20090916

F1 1Malaysia : Suami Rosmah Makin Gila

Kita dikejutkan lagi.

Kali ini Datuk Seri Najib Razak mengumumkan negara akan membentuk pasukan 1Malaysia F1 Team. Sukan lumba kereta yang menelan belanja billion ringgit.

Dilaporkan pasukan itu nanti usaha sama kerajaan dan swasta negara ini, akan menyertai perlumbaan F1 mulai tahun depan.

Najib berkata projek itu melibatkan gabungan kepakaran Proton dan Lotus dengan disokong oleh Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Persatuan Sukan Pemotoran Malaysia (MAM), Naza Motor dan Air Asia.

Mat Jenin & Si Luncai

Pencatat bukan juru-akaun berdarjat, namun sedang para kontraktor merintih dalam kepapaan. Anak-bangsa kian dibanjiri oleh pengangguran. Dalam masa yang sama marhean disumbatkan idea tidak masuk akal ini.

Dimana kewajaran Perdana Menteri ingin meningkatkan ekonomi negara dengan penglibatan sukan F1 ini. Sebelum ini peneroka FELDA dijanjikan perindustrian di kawasan itu. Namun hanya omongan kosong.

Pencatat teringat skesta Mat Jenin dan Si Luncai. Tidak salah pencatat mengibaratkan pencetus pasukan F1 1Malaysia seperti dua bahan jenaka ini.

Pasukan F1 BMW telah istiharkan untuk tidak meneruskan perlumbaan pada tahun hadapan kerana sukan tersebut merugikan dan imbalannya kearah kebangkapan.

No comments:

Post a Comment