Patik dan 12,632 rakyat Perak 'Mohon Derhaka' .
Itulah yang tercatit dalam sejarah lembaran baru politik Perak semalam di Parlimen Bukit Gantang. Ianya bukan sahaja pertarungan parti politik tetapi Datuk Seri Nizar Jamaluddin secara tidak langsung meminta sokongan daripada sebahagian rakyat Perak agar menyertainya dalam menuntut haknya sebagai Menteri Besar Perak secara sah.
Bagi saya ia perlu diislahkan melalui pembubaran Sidang Undangan Negeri dengan segera bagi membuktikan siapakah yang yang selayaknya menjawat jawatan tersebut. Jikalau si-munafik bekas dua ADUN PKR dan ADUN DAP itu mencabar untuk disiasat akaun bank dan assetnya. Bagi saya ia adalah persoalan untuk si-dunggu. Dalam dunia tanpa sempadan ini rakyat Perak amnya Malaysia tidak boleh diperbodohkan. Jalan terbaik sebagai ahli politik 'gentle', serah surat letak jawatan.
Saya minta maaf kepada AMK Pusat kerana kekurangan jentera punca kekalahan di Batang Ai. Alasan sogokkan wang bukannya alasan wajar untuk itu. Faktor ekonomi menjadi halangan. Saya hanya dapat mengarahkan jentera AMK Johor ke Bukit Gantang dan Bukit Selambau sahaja. Saya hanya dapat menghantar seorang wakil sahaja ke Batang Ai. Ampun maaf dari saya untuk Parti keadilan Rakyat dan Pakatan Rakyat.
No comments:
Post a Comment