20090910

Hiruk Pikuk Generasi Peneroka

Majlis Belia FELDA Malaysia Wilayah Johor Bahru (MBFWJB) telah mengadakan majlis berbuka puasa bersama ahli gagasan di Kota Tinggi. Setiap cawangan telah disumbangkan sebanyak RM2,000.00 agar belia kawasan mempertingkatkan lagi aktiviti.

Rakan-rakan di MBFWJB mengenali pencatat secara rapat, ada yang lebih sedekat. Tiada perselisihan pendapat mengenai idoleogi politik bila bersemuka walaupun majoritinya berlogokan dacing.

Terdapat bertanyakan kekuatan PKR dewasa ini. Kegerunan terpancar di setiap persoalan. Pencatat pasti maklumat yang mereka terima tidak tepat sebelum ini.

Keputusan pilihanraya kecil menjadikan rakan belia keliru kebenaran maklumat media utama negara. Kini mereka kian yakin Pakatan Rakyat boleh mendominasi politik negara dan Johor.

Sarang Penagih Dadah

Rakan belia kini tertanya-tanya fungsi Kementerian Belia dan Sukan mengenai perlaksanaan terhadap wang bertimbun-timbun untuk belia pribumi.

Pengaih dadah dan jenayah makin bertambah di tanah rancang Felda. Majlis Belia Felda Malaysia pula sejak tahun 2000 tiada mesyuarat agung. Sudah tentu suara belia tidak dibicarakan.

Lebih mengecewakan Pondok dan Balai Polis dalam kuantiti yang menyedihkan. 5-6 buah kampung Felda hanya ada satu pondok Polis. Malah ada yang bebicara kawasan Felda diceruk dari bandar merupakan tempat anggota polis yang menerima hukuman kerana masalah displin-tatatertib.

Jelas dalam statistik penagih dadah, tanah rancang Felda merupakan penyumbang utama bilangan penagih.


No comments:

Post a Comment