20090418

18 - 04 - 2009

07.36 am

Saban hari jenayah makin meningkat, jumlah anggota keselamatan juga makin meningkat. Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara pula telah dibuktikan tidak mempunyai moral. Ibarat 'syaitan menyuruh anaknya sholat'. Kewarasannya anda boleh menilai sendiri.
Ada seorang pakcik bertanya saya mengenai menteri kabinet baru ala-Altantuya . Tegas saya, apa kewarasan melantik Datuk Seri Hisammuddin Hussein menjadi Menteri Dalam Negeri yang menjaga perihal jenayah dan keselamatan negara. Anak-anak kita yang kecil di sekolah hancur diseliakannya. Kos Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) nilainya puluhan billion ringgit, hasilnya sekolah jadi huru-hara dan pelajar sekolah prestasinya makin menurun.
Tahun 2008, diwartakannya yuran sekolah adalah percuma tetapi dalam bulan ini rata-rata sekolah di Malaysia telah menghantar notis yuran kepada ibubapa. Kini beliau dengan lantang ingin menjaga keselamatan semua rakyat Malaysia. Tidak adil bagi saya menuduh keterlaluan terhadapa beliau, tetapi Bahagian Perolehan di KPM boleh menjawab persoalan ini. Dikatakan SPRM (BPR ketika itu) pernah mengadakan siri lawatan ke Blok E2 atas maklumat penyelewengan yang jelas. Salah seorang pegawai KPM berkata " Saya hanya menjalankan arahan untuk mengeluarkan kontrak tersebut, Encik boleh tanya sendiri ke tingat 6 banguan diseberang jalan".
Beberapa pegawai SPRM yang menyiasat itu tersipu-sipu melihat antara satu sama lain bersalaman dan pulang. Bagi SPRM, BN-Umno adalah tuhan mereka, tuhan tidak boleh disentuh. Anggaplah cerita ini hanya rekaan semata kerana tiada bukti rakaman.

No comments:

Post a Comment