20090930

FELDA : Penipuan Kepada Bangsa Pertiwi









Syawal sudal sampai pada tanggal ke-10. Namun suasana berhariraya masih dirasai. Rakan-rakan ramai telah pulang ke bandar mencari rezeki.


Pencatat agak teruja rakan-rakan dari bandar pulang ke perkampungan Felda. Pelbagai huruf plat kereta menghiasi laman rumah. Plat kereta awalan B dan W membanjiri tanah rancangan.

Rakan-rakan menziarahi kedua orang tua dikesempatan cuti lebaran, namun ada yang sayu hanya menziarahi pusara sahaja. Pencatat mengucapkan takziah.

Perkhabaran pilu juga jika dibandingkan dengan peladang yang menanam sawit sendiri. Merek mempunyai pendapatan lebih mewah dari mengikut sekala ekar. Jika mereka mendapat sekitar RM3,000 pada 10 ekar, peneroka Felda hanya memperolehi sekitar RM1,800 sahaja.

Pelbagai potongan dikenakan dan malangnya gred sawit yang dibeli oleh kilang FELDA tidak dinyatakan pada Pay-Slip.

Kemana selebihnya wang itu pergi ? Rakan- rakan yang pulang ke kampung enggan membicarkan pekara ini kepada ayah-ibu, bimbang dianggap pulang untuk meminta 'duit raya'. Hanya boleh berbicara antara adik-beradik dan rakan sepermainan dahulu.

Felda mempunyai lebih 100,000 peneroka. Jika sebulan didarapkan RM1,000(ketirisan & penipuan gred buah) dan 100,000 (peneroka) sudah tentu jawapannya lebih RM100 juta. Dan didarapkan 12 bulan. Angkanya sudah jadi billion.

Persoalannya kemanakah wang itu pergi? Jika dilayari website Felda, ribuan juta ringgit hasil caruman dan keuntungan dari keperitan warga Felda dipinjamkan kepada mereka yang tidak diketahui.

Peneroka dan pewaris peneroka disogok dengan jumlah yang kecil untuk 'diam', kononnya perihatin dan membantu. Ada didengar jika pewaris meminjam RM10,000 , jika bayaran ansurannya 'cantik'. Baki hutang dikira sedekah dari FELDA.

Persatuan-persatuan belia ditanah rancangan Felda ditaburkan pelbagai sumbangan. Dari mana wang itu dan untuk apa ? Sudah pasti untuk menutup penipuan bersekala besar yang dilakukan oleh pengurusan FELDA .

Tahun hadapan Majlis Belia Felda Malaysia melengkapi tahun ke-10 mempunyai Ahli Jawatankuasa (AJK) yang tidak mempunyai Mesyuarat Agung. AJK dilantik dengan cara 'tunjuk-tunjuk'.

Tujuannya jelas, supaya peneroka dan pewaris tidak boleh bersuara, 'membuka fail' dan menegur FELDA. Sejak tahun 1994 Datuk Seri Najib Razak menjadi Menteri Felda dengan lantikkan diri-sendiri, tujuannya juga sama.

Keringat peneroka diperah menyamai rejim Yahudi. Kita akan lihat statement mengarut Najib mengenai peneroka dan FELDA selepas ini, lagi dan lagi.

Ketua Kampung dan Ketua Blok ditanah rancangan Felda kini mulut dipatri agar mengengihkan segala penipuan. Sudah sampai ketikanya rejim ini dihapuskan.

No comments:

Post a Comment