir satu jam setengah kami berbincang serta mendengar luahan keluarga allahyarham tentang apa yang terjadi. Kunjungan seterusnya akan diadakan bagi memastikan hubungan sosial tidak terputus.

Keluarga Allahyarham juga memohon maaf diatas kenyataan yang disiarkan dimedia kononnya merasa marah kerana tiada wakil PKR hadir semasa majlis pengkebumian. Katanya ada parti politik yang telah mengambil kesempatan untuk menyerang MP Batu tersebut. Keluarga mereka juga amat menghormati YB Tian dengan ketinggian akhlak yang YB pamerkan dan redha diatas pemergian anak beliau.

Zabidie juga telah mengambil kesempatan memohon maaf bagi pihak YB Tian dan seluruh warga PKR dan memaklumkan bahawa YB Tian dan Pimpinan Tertinggi PKR akan datang memberi penghormatan kepada keluarga tersebut dalam waktu yang terdekat ini. Mereka amat mengalu-alukan dan pintu rumah mereka sentiasa terbuka untuk menyambut sesiapa juga yang sudi.

Malam tadi bertempat di Pejabat PKR Permas Jaya dalam satu majlis dialog bersama YB William Leong telah berjaya mengumpulkan wang sumbangan sebanyak RM 1700 juga akan disalurkan kepada keluarga simati..


Abdul Saad Salleh
Ketua Penerangan AMK Johor