20090901

" Orang Melayu Bodohlah..... "

Hari ini akan bermula lagi kenaikan harga barang-barang keperluan dengan kenaikkan harga petrol. Inilah 1Malaysia - Rakyat asing diutamakan, rakyat sendiri jadi melarat .

Seorang rakan berbangsa India berkata malam kelmarin, " Orang melayu bodohlah, menteri melayu tapi tiap-tiap tahun hari raya harga ayam naik, gula tak cukup, bas tak cukup.... raya ugama lain tak ada pun, orang melayu diam aje".

Pencatat terkilan dengan cemuhan tersebut. Namun ianya telah berlaku saban tahun dan pasti berlaku lagi. Inilah negara tercintaku yang diperbodohkan oleh menteri berbangsa sendiri.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata semalam harga petrol gred premium RON97 akan naik 20 sen kepada RM2 seliter, manakala petrol gred rendah RON95 akan dijual pada harga RM1.75 seliter.

Beliau berkata kerajaan menganggar akan dapat mengurangkan tanggungan subsidi sebanyak RM420 juta setahun. Juga kerajaan merasakan wajar Petronas meneruskan tajaan sukan permotoran antarbangsa, Grand Prix motosikal dan F1 pasukan Petronas-Sauber.

Berbilllion ringgit biar dibayar kepada kepada sukan permotoran itu, rakyat Malaysia biar hidup sengsara. Ratusan juta untuk komiseyn membeli kapal selam dan helikopter pun tidak mengapa.

Kita akan lihat dalam bila-bila masa, pak-pak menteri akan berlakon dihadapan media dan memberi amaran, " Jangan naikkan harga barang-barang ".

Kita akan lihat juga setiap tahun semua pak-pak menteri bermewah-mewah berbelanja untuk hari terbuka sambutan Hariraya edul Fitri.

No comments:

Post a Comment