Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Umum PKR akan hadir ke Negeri Johor dalam siri Lawatan Rasmi pada esok Ahad 6hb September 2009. AMK Negeri Johor dan seluruh AMK Cabang-cabang diminta hadir beramai-ramai untuk menyambut kehadiran Tokoh Agung yang bakal menggegarkan Landskap Politik Negeri Johor.
Dijangkakan kehadiran DSAI kali ini, akan disambut oleh lautan manusia. Tidak mustahil rakan-rakan Umno-BN turut hadir untuk mendengar sendiri dari mulut DSAI siapa pengkhianat sebenarnya. Mereka sememangnya tidak percaya dengan kenyataan Tan Seri Muhyiddin Yasin yang menuduh DSAI pengkhianat.
AMK Johor mestilah telah bersiap sedia untuk menjayakan misi DSAI. Jentera yang ramai diperlukan, dan diharapkan sekurang-kurangnya 250-300 jentera AMK sedia berkhidmat sepanjang program tersebut. Sila hadir awal ke Parit Sulong, bermula jam 5.00pm.
Turut hadir sama ialah Datuk Seri Chua Jui Meng, SS Subramaniam dan Sivakumar. Sudah pasti ianya bakal memberi impak yang besar kepada Pakatan Rakyat Negeri Johor.
Ianya juga memungkinkan bakal menarik YB ADUN dan YB MP dari Umno-BN menyertai PKR. Bersiap sedialah kita untuk menyambut penyertaan mereka bersama-sama ke dalam PKR.

No comments:
Post a Comment