20090403

03 - 04 - 2009

5.26 pm

Sebentar lagi saya , Ketua AMK Batu Pahat dan rakan-rakan AMK lainnya akan bertolak ke Bukit Selambau. Sehari dua ini saya agak gelihati hati melihat telatah BN-Umno memperkudakan Tun Mahathir Mohamad untuk mencari undi.
Khabarnya para MT Umno berkampung di Putrajaya bagi melobi jawatan menteri dan memastikan dokumen rasuah meraka tidak menjadi bahan teranjang kabinet baru Datuk Seri Najib Tun Razak. Khabarnya tikam-menikam kian hebat. Begitu cerita kapal lanun.
7.25 am

Pelbagai inspirasi golongan remaja kini keliru memilih kerjaya hidup mereka. Jenayah dilakukan sewenang-wenangnya. Saya insafi diri dengan lapuran polis bahawa jenayah sex dikalangan remaja kini meningkat 300%. Saya percaya jenayah-jenayah lain juga setara peratusannya.
Media prima lebih berminat menampilkan krisis politik dan dakyah BN-Umno dari permasalahan moral-jenayah para remaja. Penayangan skesta hantu , percintaan dan keretakan rumahtangga menjadi agenda utama media television. Budaya judi dan maksiat dibebankan pada ibubapa. Malang sungguh mempunyai kerajaan yang terdiri dari penjenayah di Malaysia.
Pembangunan insan perlu tegas setiap individu dan para pemimpin. Jawatankuasa masjid-surau dan kelompok setempat pula jangan kerana sumbangan dan bantuan tidak berani menemplak pemimpin mereka. Amalan rasuah- jualbeli agama perlu dibenteras. Maksud hadis Nabi S.A.W ada bersabda, " Katakan olehmu walaupun sebaris ayat " (mencegah kemungkaran dan mengajak kepada kebenaran). Bersama kita rebah-musnahkan kejahatan BN-Umno.

No comments:

Post a Comment