20090919

ADUN BN Mahu Menyertai Pakatan Rakyat Johor

Usah ada penatap merasa kaget jika menerima berita ada 1-2 ADUN PKR melompat lagi dan umumkan menyokong Datuk Seri Najib Razak. Mungkin ADUN itu ditawarkan sebagai pemandu F1 1Malaysia.

Penatap juga usah berbangga diri jika ada ADUN Barisan Nasional ( BN ) tiba-tiba menyertai Pakatan Rakyat Johor terutama PKR.

Sememangnya para ADUN BN se-Malaysia maklum, hukuman qisas sedang berlaku terhadap parti dacing itu. Pencatat enggan ngobrol apa-apa maklumat.

Katak Si-Katak Lompat

Cuma, Pelancaran Gagasan Rakyat Johor pada penghujung September ini menjanjikan sesautu yang memberi bencana kepada puak Hj. Abdul Ghani Othman. Pencatat tidak ghairah dengan khabar ada ADUN mahu menyertai PKR.

Pencatat mendengar khabar, rakan pemuda Pakatan Rakyat Johor mahu menjamu selera di hari terbuka Eidul Fitri pemimpin parti dacing-keris. Pencatat tidak melarang.

Pergilah bersama Salam Badar .

Perlancaran Gagasan Pakatan Rakyat Johor permulaan selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim meniup seruling sangkala di Sekijang minggu lepas. Selepas Kluang, Pakatan Rakyat Johor akan melancarkan atom berangkai satu persatu.

Pencatat pasti rakan di parti dacing berminat dengan serangan berangkai ini. Walaupun pencatat mengalu-alukan salam silaturahim kepada parti keris-dacing, namum perlu diingat Pakatan Rakyat bukan kapal lanun.

Tiada harta rampasan perang
Tiada komisyen projek
Tiada jawatan exco-ahli majlis untuk merompak
Tiada peruntukkan untuk membayar ansuran kereta mewah dan tiket melancong

Pencatat sebenarnya merasa mual berbuar benci bila terdengar ada ADUN parti dacing mahu menyertai Pakatan Rakyat dewasa ini. Sebelum ini kami dicerca-hamun. Jika sudah ada kesedaran, niru tapak tangan Harapan Baru pencatat hulurkan.


No comments:

Post a Comment