20090424

24 - 04 -2009

07.56 am

Lebaran baru di DUN Penanti, SPRM masih utuh dibawah telunjuk BN-Umno.
Mungkin segelintir pendokong beranggapan Ketua Umum PKR membuat keputusan mengikut tafsiran sendiri untuk tujuan popualariti. Inilah dakyah dan mainan BN-Umno terhadap parti lawan sejak dari dahulu lagi. Bagi saya pembebasan Mohammad Fairus Khairuddin bertujuan mengaibkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan mendorong pendokong PKR membuat pemberontakkan dalaman.
Tomahan propaganda ini mungkin menjadi isu utama di media dan kempen BN-Umno pilihanraya kecil di DUN Penanti nanti. Saya berpendapat tekanan yang bakal dihadapi semakin hebat. Jika tiada kesatuan dikalangan PKR dan Pakatan rakyat, tidak mustahil bencana akan menimpa.
Namun saya percaya kekerapan pimpinan PKR dan parti lainnya yang kerap bermusyuarah amnya menghasilkan kecemerlangan. Tindakan bersendirian biasa meniti kearah kecundang. Lihat sahaja contoh program yang lalu, tindakan bersendirian memperlihatkan permasalahan menjadi lebih kronik. Malah ada yang terpaksa menanggung hutang dan tidak mampu dibayar sehingga melibatkan maruah kelompok dan individu itu.
Permainan terhadap Mohammad Fairus mesti ditebus dengan kecemerlangan lebih jitu. Gapai segala keringat, berjuang sehingga kezaliman hancur dan keadilan bertahta dibumi bertuah ini.

No comments:

Post a Comment