20090429

29 - 04 - 2009

07.18 am
Beberapa bulan lepas Datuk Seri Najib Razak berjanji dan memastikan pendapatan peneroka FELDA tidak akan memerima gaji dibawah RM1,000.00. Kata-kata manisnya sekadar menyelerakan wartawan sahaja.
Pepatah " berani kerana benar, takut kerana salah " menyelubungi pengurusan FELDA kini. Langkah terbaru mereka memberi skim pinjaman perniagaan segera kepada peneroka dan pewaris dengan ' perlaksanaan pelik' bagi menutup bangkai, kini yang semerbak bau busuknya. Peminjam yang berjaya membayar dengan tepat pada masanya, hanya perlu membayar separuh dari jumlah pinjaman asal. Adakah wang itu milik FELDA.
Ternyata wang tersebut wang tabungan warga peneroka FELDA. Ini memgambarkan dengan jelas lembaga pengurusan FELDA penghianat amanah yang diberikan. Malah persatuan-NGO yang pro-FELDA diberikan wang saguhati ratusan ribu dengan sewenang-wenangnya tanpa memminta kebenaran-pemakluman kepada para pencarum dan peneroka.
ANAK dengan prihatin mencatit salahlaku dan ketirisan FELDA. Penubuhan anak syarikat FELDA bagai cendawan tumbuh sebelum ini. Kerugian juga banyak telah berlaku . Adakah mereka peduli duit itu bukan milik mereka. Tabungan untuk taman semula disalahguna dan jutaan ringgit tidak dipulangkan kepada mereka yang berhak. Sampai bila FELDA mahu menipu para peneroka ?

No comments:

Post a Comment