Pencatat tidak menafikan dakwaan beberapa pimpinan Pemuda UMNO beramah-mesra bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa bertarawih di Masjid Jamek Kg. Jawa.
Malah kelibat ahli veteran, pimpinan Cawangan dan Bahagian UMNO Sekijang dikatakan kelihatan di Masjid tersebut. Malah berposing-senyum dihadapan telefon bercamera.
Keterbukaan dan saliturahim perlu lebih erat demi memperjuangkan anak-bangsa. UMNO-BN Johor akur PRU-12 telah memperlihatkan peningkatan undi mendadak kearah Pakatan Rakyat.
Ramalan berlaku peningkatan sekali ganda PRU akan datang, bakal menamatkan kuasa BN untuk terus menakluki Dewan Undangan Negeri Johor.
UMNO-BN Merisik Khabar
Pencatat kian teruja kerana pendokong UMNO yang galak berpaling ke PKR dengan bertalu-talu. Kemasukan keahlian baru dari kaum India dan cina diluar jangkaan.
Alhamdulillah, kesedaran telah tersemat dihati rakyat Johor. Pencatat mendengar khabar peperangan agak serius UMNO dibahagian Tebrau, Pontian , Kota Tinggi, Sekijang, Pengerang dan lainnya. MCA, PPP dan MIC pula sudah berlawan pedang.
Ugutan dan serangan terbuka bukan lagi rahsia. Datuk Seri Abdul Hamid Albar pula dikatakan enggan tidur di Kota Tinggi bila pulang ke kawasan Parlimen Kota Tinggi.
Tidak mustahil dan menjadi sejarah Timbalan Perdana Menteri akan kalah dipilihanraya akan datang di Pagoh. Kebencian mula berputik kearah Kementerian Pelajaran dari UMNO-BN Bahagian Pagoh.

No comments:
Post a Comment