20090930

FELDA : Penipuan Kepada Bangsa Pertiwi









Syawal sudal sampai pada tanggal ke-10. Namun suasana berhariraya masih dirasai. Rakan-rakan ramai telah pulang ke bandar mencari rezeki.


Pencatat agak teruja rakan-rakan dari bandar pulang ke perkampungan Felda. Pelbagai huruf plat kereta menghiasi laman rumah. Plat kereta awalan B dan W membanjiri tanah rancangan.

Rakan-rakan menziarahi kedua orang tua dikesempatan cuti lebaran, namun ada yang sayu hanya menziarahi pusara sahaja. Pencatat mengucapkan takziah.

Perkhabaran pilu juga jika dibandingkan dengan peladang yang menanam sawit sendiri. Merek mempunyai pendapatan lebih mewah dari mengikut sekala ekar. Jika mereka mendapat sekitar RM3,000 pada 10 ekar, peneroka Felda hanya memperolehi sekitar RM1,800 sahaja.

Pelbagai potongan dikenakan dan malangnya gred sawit yang dibeli oleh kilang FELDA tidak dinyatakan pada Pay-Slip.

Kemana selebihnya wang itu pergi ? Rakan- rakan yang pulang ke kampung enggan membicarkan pekara ini kepada ayah-ibu, bimbang dianggap pulang untuk meminta 'duit raya'. Hanya boleh berbicara antara adik-beradik dan rakan sepermainan dahulu.

Felda mempunyai lebih 100,000 peneroka. Jika sebulan didarapkan RM1,000(ketirisan & penipuan gred buah) dan 100,000 (peneroka) sudah tentu jawapannya lebih RM100 juta. Dan didarapkan 12 bulan. Angkanya sudah jadi billion.

Persoalannya kemanakah wang itu pergi? Jika dilayari website Felda, ribuan juta ringgit hasil caruman dan keuntungan dari keperitan warga Felda dipinjamkan kepada mereka yang tidak diketahui.

Peneroka dan pewaris peneroka disogok dengan jumlah yang kecil untuk 'diam', kononnya perihatin dan membantu. Ada didengar jika pewaris meminjam RM10,000 , jika bayaran ansurannya 'cantik'. Baki hutang dikira sedekah dari FELDA.

Persatuan-persatuan belia ditanah rancangan Felda ditaburkan pelbagai sumbangan. Dari mana wang itu dan untuk apa ? Sudah pasti untuk menutup penipuan bersekala besar yang dilakukan oleh pengurusan FELDA .

Tahun hadapan Majlis Belia Felda Malaysia melengkapi tahun ke-10 mempunyai Ahli Jawatankuasa (AJK) yang tidak mempunyai Mesyuarat Agung. AJK dilantik dengan cara 'tunjuk-tunjuk'.

Tujuannya jelas, supaya peneroka dan pewaris tidak boleh bersuara, 'membuka fail' dan menegur FELDA. Sejak tahun 1994 Datuk Seri Najib Razak menjadi Menteri Felda dengan lantikkan diri-sendiri, tujuannya juga sama.

Keringat peneroka diperah menyamai rejim Yahudi. Kita akan lihat statement mengarut Najib mengenai peneroka dan FELDA selepas ini, lagi dan lagi.

Ketua Kampung dan Ketua Blok ditanah rancangan Felda kini mulut dipatri agar mengengihkan segala penipuan. Sudah sampai ketikanya rejim ini dihapuskan.

20090929

Pemuda P.Pinang : Revolusi Politik 'Harapan Baru'

Bukan sesautu yang baru mengenai bidasan pimpinan DAP mengeluarkan kenyataan berbuar bidasan keras. Pencatat hanya membaca di media, realiitinya belum diteliti mengenai pendapat diantara Pemuda DAP dan AMK P.Pinang.

Artikel itu berbunyi "Pemuda DAP Anggap Yusmadi Gila Kuasa Cadang Penggiliran Jawatan Ketua Menteri P.Pinang (KMPP)".

Jika benar datangnya dari Ketua AMK P.Pinang, Mohd Yusmadi Mohd Yusoff ( Ahli Parlimen Balik Pulau) mengenai cadangan pengiliran kuasa KMPP. Ianya tidak perlu pada "ulasan pedas".

Ia hanya cadangan bukannya keputusan mesyuarat. Banyak peringkat perlu dilalui untuk melepasi cadangan itu.

Jika ada yang inginkan popualariti dalam politik, "terjahanan" perlu pada pasukan lawan. Rakan sepasukan perlu berkongsi kejuaraan.

Tiada semestinya kongsi kejuaraan itu perlu kepada pengiliran Ketua Menteri, namun cadangan itu boleh dipopualarkan dengan nada harmoni.

Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Pulau Pinang, Ng Wei Aik mungkin terlalu kecewa dengan cetusan Yusmadi mengenai putaran kuasa KMPP. Pencatat membayangkan jawapan Ng Wei Aik sepatutnya lebih pedas kepada pasukan lawan.

Mungkin pembaca setuju dengan pencatat dengan ayat ini sesuai dibalas oleh Ng Wei Aik, "Revolusi sudah sampai kemuncaknya, jika melayu menuntut Pulau Pinang tidak mustahil kaum lain menuntut Malaysia".

Tidak mustahil Yusmadi akan tersenyum sendiri jika Ng membalas dengan ayat tersebut. Perkataan "Gila Kuasa" agak kurang mendayu didengar.

Diantara Lim Guan Eng dan Ong Teat Kiat, pencatat melihat kepimpinan Lim mempunyai rangking lebih berkualiti dari segi toleransi kaum dan kecapaian ekonomi.

Yusmadi pula lantang memperjuangkan hak sejagat dan Ng Wei Aik berada dilandasan yang betul sebagai pemimpin Pemuda DAP.

BN : Porak Peranda Mununggu Terbarai

Bicara dimeja-meja juadah Hari Raya kini berkisar tentang tokoh UMNO-BN yang pernah tersingkir dan disingkirkan oleh juak UMNO. Kini diterima kembali, Tun Mahathir Mohamad.

( From Mongolia with Love to Najib )

Setelah Datuk Seri Najib Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin gagal melaksanakan tugasnya sebagai orang no.1 dan no. 2 negara. Mahathir terpaksa memainkan peranannya menyeru umat Malaysia menyokong semula UMNO-BN.

Bukan ciptaan pencatat ayat ' apa dah jadi dengan BN ? ".

Perkataan itu sudah menjadi bualan disetiap bicara pemimpin UMNO-BN. Hampir diseluruh negara keluh-kesah porak-perandanya parti dacing itu. Hampir semua parti bergolak didalamnya.

Dahulu marhaen berkata, parti dacing jika letak 'calon katak' pun boleh menang dipilihanraya kecil. Hari ini untuk memilih calon sahaja sudah kacau-bilau. Selepas diumumkan kekalahan, tuding sana, tuding sini. Sehingga 'hantu' jadi mangsa.

Bajet 2009 = Bajet Rangsangan

Terlintas pula ilham mengarut untuk menubuhkan pasukan F1 1Malaysia. Itu sahajalah kebanggan Najib setelah 2 tahun menjadi Perdana Menteri. Tiada fasa baru membangkitkan ekonomi negara.

Bajet 2009 ditukar kepada Bajet Rangsangan, didunggukan sekelian rakyat. Lantas tidak berani turun berkempen dipilihanraya kecil, kerana terlalu banyak ketitirisan dan penipuan dilakukan. Tinggallah Muhyiddin terkontang-kanting kepiluaan.

Malah mendukacitakan, Najib tidak mampu keluar negara untuk mencari pelabur. Bimbang hantu Altantuya' menerkamnya'. Pelabur memberi tumpuan ke China dan lainnya untuk kembangkan perniagaan.

Kini UMNO-BN dibantu oleh Ibrahim Ali, Ezam Mohd Noor dan rakan bersekutu. Bloggers mereka tidak henti-henti memaki hamun pemimpin Pakatan Rakyat. Hanya itu yang dilakukan oleh pencacai UMNO-BN.

20090928

27 September 2009 : Tanggal Bersejarah Pakatan Rakyat Johor


Cabang Kluang merasmikan pejabat operasi barunya kelmarin jam 3.00 petang oleh Timbalan Majlis Pimpinan Negeri Johor, Tuan Haji Abdul Halim Dawam. Majlis yang dihadiri lebih 200 orang itu melambangkan keyakinan Johor bakal dinakhodai oleh Pakatan Rakyat.

Pencatat menoleh sebentar kebelakang. Penubuhan ADIL, Parti Keadilan Nasional dan Parti Keadilan Rakyat Johor sejak tahun 1998 digading bersama Hj. Halim Dawam, Hasnizam (Kulai) Dr. Zaliha (Gelang Patah) dan beberapa lagi rakan-rakan.

Ketua Perhubungan dan Ketua Pemuda Negeri Johor pertama masih diingati dikalangan kita. Walaupun mereka telah tidak bersama PKR lagi, pencatat tetap menghargai perjuangan mereka.

Pencatat tidak lupa juga kepada Allahyaryam A. Razak Ahmad yang pernah memimpin PKR Johor. Pengorbanan beliau terhadap perjuangan terhadap rakyat tertindas amat tidak ternilai. Semoga rohnya dicucuri rahmat, Amin.

Disebelah malam, Pelancaran Gagasan Pakatan Rakyat juga berlaku di Kluang. Sambutan diluar jangkaan pencatat. Keyakinan untuk meneruskan jentera pengempur makin bergelora dikalangan kami , Pemuda Pakatan Rakyat.

20090926

TPM 'Malu' Menjamu Rakyat Di Kediaman Rasmi

Kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri sehingga kini terbiar sepi, tanpa penghuni. Sebelum ini dikatakan seorang pembantu warga Indonesia telah mati dalam keadaan misteri.

Sejak Datuk Seri Najib Razak meninggalkan kediaman tersebut, dikatakan Tan Sri Muyiddin Yassin enggan menginap dibanglow mewah tersebut. Ada yang memberitahu pencatat, Lady Boss (Rosmah Mansor) tidak membenarkan banglow tersebut dihuni disebabkan faktor mistik.

Pencatat diberitahu dibanglow tersebut hanya dibersihkan sekali-sekala dan dikawal oleh pengawal keselamatan sahaja.

Marhena tertanya-tanya kenapa Muhyiddin Yassin tidak menginap dirumah tersebut. Ada spekulasi mengatakan beliau hanya inginkan Sri Perdana (kediaman Perdana menteri). Kediaman tersubut bukan impiannya.

Bagi menutup dari tatapan umum beliau tidak menginap di kediaman tersebut, beliau telah membuat hari Terbuka Hari raya di pejabat Umno Bahagian Pagoh, Kompleks Seri Pekembar, Muar. Diberitakan beliau tidak melakukannya di Kuala Lumpur.

Terdahulu Tun Abdullah Badawi enggan menginap di Sri Perdana sepanjang menjadi Perdana menteri. Hari terbuka 5 tahun dibuat di PWTC.

Abdullah sama seperti Muhyiddin enggan menginap di kediaman rasmi tersebut.

Maklumat dari mulut ke mulut memberitahu pencatat, kedua-dua kediaman tersebut mempunyai 'angker' terlalu kuat. Dikatakan penghuni sebelumnya melakukan sesautu diluar batasan agama. Allahulambisawab.

Lebaran Brayani Rusa Bersama Nah Budin

Hidangan Brayani Rusa sememangnya menambat selera. Jika di restoran sekurang-kurang anda perlu berbelanja RM12.00 sepinggan.

Malam kelmarin saya dan puluhan pimpinan negeri, AMK ,Cabang, pimpinan PAS dan DAP sering bertukar pinggan menjamu kelazatan brayani rusa dan pelbagai hidangan di hari terbuka anjuran Ketua Wanita Johor, Nah Budin dan pasangannya Yatim Dato' Bakar.

Suasana agak sesak, perkiraan pencatat lingkunan lebih 2,000 orang yang hadir.

Dalam suasana meriah itu, pencatat diberitahu beberapa tokoh-tokoh usahawan telah menyatakan sokongan padu terhadap PKR Johor.

Kehadiran mereka pada majlis anjuran Nah Budin itu meperlihatkan keyakinan mereka bahawa Pakatan Rakyat Johor mampu menumpaskan BN-UMNO kelak.

PERLANCARAN GAGASAN PAKATAN RAKYAT JOHOR

Tarikh : 27hb. September 2009

Tempat : Kluang, Johor

Perasmian : YB Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang, YB Dr. Tan Seng Giew , YB Azmin Ali

Tentatif

3.00 Pm - Perasmian Pejabat PKR Cabang Kluang

- No 104, Tingkat 2, Jalan Mersing, Kluang

8.00 Malam - Perlancaran Gagasan Pakatan Rakyat Johor


20090925

Mahkamah Majistret Kuala Lumpur Menetapkan 22 Okt 2009 Untuk Membuat Keputusan Terhadap Anggota Parlimen Batu, Tian Chua

Sewajarnya penatap perlu menghormati anggota Polis walaupun ada perlakuan luar batasan dari mereka.

Ada pepatah mengatakan " Like fahter like son".



SAYANG JOHOR - ZAPIN

DUN Bagan Pinang : Hj. Mahathir Calon Barisan Nasional

Dewasa ini pencatat memerhatikan seorang politikus yang 5 tahun lepas teresak-esak menanggis diatas pentas melafaskan akan bertaubat dari dunia politik, kini kian gairah membidas BN-UMNO.

Sembur sana, hamun sini. Seperti kera kena belacan. Lokasi sambutan Eidul Fitri Perdana Menteri pun dileterkan.

Pencatat pasti penantap mengerti siapa sipulan ini. Tidak lain tidak bukan, Tuan Haji Tun Mahathir Mohamad, mantan Perdana Menteri merangkap Penasihat Proton dan Petronas.

Bicaranya, Datuk Seri Ong Teat Kiat salah, Datuk Seri Samy Vellu salah, Datuk Seri Najib salah, Tun Abdullah Badawi salah, Tan Sri Muhyiddin salah, En. Khairi Jamaluddin salah dan yang betulnya anaknya, Mirzan (tokey kilang arak di Filipina).

Saranan Hj Mahathir agar Tan Sri Isa Samad (Isa) tidak dicalonkan untuk parti dacing di DUN Bagan Pinang agak memeranjatkan. Alasannya Isa pernah melakukan jenayah semasa bertanding di parti keris.

Dengan pantas Samy Vellu mebidas, "dey.. jangan menyibuk laaa....lu punya time sudah expired" (alih bahasa).

Agak ribut dibuatnya, jentera parti keris tempatan merasakan duit-duit Isa sudah lama tidak dijamah. Lantas selayaknya Isa menjadi calon.

Tan Sri Muhyiddin Yassin yang bertanggungjawab sebagai komandan dacing masih mengigau dek nightmare PRK DUN Manek Urai dan Penanti , akibat tersalah strategi dan memilih calon.

Jika tidak didengar cetusan Hj. Mahathir, jika kalah lagi memang kena cili lagi. Pilih calon lain, jentera tempatan boikot seperti di DUN Penanti.

Najib pula pasti lepas tangan, gamaknya puas dimaki jentera sendiri PRK di Kuala Terengganu, Permatang Pauh, Bukit Selambau dan Bukit Gantang.

Jika Najib turun padang ke Bagan Pinang, suku-sakat Rosmah Mansor bersedia menjemput beliau berhari raya diteratak buruk mereka.

Delima Hj. Mahathir kian memuncak saban hari dewasa ini. Pencatat merasakan calon yang layak disitu cuma Hj. Mahathir sahaja. Sempat rasanya Hj. Mahathir menukar alamat kesana.

Usah pening-pening untuk Hj Muhyiddin, putuskan sahaja Hj. Mahathir sebagai calon DUN Bagan Pinang, selesai masalah pertama.

Beliau duit banyak, pandai kelentong, anak-penak billionair, ada rumah banyak, pengalaman mencantas terbukti, ramai kenalan, petah bercakap dan bini canggih.

Hj Mahathir calon di PRK DUN Bagan Pinang.


Pelancaran Markas & Jentera Pemuda Pakatan Rakyat

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Berkuasa.

Pemuda Pakatan Rakyat akan merasmikan dan melancarkan jentera serta pejabat gerak-gempur bersepadu disertai semua Pemuda Parti Pakatan Rakyat. Pilihanraya Kecil DUN Bagan Pinang menjadi medan perjuangan seterusnya.

Maklumat selanjutnya seperti butiran berikut :

Tempat : Markas Pemuda Kg. Badan Pinang, Port Dickson, N. Sembilan
Tarikh : 26hb. Sept. 2009 ( Sabtu )
Masa : 4.00 petang

Hubungi Urusetia AMK : Sdr. ZulfikarAli Ariffin ( 013-984 6606 )

Hebahkan serta diminta hadir beramai-ramai.

20090924

PKFZ : KPN Berkeringat Menutup Najis

Demi menyelamatkan Pirate of Port Klang, Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan semalam bertegas untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang membocorkan kertas kabinet mengenai isu Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) .

Musa berkata menteri kabinet adalah antara individu yang akan dipanggil bagi memberi keterangan berhubung kes penyiaran dan penyebaran itu.

Pencatat percaya ada dalang lebih besar mengarahkan Musa mengeluarkan arahan sedemikian. Bukan menjadi rahsia lagi terdapat 'naga' lebih besar terhadap isu penyelewengan terhadap PKFZ.

Pelik, sudah lama menyiasat. Satu orang pun tidak ditangkap. Bukti ada, maklumat lengkap dan fakta perakaunan terbukti. Apa lagi mahu tunggu ?

Malah tidak mustahil UMNO menerima ' habuan' lebih besar dari MCA. Dengarnya MIC dapat juga 'saguhati'.

Menghidu & Menutup Najis BN


Marhean tergelak-gelak melihat telatah Musa sejak kebelakangan ini. Tidak berhenti-henti menutup taik yang bertaburan di Putrajaya yang diberakkan oleh pimpinan BN-UMNO.

Pencatat adakalanya merasa kesian terhadap Peguan Negara, Ketua Polis Negara dan Ketua Pengarah SPRM. Saban hari terpaksa menghirup, menghidu dan menutup taik yang ditinggalkan oleh lanun-lanun negara.

Adakah mereka ini setelah mengangkat sumpah taat-setia terhadap agama dan negara sanggup bersetongkol dengan pelaku jenayah.

Kepada Musa, pencatat berharap usahlah mencari pembocor kartas siasatan itu. Tangkap sahaja mereka yang melakukan jenayah. Usah buat kerja-kerja yang menjatuhkan maruah sendiri.

Tuan (Musa Hassan) anak guru agama, masakan tidak mengetahui yang mana satu tahi negara dan penyelamat negara. Si-pembocor maklumat itu mahu rakyat tahu Perdana Menteri melindungi penjenayah.

Sampai bila mahu bermuka benggis dihadapan media, pada masa yang sama marhaen tergelak dengan lakunan tidak bermutu.

20090923

Berlebaran Bersama Mantan TKM1 P.Pinang

Pencatat bersama ketua Cabang Johor Bahru dan Hj. Halim Dawam, sempat ziarah Eidul Fitri dirumah mertua mantan Timbalan Ketua Menteri 1 (TKM1) Pulau Pinang, Mohamad Fairus Khairudin di Skudai, kelmarin.

Sambil menjamu juadah pencatat dan rakan rancak berbicara hal perjuangan 'Harapan Baru'. Air yang berkocak tidak memperlihatkan mantan TKM1 itu sudah luntur dari memperjuangkan hak sejagat.

Beliau menyiat kisah silamnya, perjuangan semasa menjadi siswazah Unversiti Islam Antarabangsa dan selepas tamat pengajian.

Iltizam beliau untuk terus memperjuangkan keadilan memberi suntikkan kepada kami untuk terus menongkah arus kezaliman yang kian rakus yang dimonopoli oleh BN-UMNO.

Pencatat menjengah sejenak pada mereka yang telah meninggalkan dan tertinggal bas perjuangan. Perbezaan ketara diantara beliau dan rakan-rakan yang lepas. Walaupun dirinya merasakan disisihkan, Fairus berazam meneruskan apa yang diperjuangkan sejak dikampus dahulu.

Pencatat mendoakan kesejahteraan keatas Sdr. Mohd. Fairus.

Pentol Dari Pagoh-Sembrong Makin Tidak Karuan

Hanya koran Utusan Malaysia mengatakan umat Malaysia terutama melayu terlah berpecah-belah.

Melayu perlu bersatu. Melayu perlu memperjuangkan hak pribumi. Melayu perlu kembali ke landasan. Pada ketika sibuk Sipulan dari Pagoh melaungkan melayu perlu bersatu. Sipulan dari Sembrong pula berkata akan menyumbat setiap inci Pusat tahanan Kemunting dengan penderhaka negara.

Gamaknya kuasa ditangannya. Apa buang tebiat agaknya Sipulan dari Sembrong . Kononnya punya kuasa mutlak untuk menlaksanakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ditangannya. Marhaen diugut dengan sembuaran air liur.

Sipulan Pagoh Juara Melayu

Pencatat berminat berbicara mengenai si Pentol dari Pagoh dan Sembrong ini. Amat gamaknya berkata melayu telah bercerai-berai. Kini Hari Lebaran disambut oleh lapisan bangsa melayu disegenap pelusuk negara.

Tiada perbalahan, tiada setitik pun darah mengalir kerana fahaman berbeza . Dan tiada sholat sunat Eidul Fitri berimamkan dua mazhab politik.

Dimana logiknya melayu berpecah-belah ?

Jika Sipulan Pagoh berkata melayu telah punah-ranah, pencatat mempelawa untuk ditunjukkan Kampug, Taman , Daerah dan mukim mana yang dikatakan melayu bertelagah hingga huru-hara.

Gitulah juga dengan riuh dipergatakan para kaum-kaum di negara sedang bermusuhan satu sama lain. Dengan muka garang memberi amaran untuk mengunakan ISA, kononnya satu kaum itu telah menghuru-harakan negara.

Pencatat mencabar Sipulan Sembrong untuk melaksanakan ISA jika dia benar-benar anak jantan. Usah terpekik dihadapan media, laksanakan terus. Buangkan gelaran pondan yang pernah Lokman Noor Adam dan Ezam Mohd Noor nobatkan sipolan Sembrong sebelum dua sipulan ini menjadi si katak.

Begitu juga dengan Sipulan Pagoh, usaha merintih melayu telah punah. Kaum melayu, india dan cina tidak bermusuhan. Negara makin aman, cuma undi dan sokongan sudah tiada pada UMNO-BN sahaja.

BN-UMNO, Bersedialah untuk menjadi pembangkang.

SAYANG JOHOR - SRI MERSING

SEJARAH JAJAHAN KERAJAAN BN MELAYU-ISLAM JOHOR DARUL TA'ZIM

Pencatat mempelawa marhaen Johor, juga Malaysia menilai kebenaran fakta-fakta dibawah.

Jika fakta tidak benar, pencatat sedia ditemplak. Jika ianya benar mengapa marhaen Johor perlu menolak secara total Kerajaan UMNO-BN Johor yang penuh dengan kenistaan.


1. Pertukaran cuti Umum daripada Hari Jumaat kepada Ahad - Hj. Muhyiddin Yassin

2. Menganugerahkan tanah hutan simapan kekal kepada syarikat UMNO dan Majlis Agama Islam Johor dan lain-lain kroni - Hj. Ghani Othman.

3. Bersetongkol dengan Hj. Mahathir Mohammad menjual air dengan kadar sangat rendah kepada kerajaan pro Amerika-Israel iaitu Singapura - Hj. Mahyuddin Yassin.

4. Membenarkan Singapura menguasai loji air, empangan dan tanah untuk saluran air kepada Singapura dengan kuasa mutlak 100% kepada negara itu - Hj. Muhyiddin Yassin.

5. Satu-satu syarikat anak kerajaan negeri di Malaysia (Perbadanan Ekonomi Negeri Johor) yang tidak membenarkan pemimpin UMNO & BN Johor berada didalam ahli lembaga pengarahnya - Hj Muyiddin & Hj Ghani Othman

6. Mengambil komisyen yang terlalu tinggi untuk menjadi Naib Presiden UMNO sehingga bankrupnya Kemayan Holding ( projek JB Waterfront City terbengkalai ) - Hj. Muhyiddin Yassin.

7. Satu-satunya Menteri Besar Johor mengatakan kumpulan Tabligh adalah ajaran sesat semasa menjawat Menteri besar Johor dan tidak membenarkan perhimpunan kelompor pendakwah itu di Pasir Gudang - Hj. Muhyiddin Yassin.

8. Mempunyai tuduhan skandal dikalangan UMNO negeri dengan Ahli Parlimen Tenggara ( DUN Pasir Raja ) - Hj. Ghani Othman.

9. Mempunyaikan 'hubungan' dengan Mysys System Sdn Bhd dan berlakunya perlantikkan terus kerja-kerja pembekalan pengkomputeran bernilai lebih RM50 juta di bangunan baru kerajaan Negeri Nusajaya ( tanpa tender & diiklankan) - Hj Ghani Othman

10. Mempunyai permusuhan ketara diantara satu sama lain di mata rakyat-BN/UMNO Johor - Hj. Ghani Othman ( Menteri Besar) - Hj. Muhyiddin Yassin (Pagoh) - Shahrir Samad (Johor Bahru) - Syed Hamid Albar (Kota Tinggi) - Hissamuddin Hussien (Semberong) - Ahmad Maslan (Pontian)

20090919

SAYANG JOHOR

Sayang Johor - Rosiah Chik

JOHOR, SASARAN PAKATAN RAKYAT SETERUSNYA

Anwar Dalam Delima

Ibrahim Ali Dapat Kawan Baru

Ezam : Dalam Kenangan

Lokman Kini, Dulu & Selamanya

PM Dulu, Kini dan Selamanya

Ezam.. Dulu, Kini & Selamanya

Air Mata Syawal

ADUN BN Mahu Menyertai Pakatan Rakyat Johor

Usah ada penatap merasa kaget jika menerima berita ada 1-2 ADUN PKR melompat lagi dan umumkan menyokong Datuk Seri Najib Razak. Mungkin ADUN itu ditawarkan sebagai pemandu F1 1Malaysia.

Penatap juga usah berbangga diri jika ada ADUN Barisan Nasional ( BN ) tiba-tiba menyertai Pakatan Rakyat Johor terutama PKR.

Sememangnya para ADUN BN se-Malaysia maklum, hukuman qisas sedang berlaku terhadap parti dacing itu. Pencatat enggan ngobrol apa-apa maklumat.

Katak Si-Katak Lompat

Cuma, Pelancaran Gagasan Rakyat Johor pada penghujung September ini menjanjikan sesautu yang memberi bencana kepada puak Hj. Abdul Ghani Othman. Pencatat tidak ghairah dengan khabar ada ADUN mahu menyertai PKR.

Pencatat mendengar khabar, rakan pemuda Pakatan Rakyat Johor mahu menjamu selera di hari terbuka Eidul Fitri pemimpin parti dacing-keris. Pencatat tidak melarang.

Pergilah bersama Salam Badar .

Perlancaran Gagasan Pakatan Rakyat Johor permulaan selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim meniup seruling sangkala di Sekijang minggu lepas. Selepas Kluang, Pakatan Rakyat Johor akan melancarkan atom berangkai satu persatu.

Pencatat pasti rakan di parti dacing berminat dengan serangan berangkai ini. Walaupun pencatat mengalu-alukan salam silaturahim kepada parti keris-dacing, namum perlu diingat Pakatan Rakyat bukan kapal lanun.

Tiada harta rampasan perang
Tiada komisyen projek
Tiada jawatan exco-ahli majlis untuk merompak
Tiada peruntukkan untuk membayar ansuran kereta mewah dan tiket melancong

Pencatat sebenarnya merasa mual berbuar benci bila terdengar ada ADUN parti dacing mahu menyertai Pakatan Rakyat dewasa ini. Sebelum ini kami dicerca-hamun. Jika sudah ada kesedaran, niru tapak tangan Harapan Baru pencatat hulurkan.


20090918

MUSAFIR DIAIDIL FITRI - S. Jibeng

Tuah Ayam Nampak Dikaki Tuah Hj. Mahathir Di Filipina

Dua insan popular satu masa dahulu, kini kembali diratapi oleh bloggers dan pengiat laman web tanahair.

Siapa tidak kenal Tuan Haji Datuk Seri Khair Toyo, hartawan dari Selangor dan bapa kepada tokey arak di Filipina, Tuan Haji Tun Mahathir Mohammad.

Hartawan selangor riuh di kantor Polis kelmarin dengan lampiran ugutan bunuh. Manakala Hj. Mahathir Mohammad mahu dikalungkan selipar ( tidak pasti selipar jepun atau capal india ).

Setelah lebih 5 tahun marhaen tidak melihat dikaca tv Hj. Mahathir menanggis-pilu mengenangkan nasib melayu 'ketinggalan zaman', kelmarin Hj. Mahathir melafazkan rasa sedih berbuar marah apabila dikecam pelbagai pihak.

Pencatat teringat kata-kata Lokman Noor Adam, Exco Pemuda Umno Malaysia di Shah Alam. Beliau berkata kaum india ini penjahaman bangsa, jika beliau ada senjata api, beliau sanggup membunuh satu persatu kaum ini di tanahair.

Pencatat berharap pihak polis dengan segera menyiasat surat ugutan bunuh yang Hj. Khair Toyo terima. Pencatat bimbang jika petang ini atau esok hartawan ini terbunuh, maka semua harta akan menjadi milik peribadi isteri dan anak beliau.

Iltizamnya untuk mengembalikannya kepada rakyat Selangor tidak kesampaian.

Melalui tulisan-tulisan di blog beliau, pencatat yakin Hj Khair Toyo telah bertaubat dan cuma malu untuk memulangkan jutaan ringgit harta lanunannya dahulu buat masa ini sekaligus.

Sudah pasti lebaran ini Hj. Khair Toyo akan memulangkan hanya puluhan ribu ringgit sahaja kepada rakyat Selangor dengan menjamu dihari terbukanya. Sudah pasti 'ang pow' raya untuk kanak-kanak sekurang-kurangnya note RM10.00.

Moga Allah menerima taubatnya, Amin.

Jika pembaca ingin berhari raya ke rumah Hj. Mahathir, anda perlu bertanya siapakah yang sponser semua juadah. Jika Hj. Mahathir berkata "Mirzan", elok anda dengan senyum mengundurkan diri.

Marhaen tidak perlu risau tentang duit dan ilmu anak Hj. Mahathir yang dikerahkan ke kilang arak. Mungkin itu adalah cita-cita Hj. Mahathir selama ini, mahu melihat anak dan rakyat Malaysia berjaya dalam apa juga bidang.

Malaysia Boleh...

20090916

F1 1Malaysia : Suami Rosmah Makin Gila

Kita dikejutkan lagi.

Kali ini Datuk Seri Najib Razak mengumumkan negara akan membentuk pasukan 1Malaysia F1 Team. Sukan lumba kereta yang menelan belanja billion ringgit.

Dilaporkan pasukan itu nanti usaha sama kerajaan dan swasta negara ini, akan menyertai perlumbaan F1 mulai tahun depan.

Najib berkata projek itu melibatkan gabungan kepakaran Proton dan Lotus dengan disokong oleh Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Persatuan Sukan Pemotoran Malaysia (MAM), Naza Motor dan Air Asia.

Mat Jenin & Si Luncai

Pencatat bukan juru-akaun berdarjat, namun sedang para kontraktor merintih dalam kepapaan. Anak-bangsa kian dibanjiri oleh pengangguran. Dalam masa yang sama marhean disumbatkan idea tidak masuk akal ini.

Dimana kewajaran Perdana Menteri ingin meningkatkan ekonomi negara dengan penglibatan sukan F1 ini. Sebelum ini peneroka FELDA dijanjikan perindustrian di kawasan itu. Namun hanya omongan kosong.

Pencatat teringat skesta Mat Jenin dan Si Luncai. Tidak salah pencatat mengibaratkan pencetus pasukan F1 1Malaysia seperti dua bahan jenaka ini.

Pasukan F1 BMW telah istiharkan untuk tidak meneruskan perlumbaan pada tahun hadapan kerana sukan tersebut merugikan dan imbalannya kearah kebangkapan.

20090915

JAKIM & Mufti Perak : Menghalal Anak Mahathir Jual Arak

Pencatat merasa kaget, marhaen juga teruja meneliti berita dari negara jiran, Filipina.

Semasa pemerintahnya, Tun Mahathir mohamad menegaskan Malaysia adalah kerajaan Islam unggul. Namun laporan koran kelmarin diberitakan anak sulongnya adalah lembaga pengarah kilang arak terbesar di negara itu.


Mirzan & San Miguel Corp (SMC)

Ramadhan merupakan bulan penuh kesucian dan lebaran sejarah sejak turunnya Quran dari Baitulizah sehingga penaklukkan tentera Islam di eropah . Ramadhan tahun ini telah dicemari oleh anak mantan perdana menteri.

Pencatat merasakan cadangan ahli MIC agar Tun mahathitr sepatutnya digantung selipar dilehernya adalah tindakan wajar kerana kedungguan beliau mendidik anaknya dalam sasiah beragama.

Pencatat dimaklumkan SMC menguasai 95 peratus pasaran beer Filipina. Syarikat ini telah mengeluarkan San Miguel Beer sejak lebih 100 tahun lalu.

Beer ini dibuat di Filipina, China, Indonesia, Vietnam, Thailand dan juga Malaysia. Ia dijual di 60 negara di seluruh dunia.

Pencatat merasa hairan mengapa JAKIM yang di pengerusikan oleh Tun Abdullah Badawi dan Jabatan Perdana Menteri ( Hal Ehwal Islam ) tidak mengusulkan bantahan dan nasihat sejajar fungsinya.

Pencatat sebelum ini teruja setiap bidasan Mufti Perak dan mantan Mufti Perlis yang kerap membidas Pakatan Rakyat tentang perlaksanaan Islam dan isu jualan arak di Selangor. Tetapi sepi tentang penglibatan Mizran dalam SMC ini.

Mungkin tokoh Agama ini telah dicucuk hidung dengan kemewahan. Allahullambisaw.

Angka Hantu Di Pantai Port Dickson

Pencatat diberitahu, Nombor pendaftaran dibawah ini ada senarai pengundi di DUN Bagan Pinang yang telah pencen sebagai anggota tentera dan bukan pengundi pos lagi. Sehingga hari ini SPR masih menyenaraikannya sebagai pengundi pos

Isteri kepada anggota pencen tersebut juga didaftarkan sebagai pengundi pos.


1068209, 1068213, 1068217, 1068221, 1068233, 1068236, 1068242, 1068250, 1068251, 1068258, 1068261, 1068263, 1068270, 1068281, 1068283, 1068289, 1068291, 1068294, 1068314, 1068315, 1068322, 1068333, 1068337, 1068339, 1068340, 1068341, 1068343, 1068355, 1068365, 1068367, 1068368, 1068376, 1068382, 1068383, 1068384, 1068390, 1068392, 1068394, 1068399, 1068404, 1068406, 1068409, 1068416, 1068424, 1068432, 1068441, 1068465, 1068467, 1068473, 1068474, 1068477, 1068483, 1068484, 1068489, 1068490, 1068492, 1068498, 1068499, 1068511, 1068518, 1068520, 1068525, 1068527, 1068530, 1068533, 1068548, 1068554, 1068556, 1068559, 1068560, 1068570, 1068573, 1068574, 1068576, 1068579, 1068580, 1068582, 1068589, 1068602, 1068619, 1068626, 1068627, 1068630, 1068637, 1068640, 1068650, 1068654, 1068656, 1068659, 1068666, 1068678, 1068683, 1068687, 1068691, 1068693, 1068694, 1068695, 1068704, 1068709, 1068713, 1068729, 1068731, 1068746, 1068748, 1068750, 1068752, 1068753, 1068760, 1068764, 1068774, 1068775, 1068783, 1068788, 1068795, 1068796, 1068800, 1068802, 1068805, 1068806, 1068808, 1068809, 1068813, 1068816, 1068821, 1068824, 1068825, 1068828, 1068833, 1068836, 1068837, 1068842, 1068847, 1068860, 1068862, 1068870, 1068871, 1068890, 1068891, 1068902, 1068920, 1068934, 1068938, 1068940, 1068941, 1068943, 1068946, 1068947, 1068948, 1068949, 1068951, 1068956, 1068958, 1068962, 1068963, 1068965, 1068967, 1068975, 1068985, 1068987, 1068990, 1068994, 1068997, 1068999, 1069004, 1069005, 1069009, 1069012, 1069015, 1069031, 1069064, 1069078, 1069083, 1069084, 1069093, 1069094, 1069101, 1069110, 1069111, 1069114, 1069121, 1069124, 1069132, 1069133, 1069134, 1069136, 1069142, 1069143, 1069146, 1069148,1069151, 1069155, 1069159, 1069173, 1069181, 1069183, 1069192, 1069198, 1069208, 1069220, 1069227, 1069233, 1069235, 1069240, 1069253, 1069262, 1069265, 1069277, 1069279, 1069282, 1069274, 1069293, 1069297, 1069298, 1069306, 1069315, 1069331, 1069334, 1069338, 1069340, 1069344, 1069354, 1069362, 1069375, 1069379, 1069381, 1069400, 1069411, 1069421, 1069423, 1069424, 1069426, 1069437, 1069438, 1069440, 1069441, 1069442, 1069443, 1069444, 1069449, 1069452, 1069454, 1069456, 1069459, 1069465, 1069468, 1069477, 1069488, 1069494, 1069496, 1069499, 1069501, 1069503, 1069504, 1069505, 1069516, 1069523, 1069525, 1069530, 1069534, 1069536, 1069549, 1069560, 1069561, 1069562, 1069566, 1060571, 1060579, 1069581, 1069584, 1069586, 1069595, 1069597, 1069606, 1069612, 1069621, 1069628, 1069635, 1069636, 1069637, 1069649, 1069651, 1069653, 1069657, 1069668, 1069676, 1069677, 1069678, 1069682, 1069686, 1069690, 1069691, 1069693, 1069699, 1069711, 1069713, 1069714, 1069721, 1069732, 1069736, 1069743, 1069746, 1069742, 1069744, 1069745, 1069777, 1069796, 1069807, 1069812, 1069817, 1069820, 1069822, 1069826, 1069828, 1069829, 1069836, 1069841, 1069845, 1069848, 1069850, 1069853, 1069854, 1069856, 1069858, 1069868, 1069874, 1069875, 1069876, 1069878, 1069880, 1069892, 1069899, 1069900, 1069904, 1069907, 1069908, 1069917, 1069928, 1069929, 1069931, 1069933, 1069936, 1069937, 1069945, 1069949, 1069950, 1069951, 1069952, 1069968, 1069972, 1069983, 1069991, 1069993, 1069998, 1070000, 1070002, 1070014, 1070015, 1070016, 1070024, 1070028, 1070031.

Al Quran Nur Qarim

Listen to Quran

Anugerah Pahala Malam Lailatul Qadar

Tahniah kepada Ketua AMK Batu Pahat, Sdr. Kairul Fauzi Muhammad diatas jayanya Program Sumbangan Ramadhan berlangsung semalam di Batu Pahat, Isnin.

Majlis mengagih bubur lambuk itu juga dihadiri oleh Ketua AMK Pusat, Sdr. Shamsul Iskandar Mohd Akin, barisan Exco AMK dan AMK Cabang. Jutaan terima kasih juga pencatat ucapkan kepada PKR Cabang Batu Pahat yang bersepadu menjayakannya. Juga terima kasih yang tidak terhingga kepada Ketua AMK Pusat di atas ananat yang diberikan bagi memangkinkan AMK Johor terus menyerlah dalam perjuangan Johor.

Ramadhan juga mengingatkan pencatat kepada peristiwa turunnya Al-Quran. Kejayaan penaklukan Islam di Andalusia dan kecemerlangan Salahuddin Al Ayubi menewaskan tentera yahudi di Baitulmuqadis.

Terdapat banyak peristiwa yang menyerikan kegemilangan Islam di bulan Ramadhan. Diantara peristiwa yang menjadi iguanan pencatat dan golongan beriman ialah Anugerah Pahala Malam Lailatul Qadar.

Imam Ghazali menyatakan dalam ramalannya, jika permulaan puasa jatuh pada hari sabtu maka Lailatu Qadar berlaku pada malam 23 Ramadhan.

Ibnu Abbas memberitahu terdapat 3 ulangan sebutan mengenai Lailatul Qadar pada Surah Al Qadr. Hurufnya jawi pada sebutan Laitul Qadar dalam surah tersebut mempunyai 9 huruf.

Surah itu juga mempunyai 114 huruf dan mempunyai 30 perkataan bersamaan 30 juz Al Quran dan 114 surah didalamNya.

Pendapat Ibnu Abbas, surah Al Qadr memberi petunjuk kepada malam Lailatul Qadar iaitu 9 huruf didarapkan dengan 3 kali sebutan Lailatul Qadar. Maka 27 Ramadhan adalah malam Laitul Qadar.

Namun dalam hadist masyhur dari Imam Bukhari dan Muslim, Nabi S.A.W bersabda berlakunya Laitul Qadar pada 10 terakhir Ramadhan di malam ganjil.

20090914

PRU -11 : Ali Baba Dengan 40 Penyamun

Gamat apabila Datuk Seri Samy Vellu menyalahkan seluruh Barisan Nasional bersalah pada pilihanraya umum yang lepas.

Tunjuk sana-sini, tuduh sana-sini dan hamun sana-sini.

Semua tidak mengaku salah. Di dalam hadis mashyur diberitahu bahawa salah satu tanda-tanda orang munafik ialah apabila berkata ia berdusta.

Penyamun Mengaku Nabi

Sebelumnya BN berkata Tun Abdullah Badawi punca utama. Abdulalah pula menuduh Tun Mahathir pula. Selepas itu pilihanraya kecil Datuk Ahmad Maslan dan En. Khairi Jamaluddin berkata pengundi hantu antara faktor utama kekalahan PRK DUN Permatang Pasir .

Hari ini hero baru, Naib Pemuda UMNO pula memberi amaran kepada Samy Vellu. Apa kesudahan gejolak ini. Pencatat teringat kata-kata Ahmad Maslan selepas dilantik sebagai Menteri Penerangan, beliau menyatakan 60,000 jentera UMNO punca kekalahan BN pada PRU lepas.

Ini hikayat para lanun dan perompak harta rakyat dan negara. Tidak mustahil para Sultan dan Raja pula dipersalahkan nanti. Apapun pencatat berharap pemuda Pakatan Rakyat tidak leka PRK Bagan Pinang 10 Oktober nanti. Lebih undi 4600 pos sedia untuk diselewengkan.

BIRO FELDA : Langkah Penyelamat Peneroka Tertindas

Kecermarlang PKR makin terselah.

Tanggal bersejarah, 12hb sepetember 2009. Bertempat di Pejabat Perhubungan PKR Negeri Sembilan, bersama lebih 30 profesional berwacana dan sepakat untuk menubuhkan Biro Felda dibawah naungan PKR. Cadangan akan dikemukan kepada Biro Politik untuk dilulus dan dilaksanakan.

Ia merupakan satu-satu parti politik yang mempunyai Biro pengkhususan membela dan membicara hal-ehwal warga Peneroka FELDA.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh YB Datuk Kamarul Baharin Abas, Lateefah Koya dan pemimpin Cabang dari beberapa negeri. Beberapa keputusan awal telah dicatat untuk perlantikkan perlantikkan Ahli Jawatankuasa Biro. Ianya akan diumumkan setelah Biro Felda diterima oleh Biro Politik.

Persepakatan telah dicapai untuk melaksanakan Ehwal Guaman, Ehwal Penyelidik, Konvensyen Bersepadu, Pejabat Seketeriat dan Naib-Naib Pengerusi ( satu negeri satu Naib) setelah biro ini diterima.

20090911

Pengaruh Bloggers Parti Keris


Mendukacita. Sudah pasti marhaen merasakan sama seperti pencatat rasakan. Kita melayari blog-laman web parti keris. Cacian meraka terhadap pemimpin Pakatan Rakyat bagaikan mereka berada di surga.

Hidup bagaikan dalam dunia-negara kayaraya.

Pencatat meneliti tulisan dan makian mereka. Pencatat paham, bloggers dibayar untuk menghidupkan kembali parti keris itu. Namun tanggungjawab sosial perlu dinaungi.

Kini negara dengan belenggu kebankrapan yang dasyat. Akhabr tempatan menunjukkan senarai-notis kebankrapan bertambah ratusan orang saban hari.

Pencatat beranggapan bloggers ini makan gaji buta dari pencacai parti keris. Tanpa segan silu mengatakan pembayar gaji mereka telah mentadbir negara dengan kejayaan cemerlang.

Bloggers Parti Keris Kian Tersepit

Agenda mereka ingin melaknat Anwar Ibrahim, Nizar Jamaluddin, Abdul Nik Aziz, Karpal Singh dan lainnya telah memberi advantage kepada pemimpin ini. Jangkaan bloggers parti keris marhaen mudah dibodohkan, culaan menunjukkan hasil mereka sia-sia.

Hit laman mereka bertambah pada angka yang mengerunkan. Tetapi kalah tetap kalah pada pilihanraya kecil yang lepas. Ia menampakkan hasil karya mereka tidak bernilai.

Mungkin juga bloggers parti keris ini mengedit hit pelawat pada lamannya pada jumlah yang banyak.


Setelah gagal di DUN Pematang Pasir, bloggers parti keris kini beralih ke DUN Bagan Pinang. Marhaen melawat dengan penuh minat, hasilnya belum pasti.

Mungkin juga bloggers parti keris ini peminat laman lucah. Bicara kata pun memperlihat tingkahlaku tidak karuan.

Makin di maki-keji Barisan Nasional makin punah-ranah, malah rakyat makin derita. Harga petrol meningkat, ruang perniagaan makin sempit dan pengangguran bertambah.

Pencatat tidak mengatakan mereka tidak berpengaruh, cuma pelayar laman akan berbicara didalam hati, "anak siapa lah ini, mak bapak dia tidak ajar agama agaknya".

20090910

Hiruk Pikuk Generasi Peneroka

Majlis Belia FELDA Malaysia Wilayah Johor Bahru (MBFWJB) telah mengadakan majlis berbuka puasa bersama ahli gagasan di Kota Tinggi. Setiap cawangan telah disumbangkan sebanyak RM2,000.00 agar belia kawasan mempertingkatkan lagi aktiviti.

Rakan-rakan di MBFWJB mengenali pencatat secara rapat, ada yang lebih sedekat. Tiada perselisihan pendapat mengenai idoleogi politik bila bersemuka walaupun majoritinya berlogokan dacing.

Terdapat bertanyakan kekuatan PKR dewasa ini. Kegerunan terpancar di setiap persoalan. Pencatat pasti maklumat yang mereka terima tidak tepat sebelum ini.

Keputusan pilihanraya kecil menjadikan rakan belia keliru kebenaran maklumat media utama negara. Kini mereka kian yakin Pakatan Rakyat boleh mendominasi politik negara dan Johor.

Sarang Penagih Dadah

Rakan belia kini tertanya-tanya fungsi Kementerian Belia dan Sukan mengenai perlaksanaan terhadap wang bertimbun-timbun untuk belia pribumi.

Pengaih dadah dan jenayah makin bertambah di tanah rancang Felda. Majlis Belia Felda Malaysia pula sejak tahun 2000 tiada mesyuarat agung. Sudah tentu suara belia tidak dibicarakan.

Lebih mengecewakan Pondok dan Balai Polis dalam kuantiti yang menyedihkan. 5-6 buah kampung Felda hanya ada satu pondok Polis. Malah ada yang bebicara kawasan Felda diceruk dari bandar merupakan tempat anggota polis yang menerima hukuman kerana masalah displin-tatatertib.

Jelas dalam statistik penagih dadah, tanah rancang Felda merupakan penyumbang utama bilangan penagih.


20090909

Gelak Bersama Pemuda Umno Sekijang

Pencatat tidak menafikan dakwaan beberapa pimpinan Pemuda UMNO beramah-mesra bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa bertarawih di Masjid Jamek Kg. Jawa.

Malah kelibat ahli veteran, pimpinan Cawangan dan Bahagian UMNO Sekijang dikatakan kelihatan di Masjid tersebut. Malah berposing-senyum dihadapan telefon bercamera.

Keterbukaan dan saliturahim perlu lebih erat demi memperjuangkan anak-bangsa. UMNO-BN Johor akur PRU-12 telah memperlihatkan peningkatan undi mendadak kearah Pakatan Rakyat.

Ramalan berlaku peningkatan sekali ganda PRU akan datang, bakal menamatkan kuasa BN untuk terus menakluki Dewan Undangan Negeri Johor.

UMNO-BN Merisik Khabar

Pencatat kian teruja kerana pendokong UMNO yang galak berpaling ke PKR dengan bertalu-talu. Kemasukan keahlian baru dari kaum India dan cina diluar jangkaan.

Alhamdulillah, kesedaran telah tersemat dihati rakyat Johor. Pencatat mendengar khabar peperangan agak serius UMNO dibahagian Tebrau, Pontian , Kota Tinggi, Sekijang, Pengerang dan lainnya. MCA, PPP dan MIC pula sudah berlawan pedang.

Ugutan dan serangan terbuka bukan lagi rahsia. Datuk Seri Abdul Hamid Albar pula dikatakan enggan tidur di Kota Tinggi bila pulang ke kawasan Parlimen Kota Tinggi.

Tidak mustahil dan menjadi sejarah Timbalan Perdana Menteri akan kalah dipilihanraya akan datang di Pagoh. Kebencian mula berputik kearah Kementerian Pelajaran dari UMNO-BN Bahagian Pagoh.

Felcra agih Dividen RM21.32j

Oleh SITTI NOR AZIZAH TALATA
utusansabah@utusan.com.my

KOTA KINABALU 8 Sept. - Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (Felcra) Sabah mengagihkan dividen kepada seramai 1,700 pesertanya dengan nilai agihan keseluruhan berjumlah RM21.32 juta.

Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman berkata, dividen itu diperoleh hasil lebihan pendapatan perladangan getah dan kelapa sawit yang dimajukan oleh Felcra di negeri ini bagi tahun ini.

''Perkongsian pintar antara penduduk luar bandar dan Felcra bukan bertujuan merampas tanah penduduk kampung seperti tanggapan sesetengah pihak.

''Buktinya apabila hari ini para peserta Felcra ......seterusnya sila lawati

FELDA-MBFM : Lantang Berkokok, Ekor Berciciran Najis

Berita mengembirakan bagi peserta Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (Felcra) Sabah diagihkan dividen kepada seramai 1,700 pesertanya dengan nilai agihan keseluruhan berjumlah RM21.32 juta.

Atau purata RM12,541.18 seorang.

Manakala Peneroka FELDA hanya akan menerima RM350.00 seorang. 'Peneroka' dan 'Peserta' mempunyai perbezaan ketara maksudnya.

Pencatat merasa malu sebagai generasi peneroka yang saban hari kian diperbodohkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan pengurusan FELDA. Pencatat pasti lebih 500,000 orang keluarga-generasi peneroka juga berdukacita.

Dengan FELDA mempunyai puluhan anak syarikat yang telah mencatat keuntungan setaraf MAYBANK, CIMB , KFC dan lainnya hanya mengaihkan imbuhan pelaburan-caruman RM350.00 tahun ini kepada peneroka.

MBFM Gadai Anak-Bangsa Peneroka

ANAK** telah mencabar Majlis Belia FELDA Malaysia (MBFM) yang telah lebih 9 tahun tidak mengadakan mesyuarat Agungnya untuk berwacana mengena hala-tuju dan ketirisan FELDA dan MBFM. Malangnya Datuk Ramli Ismail, anak jati Felda Sungai Sayong yang juga Pengerusi MBFM kelihatan bacul bersemuka.

ANAK** yakin tiadanya mesyuarat agong (pemilihan-pembentangan perakuanan) tersebut berkait rapat dengan penyelewangan di MBF dan FELDA.

Pencatat gembira bila mendengar FELDA ingin mencabar ANAK** di mahkamah, puluhan peguam menghubungi ANAK** dan siap-siaga berkhidmat dimuka pengadilan bagi membongkar billion ringgit yang diselewengkan.

Agak malang FELDA mengikut jejak Perdana Menteri, lantang berkokok ekor berciciran najis. Notis saman wayang semata.

Apapun rezeki Allah dan agihan RM350.00, pencatat bersyukur kehadrat Illahi. Peserta FELCA Sabah mendapat 35 kali ganda dari peneroka FELDA.

Sudah tentu Perdana Menteri akan gembira dengan Majlis Hari Terbuka Eidul Fitri tahun ini dengan belanja jutaan ringgit dari hasil mahsul negara, FELDA sudah pasti menjadi penyumbang dari hasil cukai .

Zabidie Abas
Setiausaha Kehormat ANAK**
Bendahari Kehormat
Majlis Belia FELDA Malaysia Wilayah Johor Bahru

** ANAK : Persatuan Anak Peneroka FELDA Kebangsaan

20090908

Salam Badar Buat Sang Penghianat

Tidak mengapa media pro BN-UMNO enggan berbicara mengenai penyelewangan 37,000 hektar Hutan Simpanan Kekal Terosot oleh juak mereka.

Para Penghianat Bangsa ini pasti menerima hukuman setimpal dengan hasil rompakan menjijikkan ini. Dengan kesungguhan juak-puak mereka mahu Penghianat Bangsa lenyap di bumi Darul Ta'zim ini. Pencatat bersama pemuda Pakatan Rakyat menyahut cabaran Pemuda UMNO untuk menghapuskan Sang Penghianat secara total.

Pencatat merasakan terdapat ramai dalang menuai imbuhan dari perlupusan tanah simpan kekal ini untuk tanaman getah . Hasil balak adalah agenda utama untuk menghalalkan akta dan perlembagaan negeri yang telah termaktub.

Dalam masa terdekat pencatat akan mengupas satu persatu ahli lembaga pengarah dan pemilik syarikat konsesi yang mengaut keuntungan haram ini.

Pencatat percaya Datuk Seri Abdul Ghani Othman, Menteri Besar Johor terlibat dalam urusniaga haram ini. Bukan salam Eidul Fitri buat Penghianat Bangsa ini, Salam Badar demi memperjuangkan hak anak-bangsa.

20090907

" Rompakan RM 3 Billion" : Perbadanan Islam Johor Diperalatkan


Sekitar jam 10.00 pagi tadi, pencatat bersama sekitar 30 anak muda Pakatan Rakyat Johor telah membuat satu laporan kepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) cawangan Johor. Diatas penyelewengan yang berlaku .

Amat menjijikkan Perbadanan Islam Johor dan Yayasan Pelajaran Johor dibawa bersama bagi meghalalkan rompakkan bersejarah dikelolai oleh kerajaan Barisan Nasional Johor.

Bagi dalang-dalang yang rakus ini berangapan dengan menganugerahkan sebahagiannya kepada badan berasaskan Islam dengan harapan tiada siapa berani membawa pekara ini ke pengadilan dan Istana.

Pencatat dan rakan Pakatan rakyat akan bawa pekara ini ke pengetahuan Tuanku Sultan Johor jika pihak SPRM gagal menjalankan tugas dengan segera.

Pencatat percaya ramai pencacai UMNO-BN terbabit dalam rompakan pintar ini. Dalam masa 30 hari lagi jika pihak SPRM masih memberi jawapan sedang membuka fail dan tiada tindakan. Pencatat bersama rakan-rakan akan berangkat ke Istana Bukit Serene untuk tindakan Tunku Sultan.

Laporan Penuh SPRM Oleh Pemuda Pakatan Rakyat Johor

Tarikh : Isnin 7 September 2009


Terdapat dua isu yang mahu dilaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) Cawangan Negeri Johor iaitu :


A. Isu Pertama :


37,000 hektar Hutan Simpanan Kekal Terosot Negeri Johor telah diluluskan untuk tujuan Program Ladang Hutan Getah atau Latex Timber Clone (LTC) pada September 2007.


Jangkaan nilai Kayu balak ini adalah RM 3 hingga 5 billion. Projek ini telah dibahagikan kepada dua bahagian iaitu 10,010.25 hektar Hutan Simpanan Kekal Terosot, diperuntukkan kepada 6 buah syarikat swasta seperti dibawah :

1. Serece Track Sdn. Bhd. - 1,296.09 hektar

2. Makmurplus Industry Sdb Bhd - 1,304.00 hektar

3. Groplus Industries Sdn. Bhd - 1,738.16 hektar

4. Jasa Wibawa Sdn. Bhd - 1,624.00 hektar

5. Setindan Sdn. Bhd - 2,024.00 hektar

6. Hamid Sawmill Sdn. Bhd - 2,024.00 hektar


Baki 27,871.31 hektar diperuntukkan kepada 3 buah Badan Berkanun seperti dibawah :

1. Perbadanan Islam Johor. - 12,340.75 hektar

2. Yayasan Pelajaran Johor - 6,316.87 hektar

3. Perbadanan Johor Bioteknologi & Biodiversiti - 9,213.68 hektar


Kawasan Hutan Simpanan Kekal Terosot terbabit adalah merupakan Hutan Sambungan atau “Central Forest Spine” (CFS) , di mana binatang-binatang liar merentasi kawasan ini dalam perjalanan berimigrasi ke Utara waktu musim monsun.


CFS diklasifikasikan sebagai Hutan Simpanan Kekal yang mesti dikekalkan dalam Rancangan Fizikal Nasional (2005). Program LTC adalah melibatkan Hutan Simpanan Kekal Endau-Kahang dan Sungai Mas di Hutan Simpanan Endau-Kota Tinggi.


Hutan Simpanan Labis diwartakan pada tahun 1929. Hutan Perlindungan Hidupan Liar Segamat, Hutan Perlindungan Hidupan Liar Endau-Kluang dan Hutan Perlindungan Hidupan Liar Endau-Kota Tinggi diwartakan pada tahun 1933 untuk tujuan memperlindungi habitat hidupan liar di bawah Seksyen 6(i)(b) Enakmen Perlindungan Mergastua dan Burung 1923.


Walaupun Enakmen-enakmen negeri tentang Hutan Perlindungan Hidupan Liar telah digantikan dengan Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972 (Akta 76), sebarang Hutan Simpanan Perlindungan Hidupan Liar diwartakan sebelum wujudnya Akta tersebut adalah masih berkuat kuasa di bawah peruntukan Seksyen 2(2) kecuali enakmen terbabit dimansuhkan secara sahih.

Seksyen 10 (3) Akta Perhutanan Negara menghendaki Pengarah Jabatan Perhutanan, dengan kelulusan Kerajaan Negeri, melalui pemberitahuan dalam Warta, menukar pengelasan hutan simpanan kekal dan hutan perlindungan hidupan liar kepada tujuan lain.


Selain itu, Seksyen 12 Akta tersebut juga menghendaki Kerajaan Negeri mengambil kira keperluan pemuliharaan tanah dan air, kepelbagaian hayat, kesan kepada alam sekitar serta dapat menggantikan suatu kawasan tanah yang lebih kurang sama luasnya sebagai suatu hutan simpanan kekal.


Ekoran pembalakan besar-besaran sedemikian banjir besar-besaran musim tengkujuh akan mendatangkan pemusnahan 50 perkampungan Orang Asli dan Kampung Tradisi Melayu di sepanjang Sungai Mas di Hutan Simpanan Endau-Kluang dan Endau-Kota Tinggi.


Di samping itu, kekurangan bekalan air seperti berlaku pada pertengahan tahun 2005 akan berlaku semula sebab hutan simpanan terbabit adalah juga kawasan tadahan air dan asal sungai-sungai di seluruh Nageri Johor.


Masalah alam sekitar termasuk banjir lumpur dan permasalahan binatang-binatang liar termasuk gajah-gajah akan kehilangan habitat semulajadi mereka dan terpaksa merayau-rayau di ladang-ladang serta memusnahkan tanaman tani di persekitaran Sungai Mas di Hutan Simpanan Kekal tersosot di sepanjang persempadanan Hutan Simpanan Mersing, Labis, Kluang dan Kota Tinggi.


Pemuda Pakatan Rakyat beranggapan baawa terdapatnya kecuaian dalam pelaksanaan Projek LTC Negeri Johor seperti berikut :


  1. Tiadanya laporan DEIA (Detailed Environmental Impact Assessment). Sedangkan sebarang penebangan hutan lebih daripada 500 hektar perlu mendapat laporan berkenaan. Oleh itu pembalakan melibatkan beribu-ribu hektar di bawah Perjek LTC telah dilakukan tanpa DEIA. Ia juga telah melanggar piawaian yang ditentukan oleh Majlis Pensijilan Kayu Malaysia.
  2. Tiadanya perbincangan dengan jabatan dan badan berkaitan untuk melaksanakan projek LTC. Jabatan dan badan berkiatan adalah seperti Jabatan Perhutanan, Jabatan Perhilitan, Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Pengairan dan Saliran, UPEN(Unit Perancangan Ekonomi Negeri), Penasihat Undang-undang Negeri dan Pertubuhan-pertubuhan Bukan Kerajaan seperti Malaysian Nature Society dan Majlis Peguam.
  3. Terdapat kawasan projek LTC yang ditanam dengan kelapa sawit bukannya pokok getah. Amalan ini adalah bercanggah projek yang sebenar.

B. Isu Kedua:

Dalam soalan bertulis bernombor B 26 semasa persidangan Dewan Undangan Negeri Johor pada bulan November 2009, Y.B Dr. Boo Cheng Hau ADUN Skudai telah mengutarakan soalan berkaitan Penanaman Pokok Getah dan Akasia. Berikut adalah jawapan yang telah diberikan:


d. .... Kelulusan yang telah diberikan oleh Kerajaan Negeri ke atas Projek Ladang Hutan Getah ini adalah seperti berikut :


§ Serece Track Sdn. Bhd. - 1,296.09 hektar

§ Makmurplus Industry Sdb Bhd - 1,304.00 hektar

§ Groplus Industries Sdn. Bhd - 1,738.16 hektar

§ Jasa Wibawa Sdn. Bhd - 1,624.00 hektar

§ Setindan Sdn. Bhd - 2,024.00 hektar

§ Hamid Sawmill Sdn. Bhd - 2,024.00 hektar


Dalam soalan bertulis bernombor B 163 semasa persidangan Dewan Undangan Negeri Johor pada bulan November 2009, Y.B Dr. Boo Cheng Hau ADUN Skudai telah mengutarakan soalan berkaitan Konsesi Pembalakan. Dalam jawapan yang telah diberikan telah dinyatakan seperti berikut :


  1. Konsesi pembalakan yang telah dikurniakan di antara tahun 2000 hingga 2008 di Seluruh Negeri Johor ialah sebanyak 8 syarikat iaitu :

i. Syarikat kilang papan Hamid Sawmill Sdn. Bhd

........

Berdasarkan kepada dua jawapan sidang Dewan Undangan Negeri Johor ini maka telah didapati Syarikat kilang papan Hamid Sawmill Sdn Bhd telah dikurniakan konsesi balak di antara tahun 2000 hingga 2008. Pemilik syarikat ini adalah seperti berikut :


  1. Suhailah Binti Abd Malek, Datin (540915-01-5794)
  2. Abdul Hamid Bin Abdul Rahman, Datuk (530720-02-5731)

Y.B Abdul Hamid Bin Abdul Rahman adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machap telah dilantik oleh Dewan Undangan Negeri Johor sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Raya Negeri Johor, pada tahun 2008. Malangnya semasa perlantikan itu ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Johor tidak dimaklumkan berkaitan penglibatannya secara terus dalam projek LTC.


Salah satu tugas yang telah diberikan kepada Jawatankuasa Kira-kira Raya Negeri Johor adalah untuk menyiasat kecuaian Kerajaan Negeri Johor berhubung dengan projek LTC.


C. Tindakan SPRM :


Oleh itu, Suruhanjaya Pencegarahan Rasuah Malaysia(SPRM) seharusnya menyiasat perkara-perkara berikut :


  1. Adakah kawasan pemusnahan hutan-hutan simpanan terbabit dalam projek LTC telah dikeluarkan daripada pewartaan Hutan Simpanan Johor?
  2. Adakah projek LTC dilaksanakan secara halal menurut Undang-undang Persekutuan dan Enakmen Negeri?
  3. Adakah telah disediakan Hutan Simpanan gantian kepada projak LTC?
  4. Apakah sistem ekologi tidak terjejas selepas penebangan hutan simpanan?
  5. Adakah kecuaian berlaku dipihak Kerajaan Negeri Johor semasa perlaksanaan projek LTC?
  6. Adalah perlantikan Y.B Abdul Hamid Bin Abdul Rahman sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Raya Negeri Johor tidak bertentangan dengan tugas Jawatankuasa ini yang bertujuan sebagai check & balance Kerajaan Negeri Johor.


Yang Benar;


Nama : SDR KHAIRUL FAIZI BIN AHMAD KAMIL.

Jawatan : Ketua Pemuda PAS Johor.

No K/P : 730111-01-6625


Nama : SDR ZABIDIE BIN ABAS.

Jawatan : Ketua Angkatan Muda PKR Johor

No K/P : 680220-01-6293


Nama : SDR TAN HONG PIN

Jawatan : Setiausaha Pemuda DAP, Johor

No K/P : 810320-01-5645