20090422

22 - 04 - 2009

7.35 am

Jika Datuk Seri Anwar Ibrahim senonim dengan hikayat si-kitol, Shamsul Iskandar Mohd Akin dengan legenda Tun Perak. Ia menidakkan kata Tun Mahathir bahawa melayu mudah lupa. Ia merupakan templak dan penghinaan kepada orang melayu.
Rakyat Malaysia tidak lupa kisah Tun Teja dilarikan oleh Hang Tuah dari Pahang. Walaupun telah di tunangkan dengan Megat Panji Alam, si-Tuah bersetongkol dengan Raja Melaka ketika itu untuk mencolek tunangan orang. Apabila Megat Panji Alam ingin menuntut haknya dan berangkat ke Melaka. Diceritakan, beliau telah dibunuh dengan kejam oleh panglima Melaka. Megat Panji Alam mati dalam bermaruah atas kekejaman raja ketika itu.
Jika Megat Panji Alam dianggap derhaka, Umno Terengganu juga mengikut langkah lebih hina dengan mengatakan DiPertuan Agung Sultan Mizan sebagai 'natang' (binatang). Dua keputusan berbeza dilambil, Megat dibunuh dan Umno diampunkan atas budibicara Sultan Mizan. Malah rundingan peristiwa 16 September 2008, memperlihatkan kematangan Sultan Mizan dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dikatakan keputusan Istana meminta DSAI turuti kata para pengundi PRU-12 dan menunggu PRU-13 ditaati tanpa dukacita. Modal BN-Umno menyerang DSAI dengan 'cerita 16 September' tidak menjadi gundah-gulana.. Kini DSAI lebih disegani-digeruni oleh ahli dan pimpinan BN-Umno sendiri daripada Datuk Seri Najib Tun Razak. Bukan kerana keperkasaan Najib melindungi pembunuhan Altantuya, tetapi beliau lebih bacul dari Tun Abdullah Badawi. Lintang-pukang lari dari wartawan asing. Si-dunggu sahaja beli helikopter dan kapal selam dengan harga katalog.

No comments:

Post a Comment