20090902

SPR : Kelangsungaan Haloba UMNO-BN

Spekulasi Dewan Undang Negeri (DUN) Kedah terjawab sudah. Marhaen telah yakin semestinya Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) melindungi UMNO-BN walau dengan apajua jalan kemenangan.

UMNO-BN sudah diketahui umum, keris dipinggang hanya dipergunakan untuk perhias diri. Untuk mempertahankan diri, jauh sekali. Perkataan 'Suruhanjaya' sewajarnya digantikan kepada 'Penguatkuasa' sahaja.

Ketelusannya acapkali dipertikaikan. Malah pemilihan penjawatnya ditentukan oleh badan yang tidak telus.

Jika Pilihanraya Umum ke-10, SPR diperkudakan dengan persempadan semula dalam keadaan 'terkejut'. Tidak mustahil ia akan berlaku lagi atau kaedah lebih licik. Pencatat membayangkan UMNO-BN akan memperkudakan lagi SPR.

'Talian Hayat' pengundi BN di kawasan tanah rancangan Felda kini kelihatan kian mendokong Pakatan rakyat. BN hanya mengharapkan undi pos untuk dimanipulasi.

Pencatat percaya juak-puak SPR-UMNO kini bertungkus-lumus mencari keadah kemenangan berpihak kepada BN. Jika boleh menang percuma. Itulah hakikat UMNO-BN yang dikuasai sifat haloba.

No comments:

Post a Comment