20090926

Lebaran Brayani Rusa Bersama Nah Budin

Hidangan Brayani Rusa sememangnya menambat selera. Jika di restoran sekurang-kurang anda perlu berbelanja RM12.00 sepinggan.

Malam kelmarin saya dan puluhan pimpinan negeri, AMK ,Cabang, pimpinan PAS dan DAP sering bertukar pinggan menjamu kelazatan brayani rusa dan pelbagai hidangan di hari terbuka anjuran Ketua Wanita Johor, Nah Budin dan pasangannya Yatim Dato' Bakar.

Suasana agak sesak, perkiraan pencatat lingkunan lebih 2,000 orang yang hadir.

Dalam suasana meriah itu, pencatat diberitahu beberapa tokoh-tokoh usahawan telah menyatakan sokongan padu terhadap PKR Johor.

Kehadiran mereka pada majlis anjuran Nah Budin itu meperlihatkan keyakinan mereka bahawa Pakatan Rakyat Johor mampu menumpaskan BN-UMNO kelak.

No comments:

Post a Comment