20090421

21 - 04 - 2009

10.00 am
Sekitar 7.00 am tadi, Bonda kepada Ketua AMK Tenggara, Sdr. Arbain Sabar telah kembali ke Rahmatullah. Kami seluruh warga AMK Johor turut bersedih diatas peristiwa tersebut.
Bersama-sama kita menghadiahkan Al Fatihah kepada almarhum. Semoga rohnya bersama-sama dengan mereka yang dirahmati dan beriman.
07.38 am
Saya pasti Datuk Seri Najib Tun Razak (PM) dalam delima dalam keputusan pertamanya berkaitan DUN Penanti. Lawan kalah, tidak lawan juga kalah. Secara peribadi saya mencadangkan PM melakukan sesautu kelainan untuk menutup dari rasa malu yang keterlaluan. Ini bukan mainan DSAI tetapi SPRM menyebabkan faktor utama percaturan terpaksa dilakukan sedemikian.
.
Cadanagan saya kepada PM :
.
* Kurangkan dan buang ego dan berjumpa DSAI secara jujur dan amanah. Buka lembaran baru untuk Malaysia.
* Atau, BN letakkan professional terbaik di Malaysia, terutama yang acapkali keluar dimedia.
* Atau, letakkan Ezam Mohd Noor. Kehadirannya hanya merugikan BN selama ini. Jadikan Penanti sebagai kuburnya.
* Atau, Tukar alamat Tun Mahathir di DUN Penanti. Benarkan dia bertanding. Biar Malaysia adili beliau.
* Atau, Letakkan 15 lagi calon bebas terdiri dari tokoh-tokoh UMNO yang kalah di Pemilihan Agong UMNO sebagai calon bebas. PM pasti popular selepas itu. Bukan sahaja DSAI akan pening, semua ahli PKR pasti binggung.

No comments:

Post a Comment