20090407

07 - 03 - 2009

07 - 03 - 2009

Diberitakan di Batang Ai, 14 peti undi tidak dikira di tempat pengundian. Walaupun bantahan diajukan kepada SPR , namun mereka mengatakan ianya mengikut prosedur. AMK Pusat diketuai oleh Hj. Zaman Md Tasi , Ketua AMK WP Kuala Lumpur akan membentuk pasukan untuk mengiring peti-peti tersebut diurusselia hingga dipusat pengiraan.
Di Bukit Gantang saya diberitahu sepanduk, bendera dan bahan promosi diganggu oleh jentera BN-Umno disaat-saat akhir. Walaupun pihak mereka menafikannya, Saya beranggapan tindakan tersebut sebagai tindakan terdesak.
Saya di Bukit Selambau berkerjasama rapat dengan Sdr. Fariz, Timbalan Ketua AMK Pusat dan rakan-rakan mendapati terdapat terlalu ramai pengundi hantu 'berkeliaran' . Terdapat lebih 14 nama mereka yang telah meninggal dunia masih tercatat sebagai pengundi. Tiada alasan untuk itu kerana SPR boleh merujuk kepada Jabatan Pendaftaran Negara. Malah terdapat puluhan nama di beberapa buah rumah sedangkan rumah itu hanya ada 1-2 nama sahaja yang layak mengundi. Walaupun diwawarkan oleh media PKR kalah disini, saya dan rakan-rakan makin bersemangat berkerja. Kalah menang adat pertandingan.

No comments:

Post a Comment