20090905

KERAKUSAN UMNO-BN MENGAUT HASIL BALAK JOHOR

AMK Johor atas nama Pemuda Pakatan Rakyat bersama pemuda PAS dan DAP akan membuat laporan SPRM diatas tindakan pemimpin Umno-BN kerana sewenang-wenangnya mengagihkan kawasan balak negeri Johor kepada Kroni mereka yang kononnya untuk menggantikan tanaman getah.

Kawasan tersebut terlalu luas yang melibatkan kawasan perhutanan dari Kahang hingga Labis. Lebih mengecewakan, tanaman getah tersebut digantikan pula dengan tanaman kelapa sawit yang secara terang-terang menyalahi perbincangan awal. Walaupun dibantah oleh Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Perhilitan, Jabatan Parit Dan Saliran, namun tidak dihiraukan. Dimaklumkan terdapat segelintir YB Umno-BN yang mendapat projek tersebut sehingga mencecah 2000 hektar seorang.

Laporan tersebut akan diadakan pada ketetapan berikut :
Tarikh : 7hb Septenber 2009 ( Isnin )
Masa : 10.00 Pagi
Tempat : Pejabat SPRM Johor Bahru

Semua dijemput hadir beramai-ramai termasuk media & pemberita

No comments:

Post a Comment