20090909

FELDA-MBFM : Lantang Berkokok, Ekor Berciciran Najis

Berita mengembirakan bagi peserta Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (Felcra) Sabah diagihkan dividen kepada seramai 1,700 pesertanya dengan nilai agihan keseluruhan berjumlah RM21.32 juta.

Atau purata RM12,541.18 seorang.

Manakala Peneroka FELDA hanya akan menerima RM350.00 seorang. 'Peneroka' dan 'Peserta' mempunyai perbezaan ketara maksudnya.

Pencatat merasa malu sebagai generasi peneroka yang saban hari kian diperbodohkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan pengurusan FELDA. Pencatat pasti lebih 500,000 orang keluarga-generasi peneroka juga berdukacita.

Dengan FELDA mempunyai puluhan anak syarikat yang telah mencatat keuntungan setaraf MAYBANK, CIMB , KFC dan lainnya hanya mengaihkan imbuhan pelaburan-caruman RM350.00 tahun ini kepada peneroka.

MBFM Gadai Anak-Bangsa Peneroka

ANAK** telah mencabar Majlis Belia FELDA Malaysia (MBFM) yang telah lebih 9 tahun tidak mengadakan mesyuarat Agungnya untuk berwacana mengena hala-tuju dan ketirisan FELDA dan MBFM. Malangnya Datuk Ramli Ismail, anak jati Felda Sungai Sayong yang juga Pengerusi MBFM kelihatan bacul bersemuka.

ANAK** yakin tiadanya mesyuarat agong (pemilihan-pembentangan perakuanan) tersebut berkait rapat dengan penyelewangan di MBF dan FELDA.

Pencatat gembira bila mendengar FELDA ingin mencabar ANAK** di mahkamah, puluhan peguam menghubungi ANAK** dan siap-siaga berkhidmat dimuka pengadilan bagi membongkar billion ringgit yang diselewengkan.

Agak malang FELDA mengikut jejak Perdana Menteri, lantang berkokok ekor berciciran najis. Notis saman wayang semata.

Apapun rezeki Allah dan agihan RM350.00, pencatat bersyukur kehadrat Illahi. Peserta FELCA Sabah mendapat 35 kali ganda dari peneroka FELDA.

Sudah tentu Perdana Menteri akan gembira dengan Majlis Hari Terbuka Eidul Fitri tahun ini dengan belanja jutaan ringgit dari hasil mahsul negara, FELDA sudah pasti menjadi penyumbang dari hasil cukai .

Zabidie Abas
Setiausaha Kehormat ANAK**
Bendahari Kehormat
Majlis Belia FELDA Malaysia Wilayah Johor Bahru

** ANAK : Persatuan Anak Peneroka FELDA Kebangsaan

No comments:

Post a Comment