20090904

Taburkan Bunga Di Pusara...


Pencatat makin terhibur membaca koran tempatan. Cacian dan kejian menjadi hidangan utama pencacai UMNO-BN dihadapan media terutama Utusan Malaysia. TV3 penambah cili.

Busuk, bangkai , sampah, ayam pencen , terbarai semua milik PKR. Pemurah, Ulamak, Sopan, peramah, cendikawan milik UMNO.

Puas dikutuk-mengkeji, dirayu pula umat melayu bersatu. Kita melihat telatah di Terengganu amat mengiurkan. Kononnya 9 ADUN mahu melompat ke PKR dan mahu menyerahkan Terengganu ke Pakatan Rakyat.

Tiada seorang pun dikalangan rakan-rakan yang percaya. Lunyai orang atasan UMNO dibuli dek 9 ADUN dari UMNO Terengganu.

PKR Johor menuju arah peruhanan.

Cabang-cabang di Johor menerima kunjungan bertali-arus dari marhaen tempatan untuk memperkukuhkan PKR Johor. Terima kasih diatas tampilnya para rakan pelbagai kaum bagi merobohkan UMNO-BN Johor.

Pencatat kian pilu melihat dua pimpinan UMNO Johor dari Parlimen Semberong dan Pagoh. Saban waktu merayu-rayu dimedia agar barisan diperkuatkan.

Undilah BN... Kukuhkan BN... Mari bersama BN. Kalah dan kalah dan kalah dan kalah lagi. Sibuk menjaga kain orang, kain sendiri berciciran berpalit tahi. Itulah UMNO-BN.

No comments:

Post a Comment