20090423

23 - 04 - 2009

7.52 am

Jika diperhatikan dari keputusan PRU-12, dari 56 DUN yang dipertandingkan. Lebih 30 DUN mempunyai potensi besar untuk ditakluki oleh Pakatan Rakyat.
Memang terdapat rasa tidak puas hati dikalangan ahli dan pimpinan AMK Johor terhadap pimpinan tertinggi pusat enggan ke Johor, kecuali Sdr. Tian Chua yang beberapa kali ke Johor dan mengempur. Ketua Umum, Presiden, Timbalan presiden dan Naib Presiden tidak kelihatan lebih setahun disini. Namun saya berharap AMK sekelian usah gundah-gulana, Johor adalah anak-tiri kepada mereka, lagipun PKR tidak menduduki mana-mana kerusi di DUN mahupun Parlimen Johor namun kita perlu bekerja keras.
Tidak perlu kita pertikaikan Ketua Perhubungan Negeri yang menetap di Kuala Lumpur dan jarang turun bersama-sama menyerang BN-Umno. Kita perlu jalinkan kerja keras bersama Ketua Bahagian dan Pakatan Rakyat bahagian masing-masing.
Insyallah, tahun hadapan ada Pemilihan Agung, dan mereka pasti turun ke Johor untuk meraih undi kalangan perwakilan Johor. Guna kesempatan itu untuk mereka bersama-sama menyerang Johor dengan lebih sepadu. Bagi saya, itu sahaja peluang untuk para pimpinan tertinggi membantu kita yang serba kekurangan.
Kemenangan sudah pasti, cuma bagi pihak mana ? BN atau Pakatan Rakyat. Sudah tentu kita mengharapkan kemenangan berpihak kepada kita. Ayuh, buangkan gundah-gulana itu dan terus mengempur.

No comments:

Post a Comment