20090929

Pemuda P.Pinang : Revolusi Politik 'Harapan Baru'

Bukan sesautu yang baru mengenai bidasan pimpinan DAP mengeluarkan kenyataan berbuar bidasan keras. Pencatat hanya membaca di media, realiitinya belum diteliti mengenai pendapat diantara Pemuda DAP dan AMK P.Pinang.

Artikel itu berbunyi "Pemuda DAP Anggap Yusmadi Gila Kuasa Cadang Penggiliran Jawatan Ketua Menteri P.Pinang (KMPP)".

Jika benar datangnya dari Ketua AMK P.Pinang, Mohd Yusmadi Mohd Yusoff ( Ahli Parlimen Balik Pulau) mengenai cadangan pengiliran kuasa KMPP. Ianya tidak perlu pada "ulasan pedas".

Ia hanya cadangan bukannya keputusan mesyuarat. Banyak peringkat perlu dilalui untuk melepasi cadangan itu.

Jika ada yang inginkan popualariti dalam politik, "terjahanan" perlu pada pasukan lawan. Rakan sepasukan perlu berkongsi kejuaraan.

Tiada semestinya kongsi kejuaraan itu perlu kepada pengiliran Ketua Menteri, namun cadangan itu boleh dipopualarkan dengan nada harmoni.

Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Pulau Pinang, Ng Wei Aik mungkin terlalu kecewa dengan cetusan Yusmadi mengenai putaran kuasa KMPP. Pencatat membayangkan jawapan Ng Wei Aik sepatutnya lebih pedas kepada pasukan lawan.

Mungkin pembaca setuju dengan pencatat dengan ayat ini sesuai dibalas oleh Ng Wei Aik, "Revolusi sudah sampai kemuncaknya, jika melayu menuntut Pulau Pinang tidak mustahil kaum lain menuntut Malaysia".

Tidak mustahil Yusmadi akan tersenyum sendiri jika Ng membalas dengan ayat tersebut. Perkataan "Gila Kuasa" agak kurang mendayu didengar.

Diantara Lim Guan Eng dan Ong Teat Kiat, pencatat melihat kepimpinan Lim mempunyai rangking lebih berkualiti dari segi toleransi kaum dan kecapaian ekonomi.

Yusmadi pula lantang memperjuangkan hak sejagat dan Ng Wei Aik berada dilandasan yang betul sebagai pemimpin Pemuda DAP.

No comments:

Post a Comment