20090923

Pentol Dari Pagoh-Sembrong Makin Tidak Karuan

Hanya koran Utusan Malaysia mengatakan umat Malaysia terutama melayu terlah berpecah-belah.

Melayu perlu bersatu. Melayu perlu memperjuangkan hak pribumi. Melayu perlu kembali ke landasan. Pada ketika sibuk Sipulan dari Pagoh melaungkan melayu perlu bersatu. Sipulan dari Sembrong pula berkata akan menyumbat setiap inci Pusat tahanan Kemunting dengan penderhaka negara.

Gamaknya kuasa ditangannya. Apa buang tebiat agaknya Sipulan dari Sembrong . Kononnya punya kuasa mutlak untuk menlaksanakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ditangannya. Marhaen diugut dengan sembuaran air liur.

Sipulan Pagoh Juara Melayu

Pencatat berminat berbicara mengenai si Pentol dari Pagoh dan Sembrong ini. Amat gamaknya berkata melayu telah bercerai-berai. Kini Hari Lebaran disambut oleh lapisan bangsa melayu disegenap pelusuk negara.

Tiada perbalahan, tiada setitik pun darah mengalir kerana fahaman berbeza . Dan tiada sholat sunat Eidul Fitri berimamkan dua mazhab politik.

Dimana logiknya melayu berpecah-belah ?

Jika Sipulan Pagoh berkata melayu telah punah-ranah, pencatat mempelawa untuk ditunjukkan Kampug, Taman , Daerah dan mukim mana yang dikatakan melayu bertelagah hingga huru-hara.

Gitulah juga dengan riuh dipergatakan para kaum-kaum di negara sedang bermusuhan satu sama lain. Dengan muka garang memberi amaran untuk mengunakan ISA, kononnya satu kaum itu telah menghuru-harakan negara.

Pencatat mencabar Sipulan Sembrong untuk melaksanakan ISA jika dia benar-benar anak jantan. Usah terpekik dihadapan media, laksanakan terus. Buangkan gelaran pondan yang pernah Lokman Noor Adam dan Ezam Mohd Noor nobatkan sipolan Sembrong sebelum dua sipulan ini menjadi si katak.

Begitu juga dengan Sipulan Pagoh, usaha merintih melayu telah punah. Kaum melayu, india dan cina tidak bermusuhan. Negara makin aman, cuma undi dan sokongan sudah tiada pada UMNO-BN sahaja.

BN-UMNO, Bersedialah untuk menjadi pembangkang.

No comments:

Post a Comment