20090426

26 - 4 - 2009

PKR bakal menjadi satu-satunya parti politik yang lebih demokratik seandainya Konvensyen Khas PKR dalam bulan Mei ini bersetuju dengan Pindaan Perlembagaan parti berhubung kaedah dan proses pemilihan Pegawai Pimpinan Parti supaya lebih telus, terbuka dan demokratik

Sistem ini bakal menyaksikan semua pemimpin parti daripada Pusat, Negeri, Bahagian, Wanita dan AMK akan dipilih oleh semua ahli melalui undian sulit. Kaedah ini lebih demokratik kerana semua ahli berhak menentukan pemimpin mereka.

umNO - khabarnya juga akan melaksanakan kaedah ini menjelang dalam perhimpunan agung khas umNO hujung tahun ini ( Dasar Liberalisasi ). Menurut Najib, beliau menerangkan bahawa dasar liberalisasi bukan dibuat secara mengejut.Sebaliknya, jelas beliau, satu kajian mendalam telah dilakukan selama dua tahun oleh timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika menerajui kementerian perdagangan antarabangsa dan industri.
Tetapi kalau dilihat daripada perlantikan yang dilakukan oleh najib,... `lain kata lain dikota`.

Rakyat bukan hanya mahu melihat demokrasi yang dibawa oleh kita malah mahu merasai dan menikmatinya. Jom kita buktikan... Biar kita mendahului daripada segala-galanya

No comments:

Post a Comment