Tahniah kepada Ketua AMK Batu Pahat, Sdr. Kairul Fauzi Muhammad diatas jayanya Program Sumbangan Ramadhan berlangsung semalam di Batu Pahat, Isnin.
Majlis mengagih bubur lambuk itu juga dihadiri oleh Ketua AMK Pusat, Sdr. Shamsul Iskandar Mohd Akin, barisan Exco AMK dan AMK Cabang. Jutaan terima kasih juga pencatat ucapkan kepada PKR Cabang Batu Pahat yang bersepadu menjayakannya. Juga terima kasih yang tidak terhingga kepada Ketua AMK Pusat di atas ananat yang diberikan bagi memangkinkan AMK Johor terus menyerlah dalam perjuangan Johor.
Ramadhan juga mengingatkan pencatat kepada peristiwa turunnya Al-Quran. Kejayaan penaklukan Islam di Andalusia dan kecemerlangan Salahuddin Al Ayubi menewaskan tentera yahudi di Baitulmuqadis.
Terdapat banyak peristiwa yang menyerikan kegemilangan Islam di bulan Ramadhan. Diantara peristiwa yang menjadi iguanan pencatat dan golongan beriman ialah Anugerah Pahala Malam Lailatul Qadar.
Imam Ghazali menyatakan dalam ramalannya, jika permulaan puasa jatuh pada hari sabtu maka Lailatu Qadar berlaku pada malam 23 Ramadhan.
Ibnu Abbas memberitahu terdapat 3 ulangan sebutan mengenai Lailatul Qadar pada Surah Al Qadr. Hurufnya jawi pada sebutan Laitul Qadar dalam surah tersebut mempunyai 9 huruf.
Surah itu juga mempunyai 114 huruf dan mempunyai 30 perkataan bersamaan 30 juz Al Quran dan 114 surah didalamNya.
Pendapat Ibnu Abbas, surah Al Qadr memberi petunjuk kepada malam Lailatul Qadar iaitu 9 huruf didarapkan dengan 3 kali sebutan Lailatul Qadar. Maka 27 Ramadhan adalah malam Laitul Qadar.
Namun dalam hadist masyhur dari Imam Bukhari dan Muslim, Nabi S.A.W bersabda berlakunya Laitul Qadar pada 10 terakhir Ramadhan di malam ganjil.
No comments:
Post a Comment