20090406

06 - 04 - 2009

05.44 pm

Khabarnya BN-Umno terpaksa mengunakan khidmat hero tua. Bak kata pepatah, ' tidak dapat rotan, akar pun jadilah.... ". Ada orang berkata, 'Jerat tidak pernah lupa mangsa, mangsa selalu lupakan jerat'.
Ada pemuda, pemudanya bacul. Ada presiden, presiden kena sabotaj. Ada Timbalan Presiden, songlap duit negara ratusan juta ringgit. Wanita pula mencakar sana-sini. Harapkan Si-Ezam dan Lokman Nor Adam sahaja, pengundi habis cabut lari. Nampaknya terpaksa si -tua bertopi koboi akan menyerikan politik Umno. Jangan lupa 3 pekara :-
1. Pernah ada orang yang berdoa agar Tun Mahathir di lanjutkan usia dan hancurnya Umno dipangkuannya.
2. Takut berpolitik sebagai anak jantan, disumbatnya Anwar Ibrahim ke penjara. Kononnya wira, rupanya pondan tua. Kini buku bertemu ruas.
3. Niat si-tua ini ingin 'tapau' Pak Lah, Mr. KJ dan Anwar Ibrahim sekaligus. Si-tua koboi ini bercita-cita tinggi. Datuk Seri Najib dijadikan batu loncatan. ISA senjatanya.

07.28 am
Saya dan rakan-rakan kian bersemangat mengerakkan jentera di Bukit Selambau. Pidato Nah Budin Ketua Wanita Johor amat mengamatkan sausana , sambutan diluar jangkaan. Pasukan PKR Johor bergerakan tanpa sepadan disini walau sebahagian jentera terkandas di Johor terkandas dek beberapa masalah kerja dan peribadi.
Poster dan sepanduk banyak termusnah akibat hujan kelmarin. Kami sepakat memasang semula dan menyerang dakyah kotor BN-Umno. Kami tidak leka dengan laporan media bahawa PKR ketinggalan 8% dari segi pantauan undi. Walaupun ianya perang psikologi media BN, kami dari Johor menganggap sebagai ubat penyuntik untuk berkerja lebih kuat.
Malam tadi saya terkejut, teringin juga melihat-dengar hulubalang BN-Umno berceramah. kedengaran suara lantang bak pendekar. Saya bergegas ke lokasi. Rupa-rupa rakaman CD sahaja. Aduh, mereka mengunakan pendekar plastik.

No comments:

Post a Comment